Sunday, August 12, 2018

Penduduk Gempar Dilanda Hujan Air Batu, Di Lipis. Lihat Video Ini..


1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan Takiyuddin yang mewakili kerajaan Kelantan mengesahkan bahawa mereka berada dalam "kekeliruan".

Saya tak pasti sebenarnya "kekeliruan" atau alasan kerana ketidakmatangan dalam menangani krisis.

Pertama, semua pihak terutama masyarakat Orang Asli mengakui dan sedar bahawa tidak wujud istilah tanah adat untuk orang asli di dalam undang-undang tanah negeri Kelantan.

BACA: Tanah dituntut Orang Asli milik kerajaan negeri – Takiyuddin

Itu adalah asas utama berlakunya "tuntutan" supaya kerajaan Kelantan mengiktiraf kewujudan masyarakat Orang Asli dan seterusnya mewarta, menggazet dan memasukkan beberapa kawasan dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan di dalam akta dan undang-undang tanah negeri sebagai kawasan tanah adat Orang Asli.

Tuntutan dilakukan supaya apa yang tiada dapat diadakan oleh kerajaan negeri sesuai dengan bidang kuasanya.

Hudud, qisas boleh

Takiyuddin sebagai seorang pengamal undang-undang berpengalaman yang juga mempunyai firma guaman sendiri sepatutnya faham akan keadaan ini.

Krisis atau isu ini sangat mudah difahami.

Jika undang-undang hudud dan qisas yang tidak wujud dalam undang-undang syariah negeri Kelantan sebelum ini boleh diusahakan untuk diadakan, begitu juga dengan tanah adat Orang Asli.

Itu contoh paling mudah untuk difahami.

Saya kira lebih mudah meminda akta dan undang-undang tanah Kelantan dan mengiktiraf tanah adat Orang Asli prosesnya lebih mudah daripada meminda dan mengiktiraf undang-undang hudud dan qisas kerana ianya tidak memerlukan persetujuan kerajaan pusat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails