Monday, August 13, 2018

Betulkah Guan Eng Mahu Turunkan Harga Rumah?

Betulkah Guan Eng Mahu Turunkan Harga Rumah?

CUBA perhatikan apa yang disebut Menteri Kewangan Lim Guan Eng ini, yang menerangkan di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kos membina rumah akan lebih murah.

Beliau cuba membayangkan yang harga rumah menjadi semakin mahal semasa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Sebenarnya harga rumah sudah meningkat mendadak sekitar lima tahun sebelum GST dilaksanakan, menyebabkan ramai golongan berpendapatan sederhana pun sukar membeli rumah.
“Menerusi cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada SST dan kaedah pelaksanaan cukai SST yang lebih baik berbanding GST, saya berharap pihak pemaju dan pembeli mendapat faedah berikutan pengurangan beban cukai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kata menteri kewangan, di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.
Malah, ​​​​​​​perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak enam peratus, menyebabkan kos pembinaan meningkat hingga harga rumah pun meningkat.
Pengecualian ini boleh memberi manfaat kepada pemaju kerana tidak perlu dicukai seperti semasa GST dilaksanakan.
Bagaimanapun, harga rumah yang lebih rendah seperti yang dibayangkan Guan Eng dijangka tidak akan berlaku, antaranya kerana banyak rumah sedia ada sudah sedia mahal.
Guan Eng sejak sebelum menjadi menteri lagi sudah bercakap mengikut skrip yang menyalahkan GST sebagai punca segala kenaikan harga barang.
Apabila menjadi menteri, beliau lebih kuat menyalahkan GST kerana dasar kerajaan Pakatan Harapan mahu melaksanakan SST.
Walaupun sudah banyak laporan mengatakan harga barangan akan meningkat apabila SST dilaksanakan, menteri kewangan tidak menjawab soalan ini dan hanya mengulangi skrip menyalahkan GST.
Kerajaan PH tidak henti berdrama menyalahkan kerajaan sebelum ini walaupun isunya sekarang ialah SST dan bukan lagi GST yang sudah dihapuskan.
Pengecualian untuk industri pembinaan ini perlu diberi penerangan lagi tentang rasionalnya kenapa diberikan.
Guan Eng juga mesti menjawab adakah harga rumah boleh turun dengan langkah ini atau sekadar memberi hadiah kepada pemaju, lebih-lebih lagi memandangkan beliau diketahui umum mempunyai hubungan baik dengan pemaju. – Mynewshub.tv

10 comments:

Anonymous said...

Hanya beberapa hari selepas kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memutuskan untuk menutup King Salman Centre for International Peace (KSCIP), sebuah organisasi tajaan Arab Saudi yang berfungsi sebagai pusat antipengganas di Malaysia, gabungan ketenteraan yang diketuai oleh kerajaan Saudi telah melancarkan serangan udara ke atas Yaman menyebabkan puluhan terbunuh dan tercedera termasuklah Kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun.

Amat menyedihkan, mereka ini diserang semasa mereka dalam perjalanan menaiki bas sekolah.

Inilah ironinya, penubuhan KSCIP yg bermatlamat keamanan antarabangsa, namum amat menyedihkan kerajaan Arab Saudi yang mengepalai gabungan ketenteraan termasuk dari Amerika Syarikat telah melakukan siri keganasan ke atas negara Yaman yang kecil dan miskin sejak tiga tahun yang lalu.

Mereka menggunakan kekuatan ketenteraan yang amat tidak sepatutnya dan telah menyebabkan berlakunya satu tragedi keganasan kemanusiaan di dunia hari ini.

Kanak-kanak terbunuh dalam bas sekolah

Penglibatan tentera Amerika Syarikat dan British bersama kerajaan Arab Saudi dalam serangan ke atas Yaman mungkin antara faktor yang membuatkan dunia seakan memejamkan mata, seperti tragedi ini tidak pernah berlaku.

Sejak dua tahun yang lalu lagi, saya telah berulang kali menyuarakan kepedulian dan kebimbangan di parlimen terhadap isu keganasan Arab Saudi ke atas Yaman, hubungan akrab antara kerajaan lama pimpinan BN dengan kerajaan Saudi dan penubuhan pusat anti keganasan tajaan Arab Saudi di Malaysia.

Terbaru, serangan ganas yang membunuh kanak-kanak yang sedang menaiki bas sekolah adalah satu keganasan dan tindakan kerajaan HARAPAN yang menarik balik tentera kita di Arab Saudi dan menutup KSCIP adalah satu keputusan yang amat tepat.

Apatah lagi sebelum ini gabungan tentera pimpinan Arab Saudi ini pernah mengebom dewan orang ramai, hospital dan tempat-tempat awam.

Malaysia dan negara-negara Islam yang lain seharusnya tidak lagi memandang tinggi Arab Saudi seperti sebelum ini.

Arab Saudi hilang penghormatan

Kerajaan tersebut telah kehilangan penghormatan dan kepimpinan yang pernah mereka miliki sebelum ini. Apatah lagi, mereka juga telah membiarkan rakyat Palestin sama seperti kerajaan Mesir lakukan.

Hari ini kerajaan Arab Saudi semakin akrab dengan Israel yang tidak berhenti menindas dan membunuh rakyat Palestin.

Insiden pengeboman Israel ke atas penduduk Gaza dua hari lepas berlaku pada hari yang sama gabungan ketenteraan pimpinan Saudi menyerang dan membunuh kanak-kanak sekolah di Yaman.

Mungkin Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya kembali memimpin dalam menyuarakan penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di dunia hari ini.

Dahulu, Tun Mahathir dan Malaysia pernah dihormati dan dipandang tinggi sebagai pemimpin dan juara bagi pihak dunia ketiga.

Saya pasti banyak negara Islam amat gembira apabila mengetahui Malaysia kembali dipimpin oleh Tun Mahathir.

Sudah sampai masa Malaysia mempamerkan kembali kepimpinan yang pernah suatu masa dahulu dihormati dan disenangi oleh dunia.

Kepimpinan 'Malaysia Baharu' boleh menjadi suara untuk mereka yang tertindas seperti rakyat Palestin dan Yaman. Semoga suara kita ini menjadi harapan baru kepada warga dunia yang tertindas dan memulakan era baru zaman keemasan Malaysia.




RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD ialah Senator Dewan Negara, Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH dan bekas anggota parlimen Kuala Terengganu.

Anonymous said...

Kenyataan Takiyuddin yang mewakili kerajaan Kelantan mengesahkan bahawa mereka berada dalam "kekeliruan".

Saya tak pasti sebenarnya "kekeliruan" atau alasan kerana ketidakmatangan dalam menangani krisis.

Pertama, semua pihak terutama masyarakat Orang Asli mengakui dan sedar bahawa tidak wujud istilah tanah adat untuk orang asli di dalam undang-undang tanah negeri Kelantan.

Itu adalah asas utama berlakunya "tuntutan" supaya kerajaan Kelantan mengiktiraf kewujudan masyarakat Orang Asli dan seterusnya mewarta, menggazet dan memasukkan beberapa kawasan dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan di dalam akta dan undang-undang tanah negeri sebagai kawasan tanah adat Orang Asli.

Tuntutan dilakukan supaya apa yang tiada dapat diadakan oleh kerajaan negeri sesuai dengan bidang kuasanya.

Hudud, qisas boleh

Takiyuddin sebagai seorang pengamal undang-undang berpengalaman yang juga mempunyai firma guaman sendiri sepatutnya faham akan keadaan ini.

Krisis atau isu ini sangat mudah difahami.

Jika undang-undang hudud dan qisas yang tidak wujud dalam undang-undang syariah negeri Kelantan sebelum ini boleh diusahakan untuk diadakan, begitu juga dengan tanah adat Orang Asli.

Itu contoh paling mudah untuk difahami.

Saya kira lebih mudah meminda akta dan undang-undang tanah Kelantan dan mengiktiraf tanah adat Orang Asli prosesnya lebih mudah daripada meminda dan mengiktiraf undang-undang hudud dan qisas kerana ianya tidak memerlukan persetujuan kerajaan pusat.

Kalaupun memerlukan persetujuan kerajaan pusat saya yakin pihak persekutuan akan memberi kerjasama penuh merealisasikannya sesuai dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Isunya adalah political will (kesungguhan politik) di pihak kerajaan Kelantan. Mahu atau tidak mahu?

Kedua, di selatan Gua Musang dalam DUN Nenggiri dan Galas terdapat tidak kurang daripada 33 perkampungan Orang Asli dalam kawasan lebih kurang 200 kilometer persegi.

Kerajaan hanya mewartakan satu kawasan rayau Orang Asli sahaja iaitu di Pos Gob.

Bagaimana pula dengan perkampungan lain yang jarak antara 1 sama lain antara 5 hingga 10 kilometer?

Jarak antara Pos Gob dengan Pos Pasik pula lebih dari 20 kilometer. Jarak 20 kilometer berjalan kaki dari Pos Pasik ke kawasan rayau adalah satu penghinaan kepada OA.

Ketiga, tanah di Lembah Sireh asalnya milik kerajaan tetapi sudah diserah milik kepada pemaju atas persetujuan pentadbiran negeri.

Hal itu (serah milik tanah kepada pemaju) boleh dilakukan. Tetapi apabila melibatkan Orang Asli, keluar berbagai alasan.

Sebab tidak menguntungkan kerajaan negerikah?

Islam mengajar kita untuk berlaku adil dalam pemerintahan terutama bila melibatkan hak.

Hak syarikat perladangan adalah boleh memohon mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai untuk dijadikan ladang.

Hak kerajaan negeri adalah melulus atau menolak permohonan syarikat perladangan itu.

Atas nama keadilan dalam Islam, apa hak Orang Asli?

Anonymous said...

Dan lebih memeranjatkan lagi apabila PAS sudi bekerjasama dengan UMNO yang punca semua masalah. PAS tidak boleh kata itu semua punca Najib. Najib adalah nakhoda. Nakhoda ada pembantu kanan, kiri, belakang, depan dan anak kapal. Mereka semua dalam satu team yang dinamakan Barisan Nasional.

Dulu PAS berselindung di sebalik apa jua takrifan dan istilah untuk 'menghalalkan' kerjasama dengan mereka yang telah merosakkan ekonomi negara. Sekarang beberapa pemimpin PAS secara terang-terang mengajak pengundi membantu UMNO di Sungai Kandis.

Kini giliran PAS meminta bantuan UMNO untuk PRK Seri Setia. Walaupun nak kata 'mantik' ke, 'plastik' ke, tapi cuba baca petikan di bawah ini:

Pas menjangkakan Umno akan membantu calon parti Islam itu untuk memenangi PRK Dun Seri Setia yang dijadualkan pada bulan depan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keyakinan itu dizahirkan apabila Umno tidak menempatkan calon mereka bagi merebut kerusi yang ditinggalkan bekas Adun PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

“Kita tengok muka dia (Umno) macam nak tolong.

“Kita harap mungkin apabila mereka tak turunkan calon, pengundi Umno akan mengundi... tolong Pas,” katanya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang dilantik sebagai Pengarah PRK Dun Seri Setia mengumumkan buat masa ini, Pas telah menyenarai pendek tiga nama calon yang akan dimuktamadkan 15 Ogos nanti.

“Ada yang pernah bertanding pilihan raya umum lepas dan ada calon baharu,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sementara itu, ketika ditanya kesudian Pas untuk membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun membantu dalam siri kempen di PRK Dun Seri Setia, Tuan Ibrahim hanya berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan semua pihak.

“Dalam Pas kita ada beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh. Bahkan petugas Pas sedang memahami situasi pengundi dan sensitiviti masyarakat setempat, itu perlu ambil kira,” ujarnya.

Bagi perkembangan PRK Dun Balakong pula, beliau yakin pengundi Pas di situ akan memberi undi.

“Balakong, BN tak letak calon, MCA guna logo sendiri. Ini percubaan mereka untuk keluar daripada logo BN.

“Bila Pas tak letak calon, mungkin ahli Pas yang akan beri undi,” jelasnya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tengok-muka-umno-macam-nak-tolong-pas-1.867343

Memang betul, UMNO sudah jadi pembangkang. Namun kesilapan-kesilapan mereka masih dalam proses pembetulan oleh pihak Pakatan Harapan.

Cumanya kita nak tanya, apakah 'kerjasama' tersebut HALAL bagi PAS?

Kita amat yakin, seperti kata Sultan Perak, isu perkauman dan lapuk ditolak pengundi, dan kali ini jika PAS masih bersama UMNO dengan teori lama. Mereka akan gulung tikar lagi.

Anonymous said...

Penglibatan RAMD diSaudi Arabia dan King Salman Centre adalah 2 contoh bagaimana Klepto membangsatkan Bangsa dan Negara.

Ingat lagi bila Menteri Luar Arab Saudi pertama kali komen isu duit derma Arab Saudi RM2.6B diNew York, beliau tidak tahu menahu.

Tak lama lepas itu bersama2 Anifah dan seolah staging dgn Bernama, beliau kata "aware" tanpa butiran lanjut dan non-committal.

Riuh rendah dan sambutan takbir, media2 dan macai2 klepto memberi reaksi Menteri Luar itu menghalal duit RM2.6B diakaun peribadi Klepto.

Bila Arab Saudi menyerang Yemen, negara terkait sama. Itu lah harga yg negara perlu bayar nyawa2 askar RAMD dan maruah negara sbg Negara berkecuali bagi ayat pelepas klepto dari Al-Juberi.

King Salman Center adalah langkah2 Klepto melunakkan Saudi.

Mesti ada udang disebalik batu, contoh bila Klepto pertahankan ECRL, dikhabarkan kenaikan harga sekali ganda kerana Jho Low terlibat sama. Bila Klepto, sepupu dan Timbalan Menteri Ugama dulu bersuara, mesti ada yg kehilangan masyuk bila projek dgn Saudi ini diubahsuai Kerajaan PH.

Anonymous said...

Di Indonesia, pemimpin Partai islam menjadi contoh kerana mereka berkorban wang, harta dan tenaga.
Di Malaysia, Parti Islam dihina kerana pemimpin parti tamakkan wang, harta dan status.

Anonymous said...

Nampaknya barua-barua ternakan abang besar parti kafir harbi biaDAP sedang meroyan gila babi menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam tanpa sebarang bukti !

Barua-barua biaDAP dan abang besar mereka amat jelas bencikan ajaran Islam dan perjuangan Islam. Maka mereka tetap akan menfitnah PAS walaupun PAS tidak bertanding dalam PRK.

Semua dakwaan tanpa sebarang bukti kukuh adalah fitnah dan barua-barua biaDAP adalan penjaja fitnah yang mengidap sakit mental!

Anonymous said...

haha abang besar pas dah tak bagi dedak!sedang menghitung hari! mana hadi MENIKUUUUUUUS! Semasa abang besar berkuasa siap "BERSEDONDON" lagi....

Anonymous said...

Betul! Contohnya harga rumah di Penang menurun sebelum SST dilaksanakan lagi. Ini terutama bagi unit di Jalan Phorn yang tiada kemudahan renang. Dengan adanya SST tentu turun lagi. Ayuh melaboq.

Anonymous said...

Dan yang menghina itu adalah yang gagal pertahankan jawatan dlm parti. Buasalah sore loser.

Anonymous said...

Panjang cerita ko mat....masalah nya betoi ka Anwar tu peliwat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails