PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menahan 45 wanita warga asing yang terbabit dalam kegiatan pelacuran dalam operasi di dua lokasi sekitar Puchong Jaya, Selangor, Rabu lepas.
Operasi pada 1.45 pagi oleh sekumpulan 15 pegawai dari Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen itu turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh serta masing-masing seorang daripada Myanmar dan Indonesia.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata serbuan terhadap dua premis yang menjalankan sindiket pelacuran melalui aplikasi WeChat itu turut membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan yang bertindak selaku penyelia dan penjaga, juga dipercayai berperanan sebagai tonto premis berkenaan.
Dalam serbuan pertama, terdapat cubaan menutup pintu hadapan premis oleh penjaga hasil maklumat dipercayai diberikan tonto namun tindakan itu digagalkan anggota imigresen yang bersedia lebih awal di lokasi serbuan, katanya.
“Premis itu menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing dengan harga bermula RM155 bagi perkhidmatan selama 45 minit.
“Bilik-bilik yang digunakan untuk perkhidmatan seks itu dihiasi dengan tema kartun seperti Hello Kitty, Pikachu, Doraemon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustafar berkata serbuan di lokasi kedua yang terletak sederet dengan premis pertama sedikit sukar kerana wanita terbabit bersembunyi di ruang tangki air dan juga dalam peti sejuk bagi mengelak daripada ditangkap.
Beliau berkata premis yang ‘dikawal’ tonto itu menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM160 bagi tempoh masa selama 45minit.
Kedua-dua premis disewa dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah serta dipercayai beroperasi 24 jam sehari, katanya.
Mustafar berkata kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di depot tahanan Imigresen Bukit Jalil dan kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya sebanyal 18 Saman Saksi turut dikeluarkan kepada pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Komen Weblog IbnuHasyim: Di bawah pemerintahan PH pun pelacuran di Malaysia, masih tidak nampak berkurangan. Apakah perlu perundangan pelacuran di negara ini diubah suai menurut acuan Islam?
Lihat.. Betulkah Berita Ini?
Penduduk lihat hukuman rejam (15 Dis 2009 )
MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.
MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.
"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.
SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan. Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.
"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir. Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agens
21 comments:
Tuan ibnu nii dah kenapa..pelacuran adalah perkerjaan tertua didunia..ia juga ada dimana2..islam atau tk benda nii tetap wujud..xsuka malaysia tuan ibnu boleh duduk zimbabwe..
Hnya nasarudin alpornowi dan mustapa spender labuh je boleh menghapuskan kegiatan pelacuran ini. Mereka sangat terlatih
Kalau walaun yg serbu naik terus anunya..ketuk pintu ingatkn nk tangkap rupanya join sekali..kikiki..dpt layanan perempuan indon lupa terus akhirat..kikiki..
155 ringgit selama 45 minit?...mahal lah bani hasim....
Hukum rejam ikut islam...perbicaraan ikut islam dgn 4 saksi tak?..
Nak undang2 islam pas kena perintah lah...tapi mcm mana pas boleh perintah kalo lobai pas menipu tak ikut ajaran islam....makan duit haram..
Zina tu ibu segala maksiat, ibu segala kejahatan.
bankami.blogspot.com
Jdkn kelantan & terenganu dlu sifar maksiat. Baru bleh hentam org lain.
bankami.blogspot.com
bukan senang dan mudah untuk. menghapuskan maksiat dan kejahatan zina...
IBU...
hapuskan satu... beranak lagi lima..
Kena kenal pasti dulu tentang ZINA secara keseluruhan.
Mengapa zina IBU segala kejahatan..
harga tu masuk akal... 45 minit RM 155.. ada 4 sessi.
tapi RM 1000 untuk umur 45 tahun??
Perempuan dengan perempuan kena 6 rotan sebab mengaku cuba melakukan seks dalam kereta......
Pelacur Otai, 45 tahun kena 4 sebatan sahaja....
Satu untuk memenuhi keinginan nafsu semata-mata....
Satu lagi untuk dapatkan duit dan dapat memenuhi keinginan nafsu....
Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
cegah terus cegah maksiat atas bumi Allah ini
Ya sejak PH memerintah, semakin subur maksiat Dan LGBT kerana PH adalah MESRA LGBT Dan maksiat. Tak percaya Tanya lah mujahat
Ye ke nii...
Die cawat ni cakap tak ade bukti pon....
Ayat-ayat dlm Al Qur'an cuma ttg dosa maksiat lelaki dan perempuan sahaja.. satu lagi ia lah dosa arak..
Dosa rasuah, dosa menfitnah dan dosa krn condong kpd pemerintah zalim ke tepikan.. Kerana tak sesuai buat masa ini ..
Agung sbg Ketua Agama pun di ketepikan .. krn prk, di ketepikan ayat yg minta taat pd ketua agama..
Samada mesra LGBT atau tidak.. tunggu kes saman Mujahid di mahkamah.
Pak Ibnu jgn lupa makan ubat....
KUALA TERENGGANU, 11 Okt — Seorang guru tadika wanita mengaku bersalah Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat dengan adik iparnya.
Guru, 29 tahun, dan lelaki, 25 tahun, masing-masing didenda RM1,300 atau penjara seminggu jika gagal melunaskannya, lapor Sinar Harian.
Mengikut fakta kes, wanita ituditahan bersama seorang lelaki berkain pelikat tanpa baju di sebuah rumah di Pulau Musang pada 26 Jun lalu.
Lelaki tersebut, tidak bekerja, berada di dapur manakala dua anak wanita tersebut sedang tidur ketika serbuan jam 10.45 malam.
Wanita tersebut juga mengaku mengambil kesempatan bersama adik iparnya selepas suaminya keluar berkursus.
Mereka didakwa bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Persoalan ini tiada babi tunggang si kulup jawab.
"Di bawah pemerintahan PH pun pelacuran di Malaysia, masih tidak nampak berkurangan. Apakah perlu perundangan pelacuran di negara ini diubah suai menurut acuan Islam?"
Idea tak ade.. bukan cerdek sangat pun..
Dibwah pmerintahan pas di kelantan dan ganu bila nak kurangkan kes pelacuran dan kedai arak? Bila nak kurangkan masalah dadah pil kuda?
Yb pas tau rasmi potong reben buat jamban je
Itu kerja polis lah ok. Kerajaan negeri hanya tangkap orang Islam buat maksiat saja ok. Dadah itu tugas polis lah .Baca lah Undang Undang ok
Post a Comment