Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedudukan itu menunjukkan kerajaan PH gagal dan perlu ‘mengambil semula kertas peperiksaan’.
Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang menggubal manifesto itu perlu bertanggungjawab kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai janji-janji tersebut.

“Saya letak dalam 27 hingga 30 peratus daripada 100 peratus dan PH hanya berjaya mendapat gred D, mereka perlu ulang dan ambil balik kertas peperiksaan tersebut.
“Bila mereka gagal bermakna jawatankuasa ini gagal membuat kajian yang teliti sebelum mengemukakan kepada rakyat termasuk soal-soal hutang sebab perkara ini bukan sulit," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.  - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gred D tu cerdik ke bodoh?