Monday, September 27, 2010

Imbasan DUN Galas



Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari Pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi . (AK)

1 comment:

Anonymous said...

AlFatihah buat Allhayarham ADUN Galas.
Semoga Allah Taala menerimanya di kalangan orang yang beriman.
Apa yang kita semua perlu perhatikan.
1. Bila tarikh PRK akan diadakan.
2. Siapakah calon UMNO nanti?
3. Proksi mana calon UMNO ini?
4. Adakah PEKASAM akan meletakkan calonnya sebagai test market?
5. Adakah Mahathir akan menyokong calon PEKASAM?
6. Adakah Ku Li masih berpengaruh di Gua Musang?
7. Adakah kehilangan Ku Li dalam mesyuarat melantik Tengku Faiz sebagai Sultan Muhammad V akan mempengaruhi sikap rakyat terhadapnya kelak?
8. Bagaimana kumpulan pimpinan UMNO puak Tok Pak, Ag Adek, Anuar Musa dan Ku Li menunjukkan jalinan permusuhan mereka nanti?

Sama-sama kita saksikan nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails