Wednesday, August 15, 2018

RM800,000, SPRM Siasat Pegawai Kanan Mat Sabu..


Hasil carian imej untuk mohamad sabu
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.
Pegawai itu didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.
Portal itu turut melaporkan seorang sumber yang tidak didedahkan identitinya memberitahu, beberapa pihak memasukkan wang ke akaun Jabatan Insolvensi untuk menyelesaikan masalah hutang pegawai tersebut yang diisytihar muflis kira-kira empat tahun lalu.
“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.
Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.
Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik sebagai menteri pertahanan dan mengangkat sumpah pada 23 Mei bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan. – Awani

12 comments:

Anonymous said...

MP pas : Sesat itu neraka .

Betapa bangangnye ahli pas apabila undi pemimpin bangang jd pemimpin

Kahkhkahkah

Anonymous said...

Begitulah contohnya, PAS menghantui geng2 anti Islam. Dengar nama Islam dan PAS gementar hati musuh-musuh Islam. Allah campakkan kegerunan dalam hati mereka. Ha ha ha

Anonymous said...

Wah parti 'Islam' (liberal) pandap di bawah pimpinan abang besar parti kafir harbi biaDAP juga tidak maksum. Jika muncul peluang buat duit, sapu habis ! Jika muncul perempuan, salam dan selfie dada dll. Ularmak dan ostad-ostad pandap mereka pula diam membisu seperti syaitan bisu @ pasu bunga. Ulama su' katakan !

Inilah yang dikatakan pakatan penyamun vs barisan perompak. Siapa menang sapu habis. Negara dan rakyat lingkup pun no problem sebab barua-barua bahlul ternakan pandap akan membela pemimpin-pemimpin pandap dan menfitnah, memaki hamun dan menyalahkan parti Islam PAS walaupun PAS tidak terlibat dalam pelbagai skandal pakatan penyamun dan barisan perompak.

Anonymous said...

Pegawai yg disiasat tak de kaitan pon dgn mat sabu...ape yg nak di heboh2 kan..

Anonymous said...

Balak pon boleh hilang di negeri lobai pas...duit haram najib pon lobai pas sapu...buat tak tau plak..

Anonymous said...

Allah murka kpd pas dan lobai2...Pru kalah..prk lagi teruk kalah...doa lobai sesat tak dikabulkan oleh Allah..
tak ade orang yg gerun dgn pas putarbelit..

Anonymous said...

Pas sudah mula gementar prk sri setia....lobai pas sudah merayu kpd tuannye umno mungkar untuk bagi bantuan...Pas hampir lemas..

Anonymous said...

Baru tiga bulan memerintah..dah makan rasuah...Ayo yoo hebat

Anonymous said...


Dia silap sekiranya duit yang di terima nya ada lah dari kontraktor pertahanan tetapi jika dari individu dia masih boleh selamat.

Lagi pun agak mustahil, Menteri Pertahanan telah menanda-tangani projek baru atau mengandakan rundingan dengan kontraktor dalam masa tak sampai 100 hari.

Tahniah kepada Pemuda AMANAH kerana bertegas dalam hal ini dengan meminta beliau bercuti sehingga selesai siasatan.


SPRM sekarang bebas menyiasat sesiapa pun termasuk ahli politik dan ini lah kejayaan Malaysia Baru PH.. Kita masih ingat MB Kelantan minta SPRM tidak menyiasat beberapa kes melibatakan kerajaan Kelantan.


Semuga ini menjadi satu peringatan kepada pemimpin PAS.


Anonymous said...

Ko boleh cakap apa pun...tapi xda bukti..so, kata2 ko boleh ditongsampahkan...sekian

Anonymous said...

Siapa nak beri RM800k kepada barua pandap secara percuma jika sumbangan tersebut tidak memberikan keuntungan kepada 'penderma' tersebut? Bila dah terbongkar pekung pandap, mulalah barua-barua pandap meroyan gila babi menfitnah PAS sedangkan PAS tidak terlibat dalam skandal pandap !

Barua-barua pandap memang jelas pesakit mental kerana mencipta dakwaan tidak masuk akal menfitnah PAS semata-mata untuk menutup pekung pandap ! Ptui !

Anonymous said...

SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap pemimpin-pemimpin pakatan dan barisan kerana kes-kes rasuah dll tersebut mempunyai prima facie. Dan SPRM telah mengesahkan pemimpin-pemimpin PAS bersih dari rasuah dll.

Masalahnya sekarang ialah barua-barua @ pesakit-pesakit mental ternakan pandap masih lagi mencipta pelbagai dakwaan karut marut untuk menfitnah parti Islam PAS kerana barua-barua pandap dan boss liberal dan kafir harbi mereka amat bencikan Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails