Friday, August 17, 2018

Apa Rahsia Pulau Bidong, Sejarah & Masa Depan.


Oleh: Mohd Nasir Abdullah

Pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Bidong pada 13 Ogos lalu, mengikuti rombongan YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengarah Pelancongan Negeri, Tuan Haji Tun Faizal Tun Abdul Razak, wakil-wakil agensi berkaitan dan juga wartawan yang membuat liputan.

Dr Samsuri meninjau monumen tinggalan sejarah Pulau Bidong.

Kami bertolak dari Jeti Merang kira-kira jam 8.40 pagi dan sampai ke Jeti Pulau Bidong lebih kurang 25 minit selepas itu. Laut agak tenang, membantu mempercepatkan bot kami membelah laut, kata pemandu bot. Di dalam bot, saya berpeluang bersembang dengan Penolong Setiausaha Exco Pelancongan, Wan Mohd Firdaus Wan Sembak, berkenaan Pulau Bidong. 

Antara butir perbualan kami ialah berkenaan tindakan oleh kerajaan terdahulu terhadap Pulau Bidong. Bermula daripada Dato’ Seri Idris Jusoh, beliau telah memberikan sedikit penumpuan terhadap pembangunan pulau ini. Namun kedua-dua pengganti Dato’ Seri Idris Jusoh, kelihatan kurang berminat untuk memberikan tumpuan kepada pulau ini. Dikhabarkan, kedua-dua bekas Menteri Besar itu, tidak pernah ke sini bagi membuat tinjauan. 

Bagi yang mungkin tidak mengetahui sejarah Pulau Bidong ini, ia adalah sebuah pulau yang pernah diduduki oleh pelarian perang daripada Vietnam. Kumpulan pertama yang sampai ialah kumpulan profesional yang terdiri daripada pakar-pakar serta cendekiawan-cendekiawan yang menentang rejim negara mereka sendiri. 

Mereka diburu setelah Amerika yang mereka bantu, kalah dalam perang Vietnam sekitar akhir tahun 60-an. Begitulah perangai Amerika, sentiasa menjadi pengacau kepada negara lain. Kumpulan ini tinggal di sini tidak terlalu lama kerana mereka diambil oleh negara ketiga seperti Amerika, Australia dan lain-lain bagi negara-negara ketiga itu menggunakan kepakaran mereka.

Mereka meninggalkan legasi yang sangat bermakna di sini kepada kumpulan-kumpulan seterusnya yang datang. Mereka membuka kelas-kelas seperti kelas kejuruteraan, pasar yang dikatakan sangat maju, kilang roti, empangan mini menjadikan ianya sebagai tempat yang diidamkan oleh pelarian-pelarian Vietnam yang lain yang masih berusaha keluar daripada negara mereka pada waktu itu. 

Setahu saya, ada dua peristiwa kapal pecah yang membabitkan kematian yang ramai. Satu pada akhir 70-an dan satu lagi kira-kira tahun 1987. Ketika peristiwa yang pertama, cerita daripada orang-orang tua, mereka dapati emas yang banyak ada bersama mayat-mayat itu. Menunjukkan mereka membawa bekal yang cukup sebelum melarikan diri. Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri ketika itu dimana mereka segera bertindak memisahkan orang Islam yang ada bersama yang dimaklumi minoriti daripada kumpulan pelarian itu, agar terpelihara agama mereka.


Masa berlalu, dan kumpulan-kumpulan seterusnya yang datang, bukan lagi golongan profesional, tetapi orang biasa. Adalah menjadi kebiasaan, apabila golongan sebegini datang, mereka akan membawa beberapa masalah bersama. 

Maka Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa mereka adalah ‘orang hanyut’ dan bukan lagi pelarian perang. Sehingga direkodkan pernah pulau ini didiami lebih 100 ribu orang pada satu masa. Apabila mereka mahu dihantar pulang, mereka sanggup memecahkan kapal-kapal mereka, menggali terowong bawah tanah, bagi mengelakkan diri daripada ditangkap.

Akhirnya pada tahun 1991, orang hanyut ini telah dikeluarkan kesemuanya daripada pulau ini. Tetapi bagaikan ada nilai sentimental, mereka pada tiap-tiap tahun akan datang kembali menziarahi ‘kampung’ mereka suatu masa dahulu, disamping menziarahi kuburan nenek moyang mereka. 

Tidak sedikit daripada mereka yang telah menjadi golongan yang berjaya sehingga kepada posisi Datuk Bandar San Francisco! Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Itulah nilai kemerdekaan mereka.

Banyak tinggalan-tinggalan mereka di pulau ini. Paling nyata ialah kuburan mereka serta tempat ibadat mereka sepeti patung-patung sembahan mereka. Kerajaan Negeri juga sangat bertuah kerana nun di bawah sana terdapat kumpulan batu karang yang sangat cantik, digilai oleh para penyelam yang cintakan keindahan hidupan laut. 

Namun isu yang dibimbangkan ialah, Pulau Bidong belum lagi diisytiharkan sebagai Taman Laut. Maka sesiapa sahaja bebas menangkap ikan dan juga mengambil batu-batu karang di kawasan pulau. Saya fikir, ini mesti diutamakan.

Kerajaan Negeri terdahulu khabarnya telah memperuntukkan sebanyak kira-kira RM1.5 juta bagi perbelanjaan pulau ini. Dan YAB Menteri Besar dalam lawatan beliau baru-baru ini telah memberikan jaminan untuk membantu sebarang usaha oleh agensi pelancongan negeri ataupun pihak luar bagi memberi nafas baharu kepada Pulau Bidong. 

Ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan setelah menerima bayaran royalti daripada Kerajaan Pusat.


Antara yang dicadangkan sebagai berpotensi untuk menarik pelancong selain pantainya yang bersih ialah menjadikannya sebagai pusat pembiakan batu karang dan kawasan pulau diwartakan sebagai Taman Laut, pusat aktiviti ‘snorkeling’ dan penyelaman dimana antara sebab menjadikan kawasan sekitar pulau ini lebih menarik adalah kerana kapal-kapal yang dipecahkan oleh ‘orang hanyut’ dahulu, sekarang telah menjadi rumah kepada ikan-ikan. 

Kerajaan Negeri juga boleh membina pusat akuatik seperti Taman Bawah Laut dan aktiviti lasak ‘Jungle Trekking’ yang semua ini mungkin tidak memerlukan penginapan atau apa yang dipanggil ‘day trip’ ke pulau ini.


Dengan itu, pengusaha-pengusaha penginapan di Pulau Redang, Lang Tengah dan juga Perhentian tidak menghadapi saingan penginapan, malah membuka lebih pakej pelancongan yang lebih menarik. Begitu juga pelancong-pelancong tempatan dari tanah besar yang mungkin boleh datang tanpa belanja menginap yang besar. 

Kerajaan Negeri juga boleh berkerjasama dengan pelarian-pelarian awal Vietnam yang kebanyakan mereka telah berjaya, bagi mempromosikan pulau ini, menggunakan kedudukan mereka. Mungkin akan ada sedikit penentangan daripada Kerajaan Vietnam kerana Vietnam pasti akan kekal menganggap pelarian itu sebagai pengkhianat kepada mereka. Namun saya yakin dan percaya, dengan kebijaksanaan YAB Menteri Besar, ianya boleh diselesaikan di peringkat ‘G to G’ (kerajaan kepada kerajaan).

Ia jelas adalah satu sumber ekonomi baharu bagi kerajaan melalui aktiviti pelancongan. Jika benar-benar ia diusahakan dengan cara yang betul, pastinya nama Pulau Bidong akan menjadi satu nama tersohor seantero dunia sebagai sebuah pulau ‘mesti singgah’ bagi pencinta keindahan laut dan juga bagi peminat sejarah bagi melihat sendiri tinggalan-tinggalan pelarian Vietnam. 

Kami pulang setelah bersiar-siar di sebahagian kecil pulau sejauh kira-kira enam kilometer, turun naik bukit-bukit di sekitar dan diberi peluang menikmati ubi kayu benih daripada Vietnam yang sangat lembut dan enak. Saya yakin usaha ini akan berjaya.

Mohd Nasir Abdullah
Bukit Payong, Marang
15 Ogos 2018
(Teganukita)

7 comments:

Anonymous said...

why not buka pada pelarian rohingya sebb mereka islam dan mereka sgt kejam dizalimi kafir harbi mynmar.

Anonymous said...


Laut dan pantai yang angin nya sepoi-sepoi dan menjadi pilihan pelancong domestik ialah Langkawi.

Pulau Bidong terbuka di laut China Selatan.

Anonymous said...

Elok dibuka sbg pulau khas utk ahli pas. Duduk tinggal situ ramai2 buat ruu 355 undng2 ciptaan yg diciplak dari akta negara pakistan. Undang2 islam buatan sendiri

cik siti said...

August 17, 2018 at 12:46 PM

Komen apa ni..

Anonymous said...

Inilah tahap ulama PAS yang nak memperbodoh ralyat Malaysia.

PAS: Undi MCA di PRK Balakong sebab mereka rakyat Malaysia Zulaikha Zulkifli

Jika alasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti mengundi calon MCA pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi DUN Balakong adalah atas "semangat pembangkang" hari ini, setiausaha Majlis Syura Ulama parti itu memberi hujah yang berlainan.

Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) di Dewan Rakyat, berkata, walaupun MCA menentang hukum hudud, sokongan kepada parti Cina itu dibuat kerana mereka adalah "rakyat Malaysia".

"PAS kalau bekerjasama dengan MCA, Umno (sebab) mereka adalah rakyat Malaysia.

=========================================================

Tak yah ber`kalau kalau` lah walaunta! antum semua sudah sah bekerjasama sebelom, semasa dan selepas PRU14 pon! Jelas terang lagi nyata!

Antum semua fasikuuun, munafikuuun, malauuuuuuuuuuuuuun!

Oleh itu!!!...........Wahai seluruh ahli PAS! Ana seru! Marilah kita semua meninggalkan Parti PAS yang telah menyimpang dari landasan Perjuangan Hakiki Islam sejak perginya AlMarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ingatlah! Tuan Presiden PAS kini Tuan Haji Abdul Hadi Awang, akan berlepas tangan di Mahsyar kelak, sama sepertimana SYAITHON akan berlepas tangan terhadap manusia atas kemungkaran terhadap ALLAH selama hidup di dunia, semasa di AKHIRAT kelak.

Jangan undi cina harbi MCA makan babi di PRK Balakong tak lama lagi! Atau antum akan berSYUBAHAT menaikkan / meLANTIK pemimpin KAFIRUN memimpin antum?

aliza tailor said...


PAS NAK UNDI APA KE TIADA PROBLEM..MACAM JUGA KITA CAKAP APA2 OK MA NO PROBLEM..CUMA DENGAN ADA NYA KALANGAN MEREKA YANG BERPIKIRAN JUMUD DAN THAGHUT DAN LATEST BUKAN LIBERAL TAPI TAKSUB DENGAN KALANGAN LIBERALISM..
TU YANG COMENT MERAPU TU..INI BUKAN SALAH PAN.PAKATAN,DAP,PAS KE ATAU UMNO TAPI INDUVIDU JAHIL YANG RASA DIA LEBIH PANDAI DR ORG LAIN ALQURAN N ALHADISH ADALAH PRIORITY PAS ADALAH SALAH JIKA KITA YG BERTENTANGAN DENGAN NYA YAKNI ALQURAN N HADIH .TIDAK BERSAMA PAS K..BUT AGAINST APA YG DIPERKATAN ALQURAN/HADISH KAPIAQ BAK HANG.. CUBA FAHAM DULU ..MAAF

Anonymous said...

Seingat saya dalam tahun 70an banyak bot2 Vietnam mendarat di sepanjang pantai Kampung Tanjong. Memang tidak dapat dinafikan mereka membawa bersama barang-barang berharga termasuk emas kertas. Ada juga penduduk membeli emas tersebut dan pelarian menggunakan wang hasil jualan untuk membeli makanan. Ada peristiwa yang sangat melucukan dan ada yang amat menyedihkan sepanjang ingatan saya pada ketika itu. Ada seorang perempuan separuh umur bercakap dengan pelarian yang baru mendarat diantai menggunakan bahasa melayu dan pelarian pula menggunakan bahasa vietnam, saya dan kawan2 yang lain gelak sakan, macam ayam bercakap dengan itik. Tapi dengan bantuan bahasa isyarat ringkas, komunikasi dapat berjalan dengan baik. Peristiwa yang amat menyedihkan bila sebuah bot vietnam terkandas di tengah laut berhampiran muara sungai Terengganu, ramai yang mati lemas terutama kaum wanita dan kanak2. Seingat saya peritiwa tu berlaku dalam bulan Disember 1978 atau 1979. Masa itulah banyak emas dijumpai dalam bot oleh penduduk kampung. saya tidak turut serta untuk mencari sebab jarak kampung saya, Kg Tanjong Kapor agak jauh dari muara sungai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails