Wednesday, June 12, 2013

Kami Ingin Memuji Nazir Kerana Bercakap Benar. -Guan Eng

Guan Eng puji keberanian adik Najib



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Nazir Abdul Razak berhubung kenyataannya berkaitan Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani.

dap special meeting 110313 lim guan eng"Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar," kata Lim (kanan) dalam sidang media hari ini.

"Kami harap abangnya boleh seberani Nazir," kata Lim yang mengaku membaca laporan Utusan Malaysia semalam yang mengkritik Nazir sebagai "anti-Melayu".

"Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak," kata Lim.

Nazir merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Azran sebelum ini dikritik Utusan dan NGO Melayu ekoran tweet beliau yang menggelar harian itu sebagai "rasis" apabila memuatkan artikel berjudul "Apa Lagi Cina Mahu". (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails