PUTRAJAYA - "Tidak ada cukai yang tidak membebankan rakyat," kata penganalisis ekonomi, Dr Bahyah Baba ketika diminta mengulas kenyataan perdana menteri Tun Dr Mahathir hari ini yang sedang mengkaji untuk memperkenalkan cukai tanpa bebankan rakyat.
Sebaliknya Dr Bahyah berkata walau apa cara sekalipun, cukai akan tetap terbeban kapada rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Menurutnya, sekiranya cukai tersebut dikenakan kepada penjual, atau tambahan cukai kepada pengusaha, mereka akan turunkan cukai itu kepada rakyat.
"Rakyat akan terbeban juga. Kalau tambahan cukai kepada pengusaha, mereka akan pas cukai kepada pengguna.
"Mana ada cukai tidak bebankan rakyat. Akhirnya pengguna juga terjejas, saya tidak setuju dengan beliau (Tun Mahathir)," katanya kepada Sinar Harian.
Sebaliknya Dr Bahyah berkata walau apa cara sekalipun, cukai akan tetap terbeban kapada rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Menurutnya, sekiranya cukai tersebut dikenakan kepada penjual, atau tambahan cukai kepada pengusaha, mereka akan turunkan cukai itu kepada rakyat.
"Rakyat akan terbeban juga. Kalau tambahan cukai kepada pengusaha, mereka akan pas cukai kepada pengguna.
"Mana ada cukai tidak bebankan rakyat. Akhirnya pengguna juga terjejas, saya tidak setuju dengan beliau (Tun Mahathir)," katanya kepada Sinar Harian.
Bahyah berkata, kerajaan hari ini sepatutnya tidak memansuhkan GST dan memperkenalkan SST.
"Sepatutnya GST tidak dibubarkan. Rakyat sudah terbiasa dengan cukai itu dan ia nyata membantu tambah pendapatan kerajaan.
"Kesan SST yang diperkenalkan hari ini, mengakibatkan harga barang yang sama naik malah lebih mahal berbanding GST," katanya.
Bahyah berkata, kerajaan sepatutnya tidak lagi mengenakan cukai kepada rakyat sebaliknya mencari jalan untuk mengurangkan kos kehidupan.
"Kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk membantu rakyat bukan menambah cukai yang membebankan rakyat.
"Kerajaan patut tumpu perhatian bagaimana nak menambah baik kehidupan rakyat, dan memikirkan bagaimana untuk menjana ekonomi negara dan bukannya sentiasa mencari salah kerajaan terdahulu," tegasnya.
Antara lain, katanya kerajaan perlu memikirkan mekanisma yang perlu dilakukan untuk tambah pengeluaran, termasuk dengan cara memberi intensif supaya lebih banyak pelabur asing masuk ke negara ini.
"Sekarang ini apa yang mereka lakukan telah menakutkan pemain industri. Kerajaan patut fokus bagaimana untuk menaikkan nilai ringgit kerana nilai ringgit ketika ini terlalu teruk," katanya.
Tambahnya apa yang dilakukan kerajaan terdahulu dalam menguruskan hutang negara adalah cukup baik.
"Kerajaan terdahulu sudah lakukan yang terbaik. Hutang dibayar mengikut masa. Semua negara berhutang. Tiada negara yang tidak berhutang malah hutang yang dicatatkan oleh Singapura lebih banyak," ujarnya.
Sehubungan itu katanya langkah segera perlu dilakukan kerajaan untuk menaikkan semula ekonomi negara tanpa membebankan rakyat dengan mengenakan cukai.
13 comments:
beluuum tau detail lg.. sabarlah dulu makcik ooi. dh ckp kerajaan dulu lbh baik. cuba kau ulas sikit baiknya 1mdb..hutang yg besar dan kebaikan jholow kpd rakyat. cuba ulas tu.
nk banding kerajaan najib 10 tahun dgn ph belum pun setahun. ini tidak adiiiiiil ! abdul wahab wahib dpt dpt juta2.. ph dpt rumah usang yg dh roboh. demokrasi terpimpin kepala hotak kau!
Ingatkan Dr Baayah boleh beri ide alternatif sistem percukaian. Rupanya pendokong sistem GST. Mangkuk punya Dr ...Tak tahu ke Mee Segera pun di GST kan. Dan takkan Dr tidak mengetahui kadar mata wang negara Asean terutama nya negara Indonesia mengalami kejatuhan yg amat teruk ,sama seperti krisis ekonomi pada tahun 80an-90an. Tengok pemimpin Lobai yg mencadangkan cukai hanya dikenakan golongan kaya sahaja. Ini baru betul cadangan alternatif ,walaupun nampak macam TAK LOGIK UNTUK DILAKSANAKAN. Hehehekikikihahahakahkahkah
Semua negara hidup dengan cukai.. bila cukai tidak membeban rakyat maksudnya cari kaedah supaya cukai yg dikenakan adalah munasabah dan sesuai dengan tahap dan kemampuan rakyat.. contoh darpada ambe yang sekolah atap.. cukai ke atas barang yang majoriti rakyat guna dikurangkan.. dialih kepada cukai yang hanya orang2 tertentu yang mampu beli.. itu maksud kaedah cukai yang tidak membebankan rakyat.. jangan jadi bongok kerana terlebih study?
Utk wala`onta2 bebal,
Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi
dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah
diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep
percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan
kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.
Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar
percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal
menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak
ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:
Maksud: "Sesungguhnya dalam harta seseorang terdapat tanggungjawab selebih
daripada pembayaran zakat" (Riwayat At-Tirmidzi)
Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara
perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa
kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (AbuYusof:1979).
Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak
zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah
diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada
golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan
penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.
Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah
(kharaj), cukai perdangangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta
diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan
negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah
tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu
Yusuf: 1952)
Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan
kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat
yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap
setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan
kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari’yyah
yang digariskan oleh Islam.
Geng ph memang tak mengaku bhw menteri mereka bodoh dan banggang....
Menteri PH lebih baik dpd menteri keahmadmaslanan. nk banding dgn kerajaan islam yg tk mampu bayar gaji kakitangan jauh sgt lah teruknya walaun tu.
kalau PH teruk takkan lah boleh menang bergaya pru lepas. yg kalah itulah yg bodoh dan banggang. simple mathematic weei.
Memang menteri mereka bodoh dan banggang....
Ha ha ha
Post a Comment