Wednesday, October 10, 2018

Tol Tidak Dapat Dihapus Oleh K'jaan PH..

Tol Tidak Dapat Dihapus Kerana Masalah Kewangan


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata tidak betul sekiranya ada yang beranggapan kerajaan Pakatan Harapan yang baru boleh menghentikan kutipan tol dalam masa dua atau tiga bulan.
“Kita akan teruskan kutipan tol seperti sedia ada, sehingga kedudukan kewangan negara jadi lebih kukuh… ini bermakna kita sedang melihat kepada lain-lain alternatif,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan “Malaysia: A New Dawn 2018” di sini hari ini.
Baru berkata kos sebenar penyelenggaraan jalan raya persekutuan setiap tahun adalah kira-kira RM2 bilion, namun kementerian hanya menerima antara RM600 juta dan RM800 juta sahaja dari bajet tahunan bagi tujuan itu.
“Malah kami diminta berusaha mengurangkan lagu jumlah itu, pihak kami menerima kurang 50 peratus daripada apa yang diperlukan. Selain itu kami juga ada kerja penyelenggaraan yang tertangguh sekitar 30 peratus yang perlu dilaksanakan, jika kami tidak laksanakan kerja-kerja ini, jumlah kerja yang tertangguh akan melonjak kepada 40 atau 50 peratus,” katanya.
“Keselamatan pengguna jalan raya amat penting, oleh itu kami akan merayu kepada Kementerian Kewangan untuk dapatkan peruntukan sewajarnya yang kami perlukan. Jika kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak dijalankan, lebih banyak lagi jalan raya akan berlubang, nanti timbul pula isu lain lagi,” katanya. – BERNAMA

9 comments:

Puaka Rimba said...

Semasa Tun sepentas dengan Nuar di PD kelmarin,sudah menjelaskan dan meminta rakyat malaysia bersabar.Bersyukur lah kita kerana memilih Pemimpin yg berpengalaman ,tatkala ekonomi dunia dalam ketidaktentuan. Orang yg tidak reti bersyukur itu golongan kufur nikmat. Macam ibnu. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Seblm ni tak de pon yg bising kena tol dan tol naik...yg mustahak minyak tak naik barang tak naik....

Kalo kerajaan boleh kurangkan tol sudah kira bonus..

Anonymous said...

Tu cakap babi tunggang si kulup. Mengampu untuk dedak.
Ha ha ha. orang tahu le..

Anonymous said...

Sebelum berjanji palsu sptutnya fikirlah dulu,mnghapuskan tol bukan tndakan yg bijak,tol diperlukan untuk selenggara jalan,tol pada kadar yg rendah.tp usahkan kata nk hapuskan tol,kalau tol tak naikpun belum tentu lg akan berlaku.harga myk mmg tak naik pd kadar skrg masih jauh lg dr apa yg dijanjikan dulu

Anonymous said...


Kutipan Tol sebelum ini sudah cukup untuk menampung kos jangkamasa yg lama sekiranya tidak di kebas oleh penyamun.

Cadangan dan kajian menghapuskan tol tlh di buat oleh BN selepas di tekan oleh pembangkang selepas pru 13. Senyap begitu saja.

Setakat ini hny beberapa tol sahaja yg di tutup dan tol kekal pd harga yg sama.

PH hny mampu mengurangkan pembyran tol pr jarak yg di tetapkan.

Kegagalan menunaikan janji menghapuskan tol bukan utk keuntungan politik PH atau di kaut oleh individu tertentu.

Setiap Kali mengistiharkan kutipan dan keuntungan tol tidak masuk akal... Ini kerana ia nya di manipulate oleh BN.

Anonymous said...

harap ibnu dan walaun hadam kenyataan baru bian itu. jgn dok bising minta nk hapus tol dr PH tp undi najib dan hadi. jgn jadi rakyat yg tak faham setaraf puak asli masai.

apa yg penting dan kejayaan besar dpd semua kejayaan lain ialah PH berjaya menghapuskan bn dan tidak melayan kerenah walaun pas yg celaru itu. menghapuskan tol boleh dilaksana kemudian.

menghapuskan tol bukan janji palsu tp janji yg tertangguh. ini kerana kerajaan PH perihatin dgn nasib penyokong bawahan pas dan umno yg rata2 maskin muka kelabu walaupun mereka tidak mengundi PH.

bg memastikan janji ini tertunai, maka rakyat perlu memilih PH lagi dan lagi pd pru15, pru16, pru17 dan seterusnya sehingga kak mah kurus dan lebih cantik dalam penjara. walaupun tinggal satu saja lagi tol yg belum hapus, maka rakyat wajib memilih PH juga sehingga tiada lagi tol dibumi Malaysia ini. jika ada tol pun mungkin di Kelantan dan tganu saja kerana kerajaan PAS sudah tentu tidak akan terima apa saja dasar suci murni kerajaan PH.

mana mungkin kita nk tuntut janji jika pihak yg dituntut tidak diberi masa yg sesuai utk mereka menunaikan janji itu. sedangkan ruu355 yg tidak sesukar menghapus tol itu pun gagal ditunaikan oleh puak walaun.

dengan tersiarnya artikel ini oleh ibnu, maka terhapus lah satu lg isu yg sentiasa digunakan pas utk menyerang kerajaan PH.. seperti mana terpadamnya fitnah mengatakan tun dan dsai akan berpecah.

seterusnya kita perlu menghapuskan saifool yg berlegar2 beri plastik sampah dipantai PD sekarang ini. qazaf dan rotan menunggu saifool selepas ini.


Anonymous said...

ITu lagi cakap babi tunggang si kulup. Mengampu untuk dedak.
Ha ha ha. orang tahu le..

Anonymous said...

bro..babi dlm bukit yg hadi gembalakan tu ke?

Anonymous said...

Barang naik la bagus. Gunalah buillmax. Nak harap tol turun maintenance jalan pun x cukup. Naik motor jer la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails