Wednesday, August 15, 2018

Langkah Kajang 2: Anwar Akan Tanding Kerusi Parlimen Di Perak Pula?


PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kembali ke Dewan Rakyat melalui pilihan raya kecil, sedang menyasarkan sebuah kerusi Parlimen di Perak, kata satu sumber. Sumber itu berkata, bekas ketua pembangkang itu mungkin bertanding di sebuah kerusi yang dimenangi seorang ahli Parlimen bebas atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Ahli Parlimen itu menemui Anwar baru-baru ini dan menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada presiden PKR yang baru itu bertanding dalam satu pilihan raya kecil,” kata sumber tersebut. Alasan ahli Parlimen itu mahu melepaskan kerusinya bagaimanapun tidak jelas.

Ada 2 ahli Parlimen bebas di Perak, iaitu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Azmi di Bagan Serai dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Bukit Gantang. Pada 24 Jun lalu, Azmi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan Harapan (PH). Katanya, beliau dipinggirkan Umno Bagan Serai dan tidak pernah diterima ahli bahagian sepanjang 5 tahun menjadi ahli Parlimen.

Azmi berkata, beliau akan menjadi ahli Parlimen bebas, tetapi bercadang menyertai PPBM yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berjaya mempertahankan kerusi Bagan Serai pada 9 Mei lalu, tetapi majoriti 1,140 undi yang diperolehinya pada 2013 berkurangan kepada hanya 172 undi dengan pencabar terdekat daripada PAS, Rohaya Bakar.

Tiga hari selepas pengumuman itu, Umno berdepan satu lagi tamparan apabila Syed Abu Hussin Hafiz mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Syed Abu Hussin Hafiz mengambil keputusan itu selepas melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun parti itu bekerja keras untuk merampas Bukit Gantang daripada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kekecewaan ini buat saya melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Bukit Gantang dan serahkan kepimpinan ketua Umno bahagian kepada timbalan saya,” katanya pada 27 Jun lalu.

Pada PRU14, Syed Abu Hussin Hafiz memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 4,089 undi selepas menewaskan calon PAS, Idris Ahmad dan calon PH, Khadri Khalid. Sumber dalam PKR berkata, Anwar boleh memenangi kerusi itu kerana BN menang kerusi Bagan Serai dan Bukit Gantang dengan majoriti kecil.

“Memenangi pilihan raya kecil tidak patut menjadi masalah kepada Anwar kerana PH menguasai Putrajaya dan kerajaan negeri Perak,” kata sumber itu.

Anwar sebelum ini berkata, beliau tidak tergesa-gesa menjadi perdana menteri kerana keutamaannya ialah memasuki Dewan Rakyat. Beliau menggesa rakyat memberi sokongan kepada Dr Mahathir yang sedang memimpin negara dan berkata, berdasarkan persetujuan awal PH, peralihan kuasa boleh berlaku dalam masa terdekat dengan penyertaannya di Dewan Rakyat. Beliau mengakui ada tawaran daripada sesetengah ahli Parlimen untuk melepaskan kerusi mereka bagi memberi laluan kepadanya untuk ke Parlimen.

“Saya menghargai tawaran itu. Buat masa ini, kita perlu sokong Mahathir sepenuhnya. Kita perlu memberi ruang dan cara kepadanya untuk memimpin kerajaan tanpa tekanan.
“Jika saya memutuskan untuk memasuki Parlimen, ia sebagai penyokong kerajaan. Kami masih memantau. Jika anda lihat kepada prosesnya, ia perlu bermula dengan penyertaan saya dalam Parlimen untuk meletakkan saya dalam kedudukan bagi peralihan kuasa berlaku.”

Ditanya jika beliau akan menyertai pilihan raya kecil secara semula jadi atau dirancang, katanya: “Jangan kita berdoa orang meninggal cepat.”

MR : Nak buat langkah Kajang 2, agaknya Mahathir dan Azmin akan biarkan sahaja? Pemilihan PKR engkau cuba sembelih Azmin, Azmin tak sebodoh itu....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com

Siri Kemelut Anwar/Mahathir

  1. Kemelut Anwar Lwn Dr M? Buktikan Ada Pakatan Halan...
  2. Kemelut Anwar-Dr M: Ini Campurtangan Dr M Dalam Pe...
  3. Anwar Mesti Jadi PM Ke 8. Gerakkan Reformasi Lebih...
  4. Mampukan Team Azmin Jatuhkan Team Anwar?....
  5. Langkah Kajang 2: Anwar Akan Tanding Kerusi Parlim...

10 comments:

ted manoff said...

PrOoTt💨💨💨...dimuka tuan ibnu...arghhhh leganya..💦💥

Anonymous said...

Ibnu hasyim buat spekulasi plak..kunun sokong azmin....ko jaga lobai pas pon cukup laaa..

Anonymous said...

Mana2 kerusi di pantai barat adalah selamat untuk anwar...kawasan tak selamat untuk lobai pas..

Anonymous said...

Pas ok aja tapi halangan anuar datang dari ph sendiri yg dirancang oleh tun dain mp kapar dari pkr sendiri yg bagi tahu.

Anonymous said...

pas rasa lbh mesra dgn azmin selepas mnyokong azmin sebagai lelaki yg kunun pompuan tk layak jd mb selangor.

klu benar bermkna pas terpksa sokong tun la. telah pun hj hadi sgt berbulu dgn anwar.. kerana anwar berkebolehan dlm bidang agama juga.

anyway punca nya kerana ph ramai pemimpin wibawa..pengganti tun tkperlu dicari2 lg.

urk pas tkperlulah sibuk sgt bab ni...mari kembali ke meja design tandas lgbt. dh siap ke tn ibnu cadangan?

Anonymous said...

Manifesto tah kemana..LGBT berleluasa..gaji x Naik..minyak Kenna kencing...PTPTN kena sembelih..SST +GST..tol kena haprak hidup2..belum lagi hal2 ugama..tahniah PH

Anonymous said...

Ko beli minyak 2.50 seliter ker?..sst banyak barang tak kena cukai ngok..tol janji kurang berperingkat2 dlm tempoh 5 tahun bahlul..

Anonymous said...

Minyak tak naik gst sifar...barang stabil...hidup aku legaa benau....orang bodooh memang hidup susaah...hihihi.

Anonymous said...

Byk nya masalah ko bro. Kesian KO .

Anonymous said...

Mat liwat boleh kut. Lobai steady jer. Zaman jahiliah fasa baru. Istiqamah penting walau apa berlaku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails