"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam," kata dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .

"Saya akan mengangkat sumpah pada sidang belanjawan (yang) dijadualkan Oktober akan datang.
"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung tandatanya mengenai ketidakhadirannya di majlis angkat sumpah tersebut, sedangkan beliau dilaporkan dilihat hadir dan berucap dalam perhimpunan Black 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh pada 12 Jun.

Semalam seramai 42 ADUN di negeri termasuk bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mengangkat sumpah manakala tiga ADUN termasuk Husam tidak berbuat demikian.

ADUN Wakaf Baru diwakili Exco Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi, manakala Datuk Mustapha Mohamed mewakili kawasan Ayer Lanas juga tidak mengangkat sumpah dan memaklum perkara itu kepada Dewan.

Speaker DUN Abdullah Yaakob pula dilapor memberi kebenaran dan kelulusan permohonan kepada ketiga-tiga wakil rakyat tersebut. (MK)