Monday, October 08, 2018

Di Tepi Pantai PD.. Bantuan JKM Dihentikan, 6 Tinggal Di Khemah. PH??


PORT DICKSON – Akibat kesempitan hidup, enam beranak terpaksa tinggal di dalam khemah di Pantai Saujana di sini, sejak lima hari lalu.

Akif Hatimi Abdul Halim, 31 dan isteri, Siti Rohaizah Abdullah, 28, serta empat anak, Muhammad Alif Hizhan, 10; Nur Armany Rihanna, 8; Putri Diana Sofea, 3; dan Putra Adiq Hizhan, 11 bulan; tiada pilihan selepas terpaksa keluar dari rumah sewanya di Taman Desa PD di sini, bulan lalu.
Menurut Akif Hatimi, selepas keluar dari rumah sewa, dia menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu namun membuat keputusan keluar dari rumah itu beberapa hari lalu atas sebab-sebab tertentu.
Katanya, dia sekeluarga diminta keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah berjumlah RM350 sejak beberapa bulan lalu.
“Saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kemalangan motosikal 11 tahun lalu. Sebelum ini, saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan isteri RM300 sebulan.
“Malangnya, bantuan JKM yang diterima sejak setahun lalu dihentikan dan keadaan menjadi lebih teruk kerana saya tidak mampu membuat kerja berat,” katanya ketika ditemui NSTP.
Akif Hatimi berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan JKM Port Dickson bahawa bantuan bulanannya lewat kerana ada masalah kemas kini akaun oleh jabatan berkenaan.
“Bagi mencari belanja terutama untuk susu anak, saya dan isteri berusaha berniaga air dan buah potong di pantai ini dan pendapatan kami tidak menentu,” katanya.
Akif Hatimi berkata, sudah tiga hari dia dan isteri yang kini mengandung lima bulan serta anak-anak tidur beralaskan tikar di dalam khemah.
“Hasil menjual buah potong saya mampu beli sebuah khemah kecil dengan harga RM60. Tak sampai hati saya tengok anak-anak tidur kesejukan. Mujur keadaan cuaca agak baik tidak hujan.
“Saya amat berharap jika ada pihak yang bantu sediakan kediaman untuk kami sekeluarga kerana soal pekerjaan saya boleh berusaha dengan tulang empat kerat ini walaupun agak terbatas,” katanya.
Situasi keluarga berkenaan turut mendapat perhatian orang ramai terutama pengunjung pantai berkenaan yang berkongsi melalui laman sosial Facebook.
Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun Maybank 162254744688, Akif Hatimi Abdul Halim. – BH
Soalnya, mengapa bantuan JKM dihentikan? Ada kaitan dengan PH ke?
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk di tepi pantan Port Dikson

18 comments:

Anonymous said...

Orang malaysia pemurah trmerutamanye orang pas...nanti ramailah datang hulur bantuan

Anonymous said...

Kenyataan Mujahid: The Star perlu mohon maaf - SU akhbar

(Dikemaskini )

A A
Akhbar The Star perlu memohon maaf kerana mengambil kenyataan Datuk Mujahid Yusof Rawa di luar konteks, kata Setiausaha Akhbar kepada Menteri Hal Ehwal Islam itu, Siti Zulaikha Zulkifli.

Zulaikha juga memberi amaran 'tindakan lebih tegas" akan diambil jika permohonan maaf tidak diterima dalam masa 24 jam.

"Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada menteri.

"Saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.

Anonymous said...

Bani hasim tak pandai putarbelit?..

Anonymous said...

the star akhbar kawan the moon.

walaun dn harbi mca sahabat baik. menentang kerajaan islam ph. jgn sampai ke tahap bughah sebb blh diperangi penjenayah dn musuh yg cuba meruntuhkn kerajaan islam pn.

Anonymous said...

mana calon pas tk turun bantu ke. atau calon pas dh biasa biarkn rakyat dok dlm khemah.

Unknown said...

Nak pilih Homoseksual kah orang PD

Anonymous said...

Hadi akan serah surat jemputan pada Dr M untuk berforum

Kow Gah Chie
8 Okt 2018, 8:21 pagi (Dikemaskini 8 Okt 2018, 8:32 pagi)

A A
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan jemputan bertulis kepada pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan forum bersama.

Ini selepas perdana menteri berkata beliau tidak akan berforum dengan Abdul Hadi hari ini tetapi mungkin pada 'waktu yang lain'.

"Inshallah boleh, bolehlah, tetapkan masa," katanya kepada wartawan semasa ceramah PAS yang diadakan di Kampung Batu Tembok, Linggi malam tadi.

Anonymous said...

Forum tajuk ape?..
Seblm pru madey ajak debat hadi bisu...sekarang berani plak?...

Madey blm hantar lhdn periksa akaun hadi dan lobai2 pas ...dari mana wang anak hadi beli motosikal bmw?..kaloo lhdn tanye dari mana wang dlm akaun ketar lutut hadi nak jawab..

Anonymous said...

Ko tengok ker?

Anonymous said...

Masa Tun Abdullah Perdana Menteri (2004), mahkamah persekutuan menggugurkan sabitan kes liwat terhadap Anwar sebab itu beliau dibebaskan. Era Najib, kes yang sama dibangkitkan. Paparan dan kronologi yang tiada jauh bezanya. Rakyat boleh berfikir sendiri. TV dan Radio hanya digunakan untuk mendengar lagu kadar hiburan mengusik jiwa, jauh sekali dengar dan tonton berita laporan semasa. Di dada media massa umpama Utusan Meloya bukan lagi sumber bacaan.. Rakyat sudah sedar dari lamunan..

Saiful bertemu Najib (ketika itu TPM) dan Rosmah pada 24 Jun 2008. Di mahkamah Pegawai Polis juga mengesahkan dan merekod kenyataan Rosmah. Jumpa untuk apa?

Selepas bertemu dengan semua musuh politik DSAI. Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 mendakwa kononnya diliwat.
Sehari selepas itu saiful bertemu PKK SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu TPJSJP, sekarang ini KP Melaka) di Hotel Melia KL di bilik no 619. Dia juga menghubungi KPN Musa Hassan melalui telefon.

Dalam kes DSAI tahun1999, Rodwan memainkan peranan meletakkan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Ini disahkan sendiri oleh kenyataan bersumpah Pegawai Polis yang menyiasat kes mata lebam DSAI iaitu Mat Zain Ibrahim.

Pada hari yang sama Saiful ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Dr Osman Abdul Hamid setelah membuat ujian mengesahkan Saiful tidak diliwat. Perlu diingat, Dr Osman mencatatkan ada kesan tusukan plastik ke dalam jubur Saiful.

Pada 16 Julai DSAI ditangkap dalam serbuan 15 anggota UTK bertopeng dan bermesingan seolah-olah Datuk seri Anwar seorang pengganas.
Selepas ditangkap DSAI dimasukkan ke dalam lokap, Polis membekalkan DSAI dengan berus gigi, tuala dan air mineral. Pegawai penyiasat DSP Jude Periera kemudian mengambil semula semua barangan tersebut untuk mendapatkan DNA DSAI.

Sampel yang diambil tadi disimpan selama 48 jam sebelum diserah kepada Jabatan Kimia. Satu tindakan yang melanggar peraturan ujian perubatan.
Di dalam mahkamah ahli kimia berkata ada lebih dari 5 DNA di jubur Saiful. Apa ceritanya ini?
Kenapa Dr Osman tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah?

Ketika dalam mahkamah tidak ada seorang pun Doktor atau Pakar Kimia mengesahkan adanya kesan air mani DSAI di badan Saiful.
Keempat-empat Doktor mengesahkan tidak ada kesan tusukan di jubur Saiful.

Dalam mahkamah didedahkan bahawa sampel ujian telah ada ditangan Polis pada 26 Jun sedangkan Saiful hanya diperiksa oleh Doktor pada 28 Jun. Ini menunjukkan sampel ujian telah direka lebih awal.

Kenapa tuan kondo (tempat didakwa berlakunya liwat) tidak dipanggil untuk memberi keterangan? Sedangkan Polis telah menyoal siasat dan mengambil keterangan dari beliau.

Terdapat 5 tetamu lain di kondo tersebut pada hari didakwa berlakunya liwat. Polis jugak mengambil keterangan dari kelima-limanya tetapi mengapa tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah?

Di setiap bilik di kondo tersebut, ada CCTV. Kenapa CCTV tidak di bawa ke mahkamah?
KENAPA??? Kerana kenyataan mereka akan membuktikan DSAI tidak bersalah. Kenyataan mereka dan kebenaran hakiki akan menggagalkan konspirasi jahat kerajaan UMNO/BN yang diketuai oleh Najib bagi memenjarakan Datuk Seri Anwar

Anonymous said...

Pilih calon pas PD skan jadi mcm kelantan...mundur dan miskin..

Anonymous said...

hadi... anwar ajak debat sbb ko pertikai akidah dia tp ko pakai uniform sami hindu halal pulak. hadi tkkn berani takiyyah je tau nya

Anonymous said...

Jangan serah pas jer utk kebajikan, yg bukan pas pun elok juga buat kebajikan. Jangan sokong kafir jer utk kebajikan.

Anonymous said...

Alhamdullillah. Ramai yg maju kat kelantan.

Anonymous said...

Ulamak dengan peliwat, umpama air salji dengan air longkang.

Anonymous said...

betul tu. ulamak penunggang agama lbh hina dr air longkang. maka pas hendaklah undi sefool demi demi percaya fitnah liwat pd anwar. ada 4 saksi ke dpd walaun yg nampk anwar liwat sefool? klu tkde nk tuduh jg itulah menentang hukum islam namanya.

Anonymous said...

Agak pelik mujahid cakap kata2nya yang keluar dlm press sttmnt tu tak betul. Sebab sokongan tun mahathir sendiri adalah berasaskan sttmnt tu. Skrg ni bila mujahid nafi, sokongan tun mahathir tu nak di sandarkan kemana pulak yer?

Anonymous said...

betul tu. Contoh ulamak penunggang agama ialah mujahil mujahat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails