Thursday, August 16, 2018

Jadikan PRK Seri Setia 'Referandum Rakyat' PH Gagal Tunai Janji.




PETALING JAYA: PRK Dun Seri Setia perlu menjadi referandum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan PH, demikian seru Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.
Beliau yang juga Pengarah Operasi PAS PRK Dun Seri Setia mengajak seluruh pengundi pelbagai kaum di situ memberikan satu signal yang jelas kepada PH kerana jelas tidak boleh diharap. 
"Dalam tempoh dan pilihan raya kali ini, Allah telah atur satu perjalanan tempoh penamaan calon lebih kurang tempoh 100 hari PH menjadi kerajaan. Dalam tempoh itu jugalah mereka gagal untuk melaksanakan janji-janji mereka dalam manifesto yang mereka telah gariskan. 
"Oleh sebab itu saya mengajak pada seluruh rakyat termasuk juga pengundi-pengundi PH yang lalu, kali ini supaya menjadikan pilihan raya ini sebagai satu referendum rakyat memberikan satu signal yang jelas bahawa rakyat kita semua tidak suka kepada penipuan. Biar kita ajar PH, kita didik mereka dengan pendidikan politik. 
"Sebab dalam sistem pilihan raya dalam negara kita apabila parti daripada kerajaan meletak calon dan pembangkang meletak calon, sudah tentu PAS sebagai parti pembangkang bersama rakan-rakan yang lain dalam Pakatan pembangkang, Umno, parti-parti yang lain juga dan bersatu di dalam Pakatan Pembangkang untuk membentuk satu sistem 'Check  and  Balance' yang kukuh dalam negara kita," serunya.
Menurutnya, pertandingan yang dijangka dengan calon PKR yang mewakili komponen dalam PH itu sekiranya mereka menang, tidak menambah apa-apa kepada kerajaan, namun sebaliknya jika mereka kalah katanya, calon yang kalah pasti akan menjadi Penyelaras DUN atau tetap ada jawatan dalam kerajaan. 
"Kalau dia menang, bererti kita gagal untuk menghantar suara yang kuat bagi memberikan satu pendidikan politik kepada PH. Sebab itu saya percaya rakyat matang PRK kali ini akan memberikan undi kepada PAS bagi membina dan membentuk satu suara 'check and balance' yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri. 
"Sebab Pakatan Harapan kalau dia menang pun dalam sistem negara, negeri kita, dia tetap akan dilantik dan tetap ada jawatan dalam kerajaan kita. Oleh sebab itu kita harap Pilihan raya kali ini seluruh masyarakat sebagaimana saya sebut jadikan pilihan raya sebagai satu referendum untuk memberikan satu pengajaran.
"Satu pendidikan kepada PH yang ternyata gagal untuk memberikan satu melunaskan janji mereka dalam pilihan raya yang lalu, apatah lagi dengan segala himpitan yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini tidak sebagaimana janji yang mereka pernah janjikan dahulu," serunya. -HARAKAHDAILY 15/8/2018

Video



undilah pas
roudinma
YouTube - 3 Mac 2008

Undilah PAS - Chromatic.mp4
Jebat TNA
YouTube - 27 Apr 2013

TERKINI: Undilah PAS, perbetulkan landasan kerajaan Negeri ...
MalaysiaGazette TV
YouTube - 3 jam lal

10 comments:

Anonymous said...

PH gagal laksana janji2...pas ni buta mata hati?...adekah pas liberal masih bayar gst?....beli minyak harga 2.50 seliter?...

Kwsp 2% telah dilancarkan...ade lagi sedang diprosess...janji2 untuk dilaksanakan dlm tempoh 5 tahun akan dilaksanakan..


Yg paling penting gst sifar dan minyak tak naik seperti yg telah dijanjikan harga minyak kekal stabil..

Cuba bagi tau banyak mana dah janji pas di terengganu dan kelantan telah ditunaikan?...

Puaka Rimba said...

Kalau hanya kerana hujah kerajaan PH gagal tunai janji akan menyebabkan sokongan Rakyat berubah Arah, ini satu hujahan yg SESAT. Macam MP Lobai yg sesat berhujah dalam parlimen. Bikin malu orang Islam . Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Pas Parti Penipu Agama Se malaysia...Pas liberal janji nak laksana hudud selepas pru 13....kemudian tukar kpd Aryuyu 355 tapi lobai pas pakat dgn ketua prompak umno kencing Aryuyu 355...

Pas liberal tonggang agama..

Anonymous said...

Sg Kandis pas liberal dan umno kempen melayu islam terjejas dan janji PH tak ditunaikan...

Sg kandis hukum pas dan umno kerana menipu...
Sri setia pas dan umno akan bawa isu yg sama nak tipu sri setia....

Sekali lagi pas liberal dan umno akan di humban kerana menipu.
...

Anonymous said...

Umno dah serik di sg kandis...serah kpd balaci plak bertanding....balaci merayu mintak tuannye tolong kerana tahu sti setia susah jugak..nak ditipu...

Cik siti said...

Untungnya jadi isteri2 pemimpin pas,semuanya boleh dapat caruman kwsp.tahniah ph.

Anonymous said...

Seblm pru14 pas liberal umum cerai dgn PKR tapi di selangor lobai pas enggan lepas jawatan kerana sayangkan gaji dan elaun...bercerai tapi masih berkhalwat ...lepas tu berkhaiwat dengan umno hingga sekarang tapi tak ngaku....hidup dgn menipu..

Anonymous said...

Pas sepatutnye tak payah bertanding di sri setia mcm di Balakong...undi pru 14 ciput...
Pengundi selangor tahu banyak kebajikan yg dah dibuat oleh PKR kpd rakyat selangor

Skim peduli sihat bas percuma wifi percuma issuran petani..bantuan pendidikan kelahiran dan kematian...pinjaman kpd peniaga kecil...pelabor asing berani melabor di selangor...selangor negeri maju...ramai orang kelantan yg lari cari kerja di selangor...

Ape bantuan orang kelantan dan terengganu dapat dari Pas liberal?...cuba senaraikan..
Pas tak reti tadbir negeri..

Ini lah puncanye pas kalah teruk di selangor dlm pru 14 dan di prk sg kandis tapi pas liberal tak pernah sedar diri..

Di sg kandis ade pengundi pas boikot umno...di sri setia pengundi umno plak akan balas dendam kpd pas liberal....

Di Balakong Pas takut hilang deposit..

Anonymous said...

Umno mintak balaci turunkan calon yg hebat...sape yg hebat dlm pas liberal?...yg ade hebat menipu...yg tak reti pasal nak kukuhkan ekonomi dan majukan negeri...

Anonymous said...

tkpe..kot2 kt tgnau ada prk nnti kita guna seruan sallehan ni kt sana. sebb tganu hnya dpt buat 5 dpd 20 manifesto dlm 100 hari.

tungguuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails