Saturday, October 13, 2018

Pindah RM2.5 Juta, Siasat Juga Orang Yang Buat Dakwaan -Presien PAS




MARANG: “Siasat juga orang yang buat tuduhan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung dakwaan UMNO memindahkan RM2.5 juta kepada parti berkenaan dengan sumber wang itu mungkin dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng.
Beliau berkata, kepemimpinan PAS sentiasa bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan itu bagi membersihkan nama parti.
“PAS terbuka untuk disiasat, MB (Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) dan EXCO bersedia disiasat kalau ada salah laku, kita mahu parti kita bersih di bawah kepimpinan kita dan siasat juga orang yang buat tuduhan, apa dia buat ketika jadi EXCO.
“Kita anggap tuduhan ini (menerima dana daripada UMNO) fitnah. Kita mempunyai sikap terbuka terhadap siapa nak beri derma, bila orang derma, kita tak tanya awak dari UMNO ke PAS... macam orang berniaga jual gula, tak wajib tanya duit (pelanggan) itu dapat atau rompak dari mana, bahkan derma orang bukan Islam pun kita tak soal kerana Islam tidak mengajar begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Diskusi Kesihatan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan mengenai Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu yang membuat laporan polis mendesak siasatan selepas tersebarnya salinan transaksi pemindahan wang daripada pegawai khas Bendahari UMNO sejumlah RM1.5 juta dan RM1 juta, masing-masing kepada Tabung Pembangunan Jawatankuasa Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) dan Shukrimun Shamsudin serta dua penama.
Pengarah Komunikasinya, Muammar Qaddafi Nasir, berkata pihaknya juga sudah membuat laporan kepada SPRM berhubung transaksi sama.
April lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga ahli PAN ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah, mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu menerima wang daripada UMNO.
Mahfuz mendakwa wang sebanyak RM1 juta dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia mendakwa sejumlah RM1.5 juta turut dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. (BH)

20 comments:

tajnur said...

Siasat jangan tak siasat termasuk yang 90 juta yang diberikan oleh Najib dalam PRU14. Jumlah ini lebih besar dari 2.5 juta...

Anonymous said...


Ckp mcm tak ada undang-undang yg kena patuh.

Org jual gula atau BRG apa pun mmg tak tny duit dr mana ?

Apa yg PAS jual ?

Anonymous said...


Masa tu hebat di perkatakan ttg 1MDB..

Tak kan Lobai tak tahu.. ?

Anonymous said...

Patut Hadi tanya sendiri dulu:

1. Knp jadi lebih UMNO dari UMNO, pembela tegar siPencuri, habis uturn Amanat Hadi

2. Tak subahat ko dgn SiPencuri? Habis berkat ko duit curi? Yg nampak dah mewah dgn berderet kete2 mewah plat2 no cantik

3. Knp nak gugur saman RM90 juta diLondon? Apa yg kepentingan umum dan maslahat nak gugur saman jika dah pukul canang diMuktamar peluang besar nak menang.

Mungkin tersirat makna dedak politik dlm soalan2 diatas.

Anonymous said...

Nasha jadi idola pemimpin2 muda PAS yang lunak dan proUMNO? Dari jadi pembaca doa Najib diMekah dan Gaza boleh jadi CEO Moderate jurucakap wasatiyyah Najib seantero dunia.

Tunggang agama dapat habuan mewah dari Najib.

Anonymous said...

Jadi tunggangan dap lagi hebat. Aqidah dap verses rasuah umno.

Anonymous said...

Jadi kuda tunggangan dap cipta pelbagai versi fitnah, lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Tanya mana2 ulamak bersekongkol dengan kafir lebih buruk banding sekongkol dengan muslim.

Anonymous said...

Kami pas takpe. Parti kami islam. Dari mana duit tu dtg tak jadi masalah. sumber haram ke tak smua boleh. Sbb kami perjuangkan islam.

Dalam islam tak penting sumber tu dari mana. Yg penting nama dia derma. Ikhlas.

Anonymous said...

Pas jadi tunggangan parti ikatan bansa syeikh fadir lagi hebat. Blond jngggut.kahkhakah

Anonymous said...

Kami pas bersekongkol dgn mca takpe. Dibolehkan sbb kmi parti islam. Mca paling kuat tolak ruu355 takpe..sbb kami pas akan pujuk dia nanti.
Dulu pas sekongkol dgn dap atas sebab dana. Takpe. Boleh. Lagipun dulu dap baik. Karpal singh penah belikan kek birthday nik aziz.
Kami pas semua boleh

Anonymous said...

Hadi pun bersongkol dgn kafir..

Jho Loh .. Arul Kanda..

Tak gitu ?

Anonymous said...

Ayoyoo. Csmna lah esok masa dia mati nanti. Putarbelit..mkn duit gubah haram. Mesti tersiksakan..tak diterima bumi.kan kan

Kahkah

Anonymous said...

Hadi mcm tak yakin je ..

Bukan siasat tp arah peguam PAS saman ke atas org yg buat tuduhan ..

Jika Zaid kena soal siasat 5 hr .. Hadi pun kena siasat 5 hr ..

Zaid tidak mahu penyokong UMNO berkumpul .. Adakah Hadi sanggup berjln ke pejabat SPRM se org diri ? Atau penyokong Hadi di katakan berdegil dan tetap berkumpul ... Memali siri ke 2 ???

Bagaimanapun Hadi tlh membuat pengakuan PAS sedia di siasat.. Apa yg perlu di lakukan ialah PH hendaklah mendesak sekali lg spy PAS mmg bersedia utk di siasat..

DAP tak boleh masuk campur.. Walaupun selepas ini PAS akan memyerang DAP dgn agresif ..



cik siti said...

Teruskan mroyan, tembak lagi Pak Asim.
Bki tunggang si kulup..

Anonymous said...

Tersiksa punya. Amanat mangkuk ni la pnyebab dua imam dulu. Laki cerai bini. Mjlis kenduri umat islam diboikot. Penduduk Sanggup bunuh diri kes memali. Mngkok syiah ni la punya kerja

Anonymous said...

Tembak pancut lepas dalam ke cik siti

Anonymous said...

Siasat akaun pas dulu betul tidak terima 2.5 dari umno...ini isunye...no ajaun dah diberi...kenape pas takut saman mahfuz?..

Unknown said...

Ha siasat lah, TGHH dah cabar tu. .Kalau tak ada unsur rasuah .Memang Tak ada pun sebab itu derma. Takkan Ada kes pun. Lagi Satu PAS boleh saman orang yg dedahkan transaksi itu kerana melanggar Undang Undang Bank Dan boleh dihukum penjara Dan sebatan. Tunggu aje lah ok

Anonymous said...

Inilah contoh ularmak. Nada mengaku terima duit curi Najib tapi boleh bela diri tak kuasa nak periksa sumber duit itu.

Kan PDRM dan SPRM dah bilang kesalahan dan subahat AMLA menerima duit curi rakyat Malaysia tidak memberi perlindungan kpd sipenerima walaupun beri alasan2 mcm Hadi bagi.

Duit curi khazanah negara mesti dipulangkan balik walaupun dah beli kereta2 mewah dan motor 2 mewah.

Lebih berat lagi walaupun maruah diri dan maruah perjuangan Parti dah di gadaikan.

Anonymous said...

Pot pet pot pet barua2 Tokong melalak... mereka reka fitnah dan persepsi..

Serupa perangai dengan Kepala Tokong LKS pujaan Barua2.. bila disuruh siasat dan buat dakwaan... konar baring pusing perkara yang sama... mengelak...

Kenapa suruh siasat jer.. buatlah laporan kpd Polis atau SPRM supaya mereka boleh memulakan tindakan berdasar laporan Barua2.. PAS pun dah buka pintu kpd Polis dan SPRM untuk menyiasat dan mengesahkan dakwaan Barua2..

Mcm kata Mujahat balaci Tokong dlm kes khalwat... ikut SOP.. buat laporan dulu baru boleh buat serbuan atau siasatan... itu pun bodoh sangat ker..?

Apa punya pelaq la Stupid Moron Barua belaan Tokong... bodoh tu simpan untuk anak cucu untuk membodohkan diri nanti.. kahkahkah... sebagai inspirasi anakcucu mengikut jejak Bapak dan Atok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails