Tuesday, August 14, 2018

Janji Had PM Dua Penggal Ditangguh – Mahathir

Janji Had PM Dua Penggal Ditangguh – Mahathir


JANJI untuk menghadkan jawatan perdana menteri kepada dua penggal bakal menjadi satu lagi janji Pakatan Harapan (PH) yang gagal ditunaikan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini had dua penggal perdana menteri itu mungkin ditangguh kerana pelaksanaannya memerlukan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen.
Janji menghadkan jawatan perdana menteri kepada dua penggal ini merupakan salah satu janji utama PH dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
“Satu perkara yang tak mungkin kita lakukan ialah perkara-perkara yang perlu pindaan perlembagaan ini tak dapat dilakukan kerana kita tak punyai dua pertiga ahli dalam parlimen.
“Misalnya, apabila kami kata kami mahukan perdana menteri memegang jawatannya selama satu penggal sahaja, kami perlu memiliki kuasa tertentu di parlimen. Beberapa perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan.
“Ini antara punca yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan (janji ini) sehinggalah kami mendapat sokongan yang mencukupi,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Ini bermakna sekiranya Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga dua penggal, beliau masih layak untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.
Ini turut menimbulkan persoalan tentang janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu tempoh peralihan.
Mahathir dipercayai ramai pihak terlibat dalam usaha menghalang Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri selepas dua tahun.
Sekiranya Anwar gagal menjadi perdana menteri dan Mahathir kekal di jawatan itu, peluang terbuka untuknya terus dilantik ke jawatan itu. – Mynewshub.tv

10 comments:

Anonymous said...

Pelan untuk hadkan tempoh PM mungkin tangguh, kata Dr M

Hariz Mohd
13 Ogs 2018, 8:18 malam (Dikemaskini 13 Ogs 2018, 10:29 malam)

A A
Pelan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal mungkin ditangguhkan kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan yang menghendaki sokongan dua pertiga anggota parlimen, maklum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya antara pembaharuan yang perlu ditangguhkan sehingga Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapatkan sokongan mencukupi di parlimen.

"Satu perkara yang tak mungkin kita lakukan ialah perkara-perkara yang perlu pindaan perlembagaan ini tak dapat dilakukan kerana kita tak punyai dua pertiga ahli dalam parlimen.

"Tetapi berkenaan perkara-perkara tertentu, jika kita dapati kelakuan dari parti lawan bahawa mereka akan sokong dan memberi sokongan dua pertiga kepada pindaan, barulah kita akan buat tindakan-tindakan yang perlu kelulusan dua pertiga daripada parlimen," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhybar selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet mengenai antirasuah awal hari ini.

Menyebut had tempoh jawatan perdana menteri sebagai contoh, Mahathir berkata beliau akan berbincang dengan parti pembangkang tidak lama lagi.

PM akan bincang dengan pembangkang

"Misalnya, apabila kami kata kami mahukan perdana menteri memegang jawatannya selama satu penggal sahaja, kami perlu memiliki kuasa tertentu di parlimen. Beberapa perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan.

"Ini antara punca yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan (janji ini) sehinggalah kami mendapat sokongan yang mencukupi," katanya.

Ketika ditanya wartawan jika HARAPANH akan membincangkan dengan parti pembangkang mengenai cadangan pindaan berkenaan, Mahathir berkata: "Kami telah memutuskan hal tersebut sebentar tadi. Selepas ini, saya akan berbincang dengan pihak pembangkang."

ted manoff said...

Bijakk..

Anonymous said...

Tajuk entri ibnu hasyim dgn malaysiakini jauh bezanye...

Anonymous said...

Janji PH hadkan tempoh PM 2 penggal untuk semua PM dari mana2 parti memerintah.....ini perlu pindaan perlembagaan...janji 2 penggal untuk PM dari PH boleh dikekalkan mengikut kelulusan majlis presiden PH...tak timbul langgar manipsato PH dan cubaan halang anwar jadi PM..tak usah putarbelit laah..

Anonymous said...

ted manoff said... Bijakk..
Kata kaki bodek, mengampu demi dedak.
ha ha ha

ted manoff said...

Tuan ibnu mmg terkenal dgn putarbelitnya..sama mcm mokhtar senik..ajaran pas..?

Anonymous said...

Aku dari mula tak percaya kat mamak ni. Dan aku lebih percaya kat tghh dan mohktar senik. Dan aku percaya dengan pas banding dengan pan,bersatu lebih2 lagi dap. Sabu khadam, mamak kaki sapu,guan eng kulup tak sunat. Ni pujaan ted kaki merapu.

Anonymous said...

Diatas nama Islam PAS berjuang, diatas nama itulah juga PAS berhadapan dengan mehnah dan tribulasi perjuangannya. Pembencinya bagaikan pewaris hantu raya, silih berganti sejak PAS ditubuhkan sehingga kini, sepertinya tiada pernah sesaat mereka tidur atau berehat daripada menghisap darah hati dan jiwa ahli PAS.

Tuduhan purbakala bahawa PAS adalah penunggang agama, ortodoks, jumud dan sinetron ini bersambung sambung seperti tiada penghujung, pembawa fitnah terhadap PAS sepertinya hantu raya yang semakin gemuk, segar dan tegar dengan fitnah politik terhadap PAS walaupun tiada bukti.

Anonymous said...

PAS telah menelusuri perjuangan yang panjang bersama agenda Islam ditengah kepesatan pembangunan jiwa insan yang terbina dengan sistem pendidikan sekular dan juga pembentukan biah acuan pemimpin yang bermazhabkan sistem penjajah.

PAS melalui jalan yang sangat sukar dan kadangkala begitu getir dengan tindakan dan serangan pembencinya, kecaman, tuduhan, fitnah malahan sehingga meragut nyawa, tanah perkuburan Kampung Parit Panjang, Kedah telah bersemadi kujuran 14 tubuh insan yang menjadi antara bukti begitu sadisnya perjalanan perjuangan PAS.

Diatas nama Islam PAS berjuang, diatas nama itulah juga PAS berhadapan dengan mehnah dan tribulasi perjuangannya. Pembencinya bagaikan pewaris hantu raya, silih berganti sejak PAS ditubuhkan sehingga kini, sepertinya tiada pernah sesaat mereka tidur atau berehat daripada menghisap darah hati dan jiwa ahli PAS.

Tuduhan purbakala bahawa PAS adalah penunggang agama, ortodoks, jumud dan sinetron ini bersambung sambung seperti tiada penghujung, pembawa fitnah terhadap PAS sepertinya hantu raya yang semakin gemuk, segar dan tegar dengan fitnah politik terhadap PAS walaupun tiada bukti.

Namun ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi saw yang menjadi dasar perjuangan PAS adalah penawar paling mujarab untuk menghalau gangguan hantu fitnah tersebut, ahli PAS yang sentiasa di tarbiyyah dan ikhlas dalam perjuangan tidak terkesan dan sanggup bergelut mendepani cabaran musuh.

Kekuatan yang dimiliki oleh PAS bukan harta, bukan juga kerana kepakaran memfitnah musuh tetapi kerana Islam yang menjadi dasarnya dan juga kerana PAS dipimpin oleh mereka yang memahami Islam. PAS membina tembok kekuatan ahlinya untuk bersabar dan Istiqamah dalam perjuangan, tidak pernah berputus asa walau apa juga keputusan pilihanraya.

Hidupnya PAS kerana Islam, selagi Islam itu ada dan PAS tetap berpegang dengannya, maka PAS akan terus hidup dengan Islam. Melainkan jika PAS mencabut Islam itu dari dasarnya, jika PAS masih mengigit kuat Islam itu dengan gerahamnya, maka orang yang mengharapkan PAS itu mati pasti akhirnya akan mati akalnya.

Anonymous said...

saya setuju dgn ph tapi tak setuju dgn tun.tun dan muhkriz kena letak jawatan sekarang.semua mb ppbm kena letak jawatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails