Tuesday, June 11, 2013

‘Political liaison', Tahniah Dr Dzulkefly, Teresa Kok; Saifuddin Nasution.

 Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Pelantikan Pegawai Perhubungan Politik di Selangor disifatkan sebagai kekuatan PR Selangor bukannya kelemahan pentadbiran seperti didakwa. Bakal Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang mewakili Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kewujudan jawatan ini merupakan keunikan pentadbiran Selangor yang mencerminkan keserasian.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, pelantikan jawatan baru daripada ketiga-tiga parti komponen PR bukanlah melambangkan kelemahan tetapi kekuatan PR Selangor.

“Gandingan yang dipilih pimpinan tertinggi parti iaitu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan diri saya sendiri yakin dapat memperkasa kepimpinan PR Selangor.

“Selangor cuba jadi perintis kepada keunikan pentadbiran PR. Jika di Pulau Pinang ia hanya dikuasai DAP, Kelantan hanya ditadbir Pas. Tetapi berbeza dengan PR Selangor yang melibatkan ketiga-tiga parti komponen,” katanya semalam.

Menurut Dzulkefly, dalam penggal kedua pentadbiran PR Selangor mereka akan bekerja keras untuk melaksana janji manifesto seperti yang diharapkan oleh rakyat. Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Pas Selangor terutamanya, Pesuruhjaya Pas, Dr Abdul Rani Osman di atas pemilihannya.

“Saya tahu ini tugasan berat bagaimanapun sebagai Pegawai Perhubungan Politik yang baru dilantik masih belum jelas dengan portfolio dan bidang tugas yang bakal dilaksanakan.
“Saya tak mudah kerja ini kerana mandat besar yang diberikan rakyat dengan kemenangan dua per tiga. Amanah besar ini akan  dipikul dengan akauntabiliti,” katanya. (SH)

1 comment:

Anonymous said...

Sebab yg sepatut jadi mb adalah dr parti pas.. Tp dpt kt pkr.. So bg la sama rata... Sy skong YB DR Rani.. Die adalah YB berkebajikan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails