Friday, August 17, 2018

2 Lesbian Didenda RM3,300 & Sebatan. T'ganu Berwibawa..


KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah 12 Ogos lalu memutuskan dua wanita lesbian dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.

Berita dalam talian Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa  kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu turut  berdepan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah.

"Hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada kamu berdua serta masyarakat umum hari ini," katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah. Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat dan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.

Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan dua wanita disyaki pasangan lesbian dicekup ketika sedang asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun. Pasangan berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun.

Pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap 'terlanjur'. Dalam serbuan itu juga, penguat kuasa turut menemui satu alat kelamin lelaki tiruan yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu. (teganukita)

12 comments:

Anonymous said...

Berita yg dah disiarkan beberapa hari lepas

Anonymous said...

Definisi semula pengertian tanah adat Orang Ali

17 Ogs 2018, 10:23 pagi (Dikemaskini 17 Ogs 2018, 10:27 pagi)

A A
Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk pemewartaan tanah adat Orang Asli di seluruh negara bagi menjamin hak golongan itu terhadap pemilikan tanah mereka terpelihara.

Menterinya Rina Mohd Harun berkata langkah itu akan melibatkan pindaan undang-undang sedia ada sebelum kawasan berstatus tanah adat dapat diwartakan atas nama Orang Asli.

"Pengertian tanah adat itu perlu didefinisi semula dengan mengambil kira aspek undang-undang, memandangkan tidak semua negeri mengiktiraf tanah adat Orang Asli yang menyukarkan pemewartaan menyeluruh dapat dibuat.

"Langkah ini akan disegerakan bagi memastikan ketidak adilan seperti yang terjadi kepada Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan dan pelancaran program penghayatan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian itu.

Rina mengulas mengenai langkah yang akan diambil kementerian bagi membantu nasib Orang Asli Temiar di 17 perkampungan di Gua Musang yang terpaksa membina sekatan bagi menghalang tanah adat mereka diceroboh pihak luar.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan masalah isu pencerobohan tanah adat Orang Asli di Gua Musang yang menuntut pengiktirafan wilayah tanah adat melalui kaedah Geran Komuniti

Anonymous said...

Potensi besar PAS di Seri Setia dan Balakong

Al-Abror Mohd Yusuf
17 Ogs 2018, 9:00 pagi (Dikemaskini 17 Ogs 2018, 7:31 pagi)

A A
PULASAN | Tidak banyak pilihan yang ada buat PAS sekarang. Dalam keadaan parti itu semakin terpinggir tindakan paling bijak ialah mengambil langkah yang tepat dan segera.

Memanglah kalau ditanyakan kepada orang seperti Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, kalau ditakdirkan AMANAH bubar dan anggotanya berbondong-bondong masuk PAS, mereka akan bertegas bahawa PAS tidak pernah lemah.

PAS tidak pernah kalah, cuma belum menang.

Cuma itulah, kadang-kadang kesungguhan PAS untuk mencapai kemenangan itu tidak selari dengan apa yang mereka buat. Ia kira-kira sama macam seseorang yang sedang berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta dan bersedia 110 peratus untuk menuju destinasi yang dikehendaki.

Dia pun menekan pedal minyak kereta itu sekuat hati. Masalahnya ialah, gear dibiarkan dalam keadaan neutral. Maka jadilah enjin itu terbiar dalam keadaan melahu ketika pemandu dan penumpangnya bercita-cita untuk sampai ke tempat yang dituju.

Namun itu bukanlah masalah sama sekali buat PAS. Bagi PAS kemenangan yang sebenar ialah di akhirat. Maka apa yang dilakukan di dunia ini perlu diterima dengan pasrah, terutama apabila ia disurahkan daripada mulut presiden atau mursyidul am mereka.

Maka dalam keadaan itu, kita memahami percaturan PAS dari semasa ke semasa. Cuma kalau boleh kita juga mahu mencadangkan beberapa idea kepada parti itu menjelang berlangsungnya dua pilihan raya kecil (PRK) pada 8 Sept nanti.

Semarak slogan ABAH

Pertama, PAS perlu meneruskan eksperimen siasah mereka selepas PRK Sungai Kandis. Apa yang mereka lakukan mulai 21 Jul hingga 4 Ogos lalu adalah langkah tepat untuk membina PAS yang lebih ampuh.

Justeru di medan Sungai Kandis dan Balakong PAS mempunyai makmal yang luas untuk meneruskan uji kaji siasah mereka. Letaklah apa istilah atau nama Arab apa pun, ia tentu akan diraikan oleh orang ramai, khususnya pengundi di kedua-dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) berkenaan.

Antara uji kaji yang perlu dilakukan PAS ialah membawa Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekerap mungkin ke kedua-dua kawasan DUN berkenaan.



Lebih kerap beliau hadir lebih baik, terutama di Balakong. Bukanlah pengundi di Balakong itu juga rakyat Malaysia yang berhak disantuni Abdul Hadi?

Kedua, semarakkan slogan yang ampuh dan padu Asalkan Bukan Pakatan Harapan (ABAH). Perlu diulang-ulang dan diratibkan slogan ini seperti ABU (Asalkan Bukan Umno) yang pernah dilakukan oleh penentang BN suatu ketika dulu.

Lebih menarik, laungkan slogan ABAH itu sekuat yang mungkin semasa Abdul Hadi hadir. Memang mugkin ada penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mentertawakan ABAH sebagai "Asalkan Bukan Abdul Hadi" tetapi usah dipedulikan semua itu.

Mereka bukannya tahu apa-apa tentang siyasah PAS yang hebat itu.

Ketiga, tonjolkan watak-watak penting dan berkaliber dalam PAS yang ada sekarang. Ia perlu untuk membuktikan parti itu tidak pernah ketandusan pemimpin yang pintar dalam percaturan sehari-hari, sama ada sebagai parti politik atau badan dakwah.

Jika dulu almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya menawan hati ramai, sekarang pemimpin yang ada juga tidak kurang handalnya.

Selain Abdul Hadi PAS ada Nasrudin Hassan, Nik Mohamad Abduh, Mokhtar Senik dan Dr Zuhdi Marsuki adalah antara pelapis yang memiliki masa depan yang sangat cerah di persada politik negara.

Tidak ketinggalan penting ditonjolkan dan dibawa berkempen ialah Menteri Besar Terengganu Dr Samsuri Mokhtar, walaupun ia nanti mungkin akan mengundang persepsi bahawa PAS sebenarnya tidak dapat mempertaruhkan kewibawaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Senjata rahsia

Keempat, pada saat-saat akhir pelawa Datuk Seri Najib Razak untuk turun berkempen, sama ada di Seri Setia atau Balakong. Ia boleh dianggap sebagai senjata rahsia untuk memenangkan pembangkang di Selangor.

Anonymous said...

Kalo di selangor Pas tak payah susahkan diri bertanding...orang selangor cedik2 tidak mudah ditipu oleh lobai Pas..

Kalo di kelantan dan terengganu pas tak payah berkempen sebab orang dipantai timor bodoo2 mudah ditipu oleh lobai Pas...

Anonymous said...

Janji 100 hari HARAPAN: Mustafa pertahan kerajaan.

N Faizal Ghazali
17 Ogs 2018, 8:00 pagi (Dikemaskini 17 Ogs 2018, 7:32 pagi)

A A
WAWANCARA | Pakatan Harapan (HARAPAN) menerima pelbagai kecaman dan kritikan susulan kegagalan gabungan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu memenuhi janji 100 hari yang dikemukan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Namun, bagi Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali, kegagalan itu adalah perkara biasa dan rakyat tidak boleh menghukum kerajaan sebagai ‘penipu’.

Menurutnya, HARAPAN dilihat cuba untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dijanjikan dan ada perkara yang dilaksanakan dengan begitu drastik seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Untuk memenuhi janji, tidak semua dapat dipenuhi seperti mana yang disebut sebelum ini. Sebab ada perkara yang kita janji tetapi berdasarkan perspektif masa itu.

"Bila sudah tiba masanya kita mentadbir kita tengok ia bukan seperti yang kita andaikan pada awalnya.

“Saya nampak keseriusan dan kesungguhan masing-masing (menteri) melaksanakan tugas. Perkara biasa benda yang memakan masa, ada perkara yang perlu proses undang-undang dan melibatkan kos.

“Kita tak boleh hukum begitu, bukan masalah tipu, kita tidak boleh guna perkataan itu. Ada perkara mereka sendiri akui tak dapat laksanakan dalam tempoh 100 hari, ia bukan sesuatu yang luar biasa,” katanya pada sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, di Kuala Terengganu, kelmarin..

Bekas setiausaha agung PAS itu berkata demikian ketika ditanya berhubung kegagalan HARAPAN memenuhi 10 janji utama mereka dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan berakhir hari ini.

Terdahulu, HARAPAN dalam manifestonya mengemukakan 10 janji utama untuk direalisasikan dalam tempoh 100 hari pemerintahan, antaranya menghapuskan GST, penghapusan tol, pelaksanaan gaji minumun, menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan subsidi bersasar serta menghapuskan hutang tidak wajar yang dikenakan ke atas peneroka.

Perubahan positif

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, penipuan kerajaan hanya wujud jika ada perkara yang sepatutnya boleh laksanakan tetapi sengaja tidak dilakukan.

“Kalau ada perkara yang boleh buat tetapi mereka tak laksanakan, itu baru boleh kita kata sebagai tipu

Anonymous said...

Atau sebaliknya org di selangor bodoh belaka kerana dikencing oleh kulup PH dan org di ganu dan kelantan cerdik belako kerana x mudah dikencing oleh kulup PH.

Anonymous said...

anon 10.59..

Selain Abdul Hadi PAS ada Nasrudin Hassan, Nik Mohamad Abduh, Mokhtar Senik dan Dr Zuhdi Marsuki adalah antara pelapis yang memiliki masa depan yang sangat cerah di persada politik negara.

.. ayat di atas sgt bagus. 4 pemimpin pas tu semualah yg jahanamkan pas. malah mereka terpalit jd agen umno dan cia dlm pas. tp mereka juga yg menceriakan pas dgn pelbagai cerita lawak dn luarbiasa. tanpa mereka sunyilah pas.

elok sgt mereka jd pelapes pas. biar pas tinggal papan2 tanda cawangan saja di tepi2 jalan.

Anonymous said...

Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk pemewartaan tanah adat Orang Asli di seluruh negara bagi menjamin hak golongan itu terhadap pemilikan tanah mereka terpelihara.

Menterinya Rina Mohd Harun berkata langkah itu akan melibatkan pindaan undang-undang sedia ada sebelum kawasan berstatus tanah adat dapat diwartakan atas nama Orang Asli.

"Pengertian tanah adat itu perlu didefinisi semula dengan mengambil kira aspek undang-undang, memandangkan tidak semua negeri mengiktiraf tanah adat Orang Asli yang menyukarkan pemewartaan menyeluruh dapat dibuat.

"Langkah ini akan disegerakan bagi memastikan ketidak adilan seperti yang terjadi kepada Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan dan pelancaran program penghayatan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian itu.

Rina mengulas mengenai langkah yang akan diambil kementerian bagi membantu nasib Orang Asli Temiar di 17 perkampungan di Gua Musang yang terpaksa membina sekatan bagi menghalang tanah adat mereka diceroboh pihak luar.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan masalah isu pencerobohan tanah adat Orang Asli di Gua Musang yang menuntut pengiktirafan wilayah tanah adat melalui kaedah Geran Komuniti.

Dalam pada itu, Rina berharap Kerajaan Negeri Kelantan memberi penekanan yang serius untuk menyelesaikan isu itu dengan mempermudahkan urusan pemewartaan tanah adat di kawasan terbabit.

Beliau berkata walaupun istilah tanah adat Orang Asli tidak wujud dalam undang-undang tanah negeri Kelantan tetapi Kerajaan Negeri tidak boleh memandang remeh isu berkenaan kerana masyarakat itu mahu hak mereka diiktiraf.


"Perkara berkaitan undang-undang itu memang jelas tetapi dengan bidang kuasa yang ada, Kerajaan Negeri Kelantan seharusnya bertindak lebih baik dan adil dalam menangani tuntutan itu,"​​​​​ katanya.

Sebagai langkah susulan, Rina berkata pihaknya akan bertemu Kerajaan Negeri Kelantan dalam masa terdekat bagi membincangkan kemelut itu termasuk keperluan mendefinisikan semula tanah adat.

Anonymous said...

11.06..

syabas Mustafa Ali. ada jg seorg pemimpin pas yg waras dan bijak. ni yg hadi marah ni.

mcm budak nk exam lah mesti ada target.. nak 10A.
dh usaha tiba2 dapat 5A saja. takkan kita nk kata dia munafik

klu budak tu target nk 10A tapi kt belakang tk belajar tk usaha pun, tiba2 dpt tkde A.. tu blh lah kata munafik nipu.

jgn dinafi usaha keras ph. rakyat menilai usaha juga. bukan senang nk bersihkan Negara selepas era klepet. org yg jerit mana janji.. tak buat munafik.. itulah org bodoh yg akan kalah lebih teruk pru15 nanti.

so pas tkyah lah guna isu manifesto kt balakong atau seri setia.. nanti nangis tak berlagu.

Anonymous said...

cuba melakukan hubungan sejenis. cuba saja pun dh kena hukum sebat ye?

tkpe minta ibnu kaji lah, bab ni kepakaran ibnu pagi2 jemaat ni.

Anonymous said...

Cukup 4 orang saksi ke? Nampak ke alat kelamin tersebut di masukkan ke lubang kemaluan seperti mana sebatang pen di celup ke dalam botol dakwat ?

Lagi susah bukan lagi senang melakukan hubungan untuk melepaskan nafsu antara sesama jenis sebab kalau lelaki dengan perempuan walau pun lelaki nya berkain lap towel dan perempuan nya berkemban mereka cuma di denda tanpa sebatan..

Hissh hissh...

Anonymous said...

Ada yg bodo yg tak faham antara hudud & qisas yg ternyata sangat berbeza baik dari segi persaksian, pembuktian, juga kadar hukuman.
Komen sembrono ala parti aljubb, dapigs-pan, and gang menjelaskan kebodohan komenter.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails