Thursday, August 16, 2018

Dr Halimah Ali Calon PAS PRK Seri Setia

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali diisytiharkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.


Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon N.32 Dun Seri Setia di padang permainan Desa Mentari di sini, sebentar tadi.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi turut berucap sebelum itu.
Dr Halimah, 58, yang pernah memenangi Dun Selat Klang pada PRU 2008 dan PRU 2013 merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor (2008-2014).


Biodata Dr Halimah.

Pendidikan: 
Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tasmania, Australia)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery (Tasmania, Australia)
Diploma Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)


Pengalaman Kerja 

Hospital Universiti, Petaling Jaya

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang



Penglibatan Dalam Masyarakat 

Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:

Bencana Tsunami, Meulaboh, Aceh
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kampung Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co-Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi 
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi doktor undangan untuk program kesihatan di RTM (radio dan televisyen)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kampung Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jalan Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh Dun Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.



Jawatan dalam NGO

2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia

2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga Amal Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat (Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu



Penglibatan Dalam Politik 

Jawatan dalam parti:

Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Exco PAS Kapar
Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi
Editor risalah Tamil Makkal Sethi - HARAKAHDAILY 15/8/2018
Hasil carian imej untuk undilah PAS

watikahTuan Guru Abdul Hadi menyerahkan watikah calon kepada Dr Halimah. (Foto oleh Mohd Aziha Abdullah)
Hasil carian imej untuk undilah PAS

27 comments:

Puaka Rimba said...

Berangan-angan dan berimpian tidak salah, yang salah jangan SESAT HUJAH. Atau sesat dalam Hutan . Boleh masuk NERAKA.Macamana lah orang TUMPAT boleh lantik Lobai piang macam ni.Hehehekikikihahahakahkahkah
Standard pemikiran Ahli Parlimen Lobai. Buat malu orang ISLAM je. Lobai....Lobai.... Tersesat jauh nampaknya. HEHEHEKIKIKIHAHAHAKAHKAHKAH

Puaka Rimba said...

Harap-harap PAS MENANG. di Prk ini. Kesian wakil TUNGGAL PAS dalam DUN SELANGOR. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

En.ibnu,apa status halimah ali ni? Dh kahwin atau mak janda? Mana tahu ada lobai nk usha2 beliau.

bunbinban said...

Pilihan tepat mewakili PAS. Yg x tepatnya pilih hadi awang jadi ahli parlimen...monteng je kerjanya. Umum calon PRK ada plak dia. Apa la status elaun yg hadi awang rembat tu...halal, haram atau suka hati ana la nak hadir ke x hadir...kahkahkah...jgn jgn...nnt sesat, sesat tu neraka...kahkahkah...

Anonymous said...

Pas lebih baik jadi badan amal dan badan dakwah...

Ikut kata lobai sambutan kpd pas sangat hebat seblm pru14 tapi selepas pru dapat 1 kerusi jeer....itu lah bukti pas sangat kuat pengaruhnye tanpa Pakatan..

Anonymous said...

Ade loyar ade doktor ade professional dlm pas...orang2 cedik..tapi tak tahu ker lobai pas menipu?...nak bersama penipu penonggang agama...lobai pertahankan dan kerjasama dgn parti prompak...professional pas dah jadi bodooh plak..

Pas sudah jadi parti liberal...bikini dan hiburan sudah boleh...

Anonymous said...

Rakyat selangor dah kenal pas...lobai2 pas pon kejar dunia jugak..menipu...tadbir begeri tak reti...kelantan mundur bawah pas..

Anonymous said...

Dr Halimah tak bertanding ker dlm pru14?...

Anonymous said...

Pas zero rasuah?...sprm masih siasat balak hilang di kelantan...

Royalti balak dapat cikit...tokey balak untung besar..

Anonymous said...

Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan.

Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa.

Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini.

Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.

Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat.

Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?



Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!!

Gila ka? Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )

https://m.facebook.com/notes/mat-saman-kati/skandal-balak-kelantan/593471424033305

Anonymous said...

Laluan Lebuh Raya Rakyat jadi kawasan pembalakan tanpa lesen, dedah Husam

BY HUSIN MAHAT
JANUARY 26, 2018

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan bayaran yang diterima anak syarikat kerajaan negeri, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) daripada sebuah syarikat kontraktor dan aktiviti pembalakan tanpa lesen di laluan projek lebuh raya tersebut.
Dalam posting terbarunya di media sosial, Husam hairan mengapakah anak syarikat kerajaan negeri itu bertukar menjadi ‘penerima bayaran’ daripada syarikat kontraktor sedangkan tujuan penubuhannya adalah untuk melaksanakan projek pembinaan lebuh raya pertama di Kelantan itu.

Beliau turut mendedahkan laporan syarikat perunding yang menunjukkan aktiviti pembalakan di laluan Lebuhraya Rakyat menjejaskan pembinaan projek tersebut.
“Pembalakan bukan tugas Baldah. Panjang cerita yang saya dengar dari taklimat pelbagai pihak tentang pembalakan, termasuk di kawasan yang dulunya dicadangkan sebagai RnR (kawasan rehat dan rawat) di dalam naungan kanopi hutan semulajadi.
“Semuanya musnah. Balak dalam jagaan Baldah sekangkang kera pun tidak selamat. Apa moral Membangun Bersama Islam?” soal beliau.
Husam yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor turut mendedahkan bahawa aktiviti pembalakan tanpa lesen di laluan lebuh raya itu tidak menjana ‘apa yang diharapkan’ apabila sebahagian balak disita pihak berkuasa.
Apa yang mengejutkan, tambah beliau salah satu kontraktor pembinaan lebuh raya itu diminta membayar RM270,000 kepada Baldah.
“Baldah sebagai syarikat tujuan khas pembinaan lebuhraya bertukar menjadi ‘penerima bayaran’, bukan pembayar,” katanya.

Anonymous said...

ISU BESAR KELANTAN Projek "Ratah Balak"...Puncanya? KELEMAHAN URUS TADBIR Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.
Rabu, 9 September 2015

harapan-esok.blogspot.com

Keresahan Rakyat Kelantan: Ringkasan Isu

SUMMARY ISU BESAR KELANTAN
- # Mohon Saf Mb, Tmb, Exco Letak Jawatan.
Ini kegagalan urus tadbir korporat dan bisness berkaitan Glc, bukan lagi isu politik.

1. Banjir Besar - Rumah Banjir, 2600 biji perlu siap sebelum Aidilfitri lepas, kinihanya brapa % sahaja siap.

2. Pembalakan Haram Ulu Sat - 1 Pegawai Glc & 8 Kakitangan Jabatan Perhutanan Kelantan ditahan SPRM

3. Saman Kerajaan Negeri isu Lebuhraya Rakyat RM230juta oleh Dae HanguruInfra

4. Kalah Saman kes Balak RM2.3 juta, kes Jun 2013 (Selepas PRU13).

5. Ingin jual PMBK SAWIT sdn bhd yang sebelum PRU13 untung berjuta2, kini dikatakan ingin dijual sebab Rugi?

6. Hudud - Hanya dibentangkan di Sidang Du , untuk bentang di Parlimen belum hantar lagi usul untuk dibahaskan. Apa nak jadi?

7. Royalti - Hanya sangkut di Mahkamah dan Jawatankuasa Bayaran Tunai peringkat Pusat, tanpa ada tindakan susulan seperti zaman Arwah TGNA. Sedangkan tunggakan RM12 Billion boleh membantu menyelesaikan semua isu berbangkit berkaitan Kewangan.

8. Stadium - akan naik rasanya.

PUNCA SEMUA INI ADALAH: KELEMAHAN URUS TADBIR KERAJAAN NEGERI KELANTAN SEKARANG.

- Rumah Banjir - Kelewatan urus Tanah, Kerajaan Tiada Duit

- Balak Ulu Sat - Syarikat GLC, jika ada kaitan dengan Kelemahan BOD GLC mengawal urustadbir anak syarikat Kerajaan Negeri hingga berlakunya penyelewengan dan penebangan luar kawasan.

- Lebuhraya Rakyat : Saman Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (Korea) kepada GLC Kelantan juga sebab Kerajaan Negeri batalkan perjanjian mereka dengan bagi pada syarikat Ecobound, yang akhinnya tarik diri. Akhir sekali jadi projek "Ratah balak"

- Kalah saman Balak RM2.3 juta juga dari Kelemahan Glc Kelantan, yang mana Exco2 dan Adun jdi BOD pd sykt tersebut.

- Pmbk Sawit ingin dijual? Sebab apa? BOD PMBK Sawit juga yang bermasalah, bila GM lama yang sentiasa memberi keuntungan kepada syarikat diminta lepas jawatan segera, apabila beliau submit surat letak jawatan, tanpa ada "counter offer", terus suruh letak jawatan berkuatkuasa serta merta, akhirnya lantik Kroni jadi GM dan syarikat kini mengalami rugi selepas diurus oleh mereka yang kurang mahir.

- Royalti - Nampak tiada kesungguhan sebuah Kerajaan Negeri menuntut hasil negeri daripada Kerajaan Pusat selepas TGNA bersara dari Mb pasca PRU13. Padahal banyak Manifesto Pas Kelantan pada Pru13 adalah bersadarkan "Jika dapat Royalti.... kita akan buat?"

KESIMPULAN:

Saya minta jasa baik MB, TMB dan EXCO KELANTAN perlu LETAK JAWATAN sempena Sidang Dun yang bakal berlansung nanti. Senua isu diatas bukannya isu Politik, tapi Isu Anda Tidak Pandai Mentadbir hingga jadi LIABILITI kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang kami cintai.

Bertangungjawablah dan akuilah bahaya anda semua Lemah Mentadbir Kerajaan Kelantan, serahkan kepada ADUN2 lain yang lebih Efektif dan Efisyen dari segi kerja mentadbir sebuah Kerajaan.

InsyaAllah rakyat Kelantan boleh menerima perlepasan ini, dan Kerajaan Kelantan akan pulih segera.

Saya sayang Kerajaan Negeri Kelantan, teguran saya ini kerana sayangkan bumi Kelantan.

Minta perbetulkan jika saya silap, moga ada sinar baru lepas ini. Amen.

Syam Ghaz

Unknown said...

ibnu nk makan sorang ye.

Anonymous said...

Kenape kelantan mundur?..kerana bawah pas...selangor maju kerana bukan bawah pas..

Kenape kelantan mundur bawah pas?

Walaun taliban tolong jawab..

Anonymous said...

Bukan salah islam kalo mundur ...salah pas liberal..

Anonymous said...

Maaf xde kaitan dgn tajuk article. Tp just nak share lawak tony pua yg memalukan ph. Nk cuba tegakkan benang yg basah tapi tak ada ilmu

https://youtu.be/8eA4Qhhir8I

Mengkritik bidang professional lain yg dia sendiri tak arif. Adakah ph memang begini caranya? Ingatkan cuma bidang agama je dap cuba jadi 'ostad'. Rupanya profession lain pun sama. Memang carca marba

Anonymous said...

T'ganu perhebat program perkahwinan ibu, bapa tunggal

16 Ogs 2018, 6:27 pagi (Dikemaskini 16 Ogs 2018, 6:33 pagi)

A A
Kerajaan negeri Terengganu akan terus memperhebatkan program perkahwinan melibatkan ibu dan bapa tunggal di seluruh negeri bagi membolehkan 43,269 orang golongan itu membina kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

Menerusi program yang dimulakan pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan insentif RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin kembali menjalani kehidupan berumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata setakat Jun tahun ini, 35,426 ibu tunggal dan 7,843 bapa tunggal di negeri ini telah berdaftar dengan program itu.

Anonymous said...

Ini jer lah takat kepandaian Pas ...nikah kawin perkara utama...
Pru 15 Pas akan tumbang plak bila ramai rakyat gganu kena hijrah cari kerja seperti tahun 99 hinnga 2004 bawah lobai hadi..

Anonymous said...

klu tony pua org pas dh lama kena...jebon tkwala munafik haraki anwarinas tolol dibeli dap anti islam dll tk abis senarai.

Anonymous said...

Selangor tetap maju jauh dari kelantan dan terengganu..

Anonymous said...

Lobai hadi dan nik abuduh berangan nak tawan selangor kerana selangor maju...rakyat selangor buang pas kerana takut jadi mundur mcm kelantan..

Anonymous said...

Tuan yang mulia memang kelantan mundur dr negeri lain disemenanjung akibat dari tindakan pemerintah dr zaman penjajah hingga zaman merdeka..

tetapi harta orng kelantan lebih banyak 90% dipunyai sendiri tapi negeri lain kaya dipunyai oleh org asing kurang dr 35% aset sendiri.Apa yang tuan2 lihat adalah kepunyaan kapitalis dan tauke cina..kesian dr kedai makan smpai ke kilang semua tauke2 punya bangunan dan harta persndirian kapitalis..anak islam jadi kuli setaraf bangla dan pendatang..di gedung2 tauke..maaf maaf banyak lagi kalau nak disenaraikan..

wahai orang beriman marilah kita berpegang dengan tali allah dan rasul jangan kita berpecah belah - marilah bersama islam..dan sebagai muslimin

Anonymous said...


PAS mahu anggota undi calon MCA di Balakong
Anne Muhammad
16 Ogs 2018, 6:00 pagi (Dikemaskini 16 Ogs 2018, 6:05 pagi)

A A
PAS mahu anggota parti mereka mengundi calon MCA di pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia adalah atas "semangat pembangkang".

"InshaAllah kerana kita sama-sama semangat pembangkang," katanya menjawab soalan pemberita sama ada PAS akan mengarahkan anggotanya mengundi calon MCA di Balakong.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman calon PAS bagi kerusi DUN Seri Setia di Petaling Jaya, semalam.

MCA sebelum ini mengumumkan meletakkan Ketua Pemuda MCA Cawangan Batu 11 Cheras Tan Chee Teong sebagai calon parti mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

PRK Balakong dan Seri Setia akan diadakan serentak pada 8 September depan.

Anonymous said...

“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

[Kenyataan PAS ogos 1980]

Anonymous said...

Rupanya pas jadi bapak babi sudah sekarangg...

Anonymous said...

Nikah kahwin mmg la perkara utama 8.30. In fact mmg lebih penting drpd ekonomi. Keharmonian keluarga dulu then followed by ekonomi, othr makro and mikro faktor etc and etc blablabla.... Tapi klu ekonomi je titik berat dan kunun hebat tapi anak luar nikah brlambak nak buat apa. Klu nikah kahwin bukan prkara utama yg dipertahankan oleh generasi dulu maka kita semua kelahiran anak haram. You're not a bustard won't you 8.30? Kalau ya betul, then its ok. i truly understand with your sttmnt. Pergilah teruskan kehidupan pergaulan dan seks bebas kamu utk menikmati keserokan sehari dua tu...dgn harapan govmnt or badan agama tak kacau....kebebasan hak asasi...yg penting ekonomi...

Orang2 mcm kamu ni kebiasannya dah tua nnt baru sedar. Tp Tp biasanya dh terlambat coz there's no reverse gear in time

Anonymous said...

Tapi 9.53 kena ingat. Kawah 1980 kalau disamak pada tahun 1990 pun dah buleh pakai. Ini tahun berapa dah ni. Kawah tu pun dah tukar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails