Sunday, August 12, 2018

Ciri Jamaah Islam, Menurut Quran Hadis. -Presiden PAS.


Quran dan Hadis garis ciri Jamaah Islam
IZWAN ABDUL HALIM


GOMBAK: Perakuan terhadap sebuah Jamaah Islam yang sebenar mestilah dilihat dengan kumpulan tersebut memenuhi ciri-cirinya, demikian terang Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Memulakan penjelasan dengan menghurai hadis mengenai 'Jamaatul Muslimin', ujarnya terdapat beberapa kalimah antaranya Jamaah, Thaifah, Ummah dan Hizb sebagai perkataan sama erti dalam Bahasa Arab.
"Semuanya dengan makna kumpulan. Hizb dengan makna kumpulan.Jamaah makna kumpulan. Ummatun minkum, satu kumpulan daripada kamu, ini ialah kumpulan juga. Bukan semua umat, tapi kumpulan dalam umat. Mempunyai makna yang sama.
"Apa yang penting kita kena sedar bahawa Jamaah Islam sebenar ada ciri-ciri yang disebut dalam ayat-ayat (Quran dan Hadis). Adakah jamaah ini memenuhi ciri-ciri ini?" terangnya pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, di sini hari ini.
Antara ciri tersebut menurutnya, adalah ad-Da'watu ilal khair yakni berdakwah kepada kebajikan yang ditafsirkan ulamak dengan makna Islam yang menyeluruh.
Kerana ujarnya, jika sekadar mengajak orang masuk Islam tanpa ada perjuangan untuk melaksanakan syariat dan tuntutan Islam lainnya, maka tidak memenuhi ciri Jamaah Islam dimaksudkan.
Begitu juga ciri amar makruf nahi munkar sama ada sebagai kerajaan mahupun pembangkang, tetapi mesti berusaha menjadi kerajaan sebagaimana Nabi S.A.W hijrah ke Madinah mendirikan kerajaan.
"Kalau dakwah sahaja, tak ada cita-cita nak mendirikan kerajaan, dia tak ikut Nabi. Nabi yang paling layak menafsir al-Quranul Karim.
"Jadi ulamak-ulamak kita menubuhkan PAS tahun 1951 dulu, kesinambungan kumpulan Islam sebelum darinya setelah hilangnya Kerajaan Islam," jelas Tuan Guru.
Terang beliau, walaupun diharamkan penjajah sebelum ditubuhkan PAS, tetapi agenda PAS memenuhi ciri-ciri tersebut, sedang terdapat kumpulan yang hanya ada amar makruf, tetapi tiada nahi munkar.
Malah, terdapat kumpulan katanya, yang enggan menghadapi kemungkaran kerajaan kerana bimbang tidak dapat projek, selain tiada cita-cita menegakkan negara, termasuk membiarkan sesiapa sahaja memerintah.
"Masalah (Jamaah Islam) tak menang, tidak punya ahli yang cukup, itu cerita lain. Tetapi ciri-ciri dasar mesti ada. Dalam undang-undang tubuh nyata perkara ini," ujarnya.
Menurut Tuan Guru, tanpa ciri-ciri tersebut, ianya bercanggah dengan mesej para Nabi dan Rasul yang bukan sahaja mendakwahi rakyat, tetapi juga pemerintah sebagaimana Nabi Ibrahim dengan Namrud dan Nabi Musa dengan Firaun.
Bahkan Nabi Muhammad tambahnya, menghadapi Rom dan Parsi, selain menjadikan dakwah sebagai jihad yakni kesanggupan berhadapan segalanya dengan harta dan jiwa raga. - HARAKAHDAILY 11/8/2018

8 comments:

ted manoff said...

Geli aku dgn hadi nii..rasa mcm nk luku2 kepala beliau..

cik siti said...

Begitulah tahap pemikiran puak-puak anti Islam dalam PH..

Anonymous said...

sah u anggap pas tu agama. meluat dgn pas dn hadi yg ckp tk serupa bikin dianggap anti islam.

disinilah kesesatan pas.

Anonymous said...

Ciri ciri HA. Baruakan orang. Selalu ponteng parlimen .

Anonymous said...

Inilah salah satu ciri org munafiq yg amat kepanasan bila ada pemimpin islam menyuarakan kebenaran. Mereka akan merada panas hati dan terus bertindak menghasut org lain supaya menentang pemimpin2 islam.
Pada zaman rasulullah saw dulu pun terdapat org2 munafiq yg berpura2 beriman bila berada di kalangan org islam ttpi menjadi musuh yg kuat menentang islam bila berada di balik tabir. Ttpi Allah maha mengetahui akhirnya Allah memberi petunjuk kpd bginda bhw Abdullah b ubai b salul adalah pemimpin org munafiq.
Macam ted ni dia bersembunyi di blog2 utk menentang org2 islam spy tdk dikenali.ttpi suatu hari Allah yg maha berkuasa akan mendedahkan siapa ted yg sebenarnya... sama2lah kita tunggu dan lihat !!!!!

Anonymous said...

Betul tu cik ct...

Anonymous said...

Anon 11.54am..
Kamu ke barua. ..
Kasihan kamu dok tak dok jadi barua...

Anonymous said...

Nak tau perangai orang munafik senang saja. Tengok saja komen ted manoff sebiji menggambarkan sifat org munafik.. siapa yg belum tahu lagi bolehlah baca komen ted manoff... klu kamu jumpa kot jalan sepak saja supaya masuk longkang. Org munafik tak boleh dibuat kawan dan diberikan pertolongan kerana dia musuh Allah dan musuh dlm selimut kpd umat islam... sangat bahaya dan lebih bahaya dari org kafir...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails