Monday, August 13, 2018

Jom Tanda Tangan Petisyen Solidariti Bersama Dr Ilyani.




BANGI, 30 Zulkaedah 1439H, Ahad – Satu petisyen sebagai tanda solidariti kepada Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, selepas heboh mengatakan beliau bakal dikenakan tindakan tatatertib, diwujudkan hari ini.
Sehingga jam 8.16 malam ini, 6,333 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayarihttps://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html
Petisyen ditujukan kepada Kerajaan Malaysia itu dibuka Khairul Afnan Khalid, selepas ada ura-ura Dr Ilyani bakal dikenakan tindakan berikutan aduan pihak tertentu kepada Biru Pengaduan Awam.
Dr Ilyani yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, sebelum ini menulis surat terbuka berdasarkan amalan dan fakta perubatan kepada anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Marina – berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Bagaimanapun, kiriman yang dibuat dalam laman sosial dikatakan dipadam oleh Facebook selepas menerima aduan pihak tertentu.
Petisyen hari ini antara lain menyatakan:
“Kami menyatakan kebersamaan buat Dr Nur Ilyani atas dasar kebenaran. Setelah kenyataan beliau mendapat perhatian ramai, kini terdapat dua aduan di Biro Pengaduan Awam yang menggesa tindakan tatatertib ke atas beliau.
“Kami ingin tegaskan bahawa kenyataan beliau adalah benar, berasaskan kajian dan bukti serta amat penting untuk difahami oleh seluruh masyarakat. Oleh itu, demi masa hadapan yang sejahtera buat semua, kami menyatakan solidariti buat Dr Nur Ilyani.
“Kami dengan ini menyatakan solidariti kami bersama Dr Ilyani yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia untuk tidak mengiktiraf LGBT namun menyokong mereka perlu dibantu. Tindakan terhadap Dr Ilyani adalah tidak wajar dan usaha mengikiraf LGBT akan memburukkan jangkitan HIV di Malaysia!”

7 comments:

Anonymous said...

tq tn ibnu

sy telah send petition menyokong dr ilyani dan tidak mengiktiraf lgbt.

sy juga menyatakan menentang sebarang fitnah dan tuduhan liar mengatakan
kerajaan PH menyokong lgbt. ini kerana kenyataan itu lebih kepada dendam
politik sebb kalah pru14.

lgbt telah lama ujud dan ada disetiap negeri tak kira serambi mekah atau serambi
haadtyai.

lgbt adalah masalah social dan masyarakat tk kira bangsa dan agama, kenapa mesti
menyalahkan kerajaan PH sedangkan tiada tindakan atau usaha menanganinya dpd
pihak pembangkang.

amat memalukan melihat video ust ibeit yew, seorg cina muslim yg sanggup berjumpa
golongan pondan utk berdakwah dan ini tidak dilakukan oleh puak 'pejuang islam'
dr sebuah parti politik agama yg berdaftar di Zimbabwe.

Anonymous said...

adalah memalukan dan merendahkan martabat para aktivis seperti Marina kalau membiarkan pengkritik beliau di kekang menerusi peraturan dan SOP.

Anonymous said...

Marina harus melakukan sesuatu untuk membuktikan beliau bikin apa yang dicakap dan cakap terus bikin. Kalau selama ini Marina sering membela mangsa yang diambil tindakan oleh regim lama kerana menegur, usah biarkan persepsi regim lama dan regim BARU adalah 2x5 dan 5x2 dalam konteks kawalan vokal.

Anonymous said...

Penafian tokok-tokok liberal sekular tentang sokongan ke atas Lgboat adalah serupa dengan penafian terhadap harga rumah + kolam renang di Jalan Pintorn Pinang Tunggal akan jadi lebih rendah dari harga unit lama tanpa kolam renang bila SST jadi rusa masuk kampung.

Anonymous said...

Mark Fesbuk Paperbag ini cukup kuat berpegang pada prinsip kebebasan bersuara. Cuma satu menjak dan dua menjak ini saja pegangan itu menjadi longgar. Tak pasti sama ada ianya berkaitan faktor tekanan atau apa-apa tapi insiden terbaru -- diganyang dek kongress -- semacam ada kaitannya. Sedar atau tidak bukan Mark saja yang berdepan sutuasi perlu mengedit, sebenarnya pihak penjaga komunikasi massa LOkal juga bakal jadi prefect moral. Apa punya tuii, ingatkan Sabaru BARU den adalah baru ... ropa-ropanya baru direcond! Waa waaa waaaaa!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah 'SOLIDARITI BUAT DR ILYANI' telah berjaya mencapai
50152 Signatures !


Semoga jutaan umat Islam menyatakan sokongan kepada Dr Ilyani yang berani menegakkan kebenaran ! Amin.

https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html

Anonymous said...


SOLIDARITI BUAT DR ILYANI 50418 Signatures


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails