Thursday, August 16, 2018

RM Merudum, Dulu Salah Najib Kini, Salah Ekonomi Dunia. Tun Oh Tun...


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kejatuhan nilai ringgit ketika ini disebabkan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Nilai semua mata wang jatuh kerana keadaan ekonomi dunia ketika ini tidak menentu. Terdapat perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat (AS).
“Masalah di Eropah, peperangan dan macam-macam lagi berlaku yang menyebabkan banyak nilai mata wang jatuh, bukan Malaysia sahaja,” katanya dipetik dari laporan BH Online.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kejatuhan nilai ringgit ke paras RM4.10 semalam, yang merupakan paras terendah tahun ini.
Nada kenyataan Dr Mahathir itu agak berbeza dengan dakwaannya pada Oktober 2015 lalu yang mengaitkan kejatuhan nilai ringgit ketika itu dengan kelemahan pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1MDB.
Waktu itu juga beliau cuba meyakinkan orang ramai bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat secara mendadak sekiranya Najib dijatuhkan.
“Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata,” kata Dr Mahathir dipetik dari laporan Mstar Online bertarikh 3 Oktober 2015.
Dalam laporan Sinar Online tarikh yang sama, Dr Mahathir turut mengulangi keyakinan serupa bahawa kejatuhan Najib akan disusuli dengan kenaikan nilai ringgit.
“Saya yakin kalau Najib tidak jadi Perdana Menteri, akan meningkatkan semula nilai mata wang kita dan barulah kemusnahan ini akan berakhir,” ujarnya penuh yakin.
Nilai ringgit pada 9 Mei 2018, hari terakhir Najib sebagai PM berada di paras RM3.95 berbanding AS$1 bagaimanapun menyaksikan kemerosotan ketara selepas kerajaan PH diketuai Dr Mahathir mengambil alih kerajaan sejak tiga bulan lalu.
Semalam ringgit diniagakan pada paras RM4.10 bagi setiap dolar AS. Nilai yang sama turut direkodkan pagi tadi apabila pasaran dibuka.
Pada 7 Januari 1998, ringgit pernah merekodkan nilai terendah dalam sejarah apabila mencecah RM4.88 berbanding dolar AS.
Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir, menyalahkan aktiviti spekulasi mata wang oleh George Soros sebagai penyebab kejatuhan nilai ringgit waktu itu. – SuaraTV

23 comments:

Anonymous said...

Awal minggu ini, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kerajaan sukar menghapuskan tol kerana ia akan menelan kos RM400 bilion.

Pua, yang juga pegawai khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata angka RM400 bilion merupakan angka dari kerajaan lalu, yang mengambil kira konsesi termasuk keuntungan masa depan.


“Angka yang kita gunakan jika kita ambil alih tol, buat masa ini kita belum lagi buat keputusan, kalaulah kita ambil alih konsesi tol ini.

“Kita akan bayar pampasan hanya mengikut kadar yang termaktub dalam kontrak. Kos pembinaan jalan raya, tidak termasuk masa depan.

“Oleh sebab itu, jumlah yang diperlukan untuk ambil alih tol tidak akan dekat dengan angka RM400 bilion,” katanya.

Anonymous said...

Nilai,ringgit pada hari pru dgn hari ini tak jauh bezanye...awal tahun 2018 nilai ringgit mencecah 4.40...

Anonymous said...

Ini fakta ringgit tercorot sejak Najib jadi PM

Rafizi Ramli
3 Jul 2017, 2:32 tengahari (Dikemaskini 3 Jul 2017, 3:42 petang)

A A
ULASAN l Minggu lalu, jentera propaganda Barisan Nasional (BN) cuba menularkan laporan Bloomberg yang menyebut matawang ringgit Malaysia (RM) menunjukkan prestasi lebih baik berbanding matawang lain bagi suku pertama 2017.

Laporan ini kemudiannya dijadikan alasan untuk membidas pihak-pihak yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan nilai ringgit (termasuk saya) kononnya kritikan kami selama ini tidak benar.

Nilai matawang ringgit adalah sangat penting kerana peratusan barang import yang digunakan oleh rakyat masih kekal tinggi, terutamanya bahan-bahan makanan.

Lebih-lebih lagi harga petrol dan diesel dikira berdasarkan harga rujukan di dalam dolar Amerika Syarikat (AS), maka jika pun harga minyak mentah dunia telah turun, harga petrol dan diesel boleh kekal tinggi akibat nilai ringgit yang rendah.

Penentu nilai ringgit

Nilai ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara.

Oleh itu, kedudukan nilai ringgit yang rendah dan prestasinya di belakang matawang serantau yang lain memberi gambaran kelemahan pentadbiran ekonomi dan kewangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Alasan yang selalu digunakan oleh jentera propaganda Najib ialah kejatuhan mawatang ringgit adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia disebabkan nilai dolar AS yang mengukuh, bukannya disebabkan oleh kelemahan ekonomi Malaysia.

Mereka yang membawa alasan ini akan memberi contoh bahawa semua matawang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan dolar AS, bukannya ringgit semata-mata.

Data kadar tukaran matawang

Oleh itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan data kadar tukaran matawang ringgit dan matawang lain (iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan) berbanding dengan dolar AS bermula dari tahun 2007 hingga ke akhir Mei 2017.

Tujuannya ialah untuk menentukan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak Najib menjadi menteri kewangan (dari tahun 2008 hingga 2017).

2. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak isu dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib (dari tahun 2015 hingga 2017).

Data kadar tukaran matawang berbanding dolar AS boleh diperolehi secara percuma dari laman Bank Dunia (rujuk laman http://knoema.com/WBGEM2017Mar/world-bank-global-economic-monitor-monthly-update)

Anonymous said...

Pas apa tau pasal nilai matawang. Manatau pasal eknomi pasaran dll.

Pas tau cuma beli beca. Kahkahkah

Anonymous said...

Kembali Meningkat Apabila Krisis Turki Reda

Aug 15, 2018
KUALA LUMPUR – Ringgit Malaysia mempunyai prospek yang lebih baik untuk kembali meningkat nilainya apabila ketidaktentuan geopolitik Turki dan krisis…

KUALA LUMPUR – Ringgit Malaysia mempunyai prospek yang lebih baik untuk kembali meningkat nilainya apabila ketidaktentuan geopolitik Turki dan krisis kewangan reda, kata Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan University Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng.
Beliau berkata, penyusutan nilai mata wang tempatan berbanding dolar US, yang juga berlaku kepada mata wang sedang muncul, adalah untuk sementara kerana Malaysia kurang terdedah kepada krisis kewangan Turki, berikutan lebihan akaun negara yang lebih baik.

“Sebagai negara pengeksport minyak menjadikan kita lebih kukuh, oleh itu kita boleh menghadapi tekanan di sekeliling kita,” katanya sambil menambah bahawa Malaysia kurang terdedah (kepada pergolakan) berbanding Mexico, Argentina. Filipina, Indonesia dan India kerana perbezaan dari segi memanfaatkan pinjaman asing.

“Kebanyakan pinjaman kita adalah dalam ringgit dan ini akan mengurangkan kesan yang lebih besar daripada pengukuhan dolar US,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lira menjunam kepada paras terendah sebanyak 7.24 berbanding dolar US pada awal minggu ini, mencetuskan kebimbangan pasaran global ketika ketegangan meningkat antara Amerika Syarikat dan Turki berikutan penahanan seorang padri AS oleh Ankara dan beberapa masalah diplomatik lain.

Setakat jam 3 petang, ringgit mencecah 4,1020/1050, lapan bulan terendah berbanding 4.0950/1000 ketika ditutup semalam.

Sementara itu, rupee India juga jatuh ke paras terendah pada Isnin kepada 69.93 berbanding dolar, kejatuhan paling teruk sejak 3 Sept 2013.

Bagi rupiah Indonesia, ia jatuh tiga hari berturut-turut berbanding dolar kepada 14,618, terendah sejak Oktober 2015.

Ini berikutan risiko penularan daripada pergolakan pasaran kewangan Turki yang telah menjejaskan pasaran baru muncul. – BERNAMA

Anonymous said...

Ibnu hasyim ni buta pasal pasaran matawang dan ekonomi tapi nak cakap jugak pasal matawang...

Anonymous said...

“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

[Kenyataan PAS ogos 1980]


Munapekkk

Anonymous said...

Hidup babi mca!

Takbirrrrrrrr

ted manoff said...

IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..



Tuan ibnu mana tahu psl ekonomi nii..jadi ahli perniagaan pun separuh jln..kalau ckp soal kawin 5 mmg pas pakar..­čśä­čśâ­čśé­čśü­čśÇ

Anonymous said...

JANGAN.BUANG MASA DENGAN LOKMAN ADAM, JOM BANTU TURKI..

Atas level seorang rakyat Malaysia yang menetap di ─░stanbul Turki dan melihat setiap detik krisis ini dengan mata kepala dan linangan airmata sendiri, Ayah ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama membantu Turki di dalam PERANG EKONOM─░ yang sedang Washington lancarkan ke atas ─░stanbul sekarang.

1. Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan anda kepada Turkish Lira. Untuk yang belum kenal bagaimana lambang yang represent Lira, ini adalah lambang Lira �� '₺'

2. Pertukaran anda ini akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan RM0.80sen. Sejak serangan Washington, Lira telah drop sejauh RM0.59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

3. Komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki ketika ini [mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah pemerintahan Turki Ustmaniyyah] adalah bangsa Arab kawasan Teluk. Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu. Sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di money changer mereka untuk membeli Lira [rujuk gambar-gambar].

5. Bangsa Arab jugalah yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh ─░stanbul sekarang. Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdo─čan memandang positif perkara ini. Pesan sang Presiden, "Layani pelancong-pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro." Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira.

6. Jika anda was-was dan merasakan bahawa usaha anda ini mustahil akan membantu - Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdo─čan dan Turki semalam. Tindakan bijak Emir Qatar ini terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada RM0.69sen selepas investasi itu berlaku [saat catatan ini ditulis, nilai Lira adalah bersamaan RM0.68sen].

7. Krisis ini adalah real!!! ─░ni bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi - Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaks-nya, semua D├Âviz [money changer] di seluruh ─░stanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi. Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang currency trade di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di ─░stanbul Atat├╝rk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana D├Âviz-D├Âviz di Airport semuanya tutup. Bahkan, ─░mam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

8. Pesanan ─░mam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdo─čan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka.

Anonymous said...

Hari hari asik gentel punai dpn laptop layan pornowi je kerjanya mana bisnes mau jalan.

Kahkahkah

Anonymous said...

9. Anda kena ingat! Turki adalah kubu terakhir umat ─░slam ketika ini. Ketika Trump mengumumkan Jurusalem sebagai ibu negara ─░srael, siapakah yang bersungguh-sungguh memanggil dan mengumpulkan semua pemimpin dunia ─░slam untuk bersidang di ─░stanbul demi menyatakan bantahan kepada tindakan sembrono Amerika itu? Tidak lain dan tidak bukan - adalah Recep Tayyip Erdo─čan!

10. Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib, turut dihubungi Erdogan melalui panggilan telefon peribadi - menunjukkan bahawa jemputan itu adalah sesuatu yang serius. Jika Turki kalah dan jatuh m├╝flis dengan serangan Washington kali ini, anda rasa, siapakah pemimpin Dunia ─░slam sekarang yang mampu untuk buat perkara yang sepertinya? Tidak ada! Maka, jelas lah kita sangat-sangat memerlukan Turki untuk terus kuat seperti biasa.

11. Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan! Jika anda mahu kubu terakhir umat ─░slam ini kukuh kembali, tukar semua matawang asing di dalam simpanan anda kepada Lira. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpopulasi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

12. Dan yang paling penting - hubungi Mak dan Ayah anda dan terangkan kepada mereka dengan cermat perkara ini. Tanyakan kepada mereka adakah mereka menyimpan Dollar & Euro. Jika ada, rayu kepada mereka supaya menukarkannya kepada Lira dengan segera.

13. Generasi ─░bu & Ayah kita ini adalah golongan yang paling banyak menyimpan matawang asing kerana mereka saban tahun melancong ke luar negara. Selama Ayah hidup di ─░stanbul ini, golongan pelancong yang paling banyak Ayah temui adalah mereka yang berumur 55 ke 75 tahun dan ke atas ini lah. Semalam saja, lebih 20 orang dari kalangan generasi ini yang Ayah santuni di sini. Generasi tua ini mempunyai kuasa yang sangat leluasa, dan ini lah masanya untuk kita gunakan kekuatan mereka.

14. Jangan terpedaya dengan mereka yang berpesta dan bergembira dengan kejatuhan Lira saat ini, kononnya rakyat Malaysia akan lebih seronok untuk melancong ke Turki kerana nilaian Lira sekarang adalah lebih murah. Jika krisis ini berlanjutan, harga barangan di Turki akan mencanak-mencanak naik, bahkan harga barang boleh jadi lebih mahal daripada sebelum ini. The inflation will take its place, guys!

15. Tukar matawang asing anda sekarang dan upload gambarnya ke dalam FB seluas-luasnya. Biar satu Malaysia tahu tentangnya pun, tidak mengapa! Tindakan anda itu akan memberansangkan orang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Tag Ayah! Dan Ayah akan share posting anda tersebut seluas-luasnya. Sosial media adalah senjata yang paling ampuh untuk digunakan saat ini.

16. Dengan ramainya masyarakat dunia membeli Lira, maka demand kepada Lira akan meningkat. Apa yang kita mahukan sekarang adalah demand kepada Lira melebihi supply. Dan apabila demand telah melebihi supply, nilai Lira akan sekelip mata meningkat! [sila pergi ke wall Ayah selepas ini, Ayah telah upload gambar rakyat Malaysia yang telah membeli 200 Lira di Kota Bharu].

Anonymous said...

Ape pas buat untuk bantu saudara islam turki...pejang2 islam pas ?

Anonymous said...

Yahudi kristian sedang menekan turki...najib ambik penasihat yahudi...lobai hadi sokong najib dan sedondon dgn najib..

Anonymous said...

PAS: Undi MCA di PRK Balakong sebab mereka rakyat Malaysia

Zulaikha Zulkifli
16 Ogs 2018, 6:16 petang (Dikemaskini 16 Ogs 2018, 6:26 petang)

A A
Jika alasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti mengundi calon MCA pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi DUN Balakong adalah atas "semangat pembangkang" hari ini, setiausaha Majlis Syura Ulama parti itu memberi hujah yang berlainan.

Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) di Dewan Rakyat, berkata, walaupun MCA menentang hukum hudud, sokongan kepada parti Cina itu dibuat kerana mereka adalah "rakyat Malaysia".

"PAS kalau bekerjasama dengan MCA, Umno (sebab) mereka adalah rakyat Malaysia

Anonymous said...

Ini lagi bukti ustaz2 fasikun, munafikun, hamPAS pas yang memang HAMPAS, HAMPAS, HAMPAS.

Apa!......PPBM bukan rakyat Malaysia? AMANAH bukan rakyat Malaysia? DAP bukan rakyat Malaysia? PKR bukan rakyat Malaysia????? BENGONG ENTE2 SEMUA, SAH TAK LAYAK BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA!

Anonymous said...

Ana SERU seluruh ahli PAS! Sila BOIKOT PRK Balakong. Atau BATALKAN kertas undi antum semua! Calon MCA sama kafir harbi MAKAN BABI seperti biaDAP, Gerakan SEKONGKOLAN umno menolak dan menggagalkan RUU355 dan TIDAK AKAN PERNAH membenarkan syariat Islam terlaksana di Malaysia tercinta ini.

Tuan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan berlepas tangan di MAHSYAR kelak sebagai mana SYAITON berlepas tangan terhadap hasutannya ke atas manusia di AKHIRAT kelak!

Seikhlasnya ana seru dan berlepas tangan dari fasik , mungkar dan nifaq / munafiq PAS!

Anonymous said...

100 orang lobai dlm pas 100 alasan....lobai hadi tidak dihormati lagi oleh lobai2 dlm pas...

Anonymous said...

kah kah kah kah kahhhhh.........admin a/l ah sim dah sama BENGONG mcm ustaz2 HAMpas yg fasikuuuuuun............wamunafikuuuuuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnn..........wamala`uuuuuunnnnnnnnnn....................................

Ya ustaz2 hamPAS, antum memalukan Melayu ISLAM Malaysia di depan KAFIRUN dalam Dewan Parlimen Malaysia!!!!!

Anonymous said...

Nilai Ringgit akan terus naik sekiranya Ibnu Hasyim dan Lebai PAS dilantik jadi menteri kewangan Malaysia,ini sejajar dengan konek @ kontol mereka yang sentiasa ghairah dan keras mengalahkan tegaknya roket DAP. kah....kah..kah.......

Anonymous said...

AnonymousAugust 16, 2018 at 7:51 PM macam kamu tahu. Dulu najib kencing kamu sekarang tun m kencing kamu dah macam mangkuk kencing.

Anonymous said...

PAS makin celaru kena putar dgn HA. Apa la nasib parti 18 mp Ni .Dari King Maker jadi marker pen. 15 kerusi di Selangor tinggal 1 DUN. . .. Hahahahaaaaa tepukkkkkk

Anonymous said...

Mesti penyokong PAS bangga dgn kebijakkan HA pilih Dr Halimah sbg calon Seri Setia. Maklumlaaaa lulusan Master Siasah Syariyyah kata KO . Di buat nya PKR letak Anwar Ibrahim nanti , ko rasa sapa boleh menang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails