Sunday, June 09, 2013

Suami B/Presiden Megawati Indonesia Meninggal Dunia Di S'pura







JAKARTA: Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufiq Kiemas (gambar), yang juga suami bekas presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri, meninggal dunia di Singapura malam Sabtu akibat serangan jantung.

Agensi berita Antara memetik Ketua Bidang Undang-undang Jawatankuasa Pusat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Trimedya Pandjaitan sebagai berkata tokoh politik PDIP itu meninggal dunia pada pukul 7 malam waktu Singapura, pada usia 70 tahun.

Allahyarham sebelum itu dirawat di Singapore General Hospital selepas mengadu tidak sihat sejurus selesai menghadiri majlis peringatan kelahiran Pancasila di Ende, Nusa Tenggara Timur pada 1 Jun lepas. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang menerima berita sedih itu berkongsi rasa kesedihan terhadap pemergian seorang tokoh negara.

"Presiden berasa duka yang mendalam atas nama peribadi dan negara," kata jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha kepada agensi berita Antara.

Jenazah Allahyarham Taufiq akan dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata di sini pada pukul 11 pagi esok sejurus tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma dari Singapura. - BERNAMA

IKLAN:
Kontrak Ambil Sawit -Warga Indo.

Kontrak Ambil Sawit -Warga Indo.  
Hubungi: Mail (M'sia) O14 2225865 & 011 23028768
Khidmat Pembantu Rumah
  Khidmat Pembantu Rumah 
Hubungi En. Affan 011 23028768

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails