Wednesday, September 29, 2010

Barisan Pembela Islam Bantah Festival Filem Gay


Seorang anggota Barisan Pembela Islam memegang poster mengenai golongan lelaki homoseks semasa melakukan protes di sebuah lokasi tayangan filem gaydi Jakarta semalam.

JAKARTA 29SEPT 10: Berpuluh-puluh anggota Barisan Pembela Islam memprotes satu festival filem gay antarabangsa yang berlangsung di sini sekali gus menyebabkan beberapa tayangan filem mengenai golongan itu dibatalkan.

Mereka memprotes Festival Filem Q! yang diadakan di beberapa pusat kebudayaan asing sejak minggu lalu dan dijadual berlangsung sehingga malam ini.

Anggota-anggota kumpulan tersebut yang sebahagiannya memakai topeng, jubah putih dan serban melaungkan slogan antigay dan menyatakan bahawa filem-filem itu adalah kufur.

Menurut seorang pembantu program pusat terbabit, Dinyah Latuconsina, tayangan filem itu di Institut Goethe Jerman yang dikawal oleh polis tidak akan dibatalkan.

Bagaimanapun, Pusat Kebudayaan Perancis dan Yayasan Jepun mengambil keputusan untuk membatalkan baki tayangan filem gay.

Indonesia dianggap sebagai sebuah negara sekular yang mempunyai jumlah penduduk seramai 237 juta orang. Ia mempunyai bilangan penganut Islam yang teramai di dunia. - AP

Lihat sebelum ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails