Saturday, August 18, 2018

Apa Motif DAP Mahu Kafir, Pondan Ada Dalam Jakim?

Apa Motif DAP Mahu Kafir, Pondan Ada Dalam Jakim?


MODUS operandinya agak mudah iaitu DAP tidak cakap isu tersebut bagi elak dikutuk umat Islam tetapi eksploit Melayu yang juga ahli parti itu sebagai boneka kononnya ia suara kaum berkenaan.

Namun, semua maklum saranan dikemuka Prof. Dr. Tajuddin Rasdi, pensyarah senibina Islam, yang disiar portal pro-Pakatan Harapan (PH) minggu lalu; sebenarnya cerminan imej DAP mahu campuri urusan hal ehwal Islam.
Ini termasuk dengan letak individu yang cenderung fahaman liberalisme dan pluralisme sebagai antara ahli lembaga pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kononnya agar ‘suara orang luar’ juga diambil perhatian sama.
“Saya cadangkan supaya ia perlu dianggotai oleh 20 paratus daripada Bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan. Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti tertentu lain.
“Ini seperti LGBT, Ahmadiah atau kumpulan Syiah,” demikian cadangan pelik Tajuddin yang juga merupakan ahli DAP seumur hidup dari kalangan Melayu vokal dan disiarkan menerusi laman Free Malaysia Today baru-baru ini.
Dalam tulisan itu, beliau menyatakan banyak isu Islam di Malaysia konon telah ceroboh bidang bukan Islam sambil beri contoh kes ‘pijak kepala lembu’, seruan bakar Bible dan himpunan Baju Merah yang laungkan slogan Islamik.
Juga pertembungan Mufti Perlis dengan aktivis pelampau Hindu Hindraf, Waythamoorthy, isu Zakir Naik dan P. Ramasamy dan beberapa contoh lain disebutkan Tajuddin kononnya cetus kebimbangan masyarakat bukan Islam.
Baginya, isu-isu ini menunjukkan bahawa Islam merupakan isu bagi Malaysia secara keseluruhannya dan wajar kelompok bukan Muslim diajak terlibat beri pandangan menerusi pelantikan dalam lembaga pengarah Jakim.
“Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa ada sesetengah isu berkaitan hal ehwal Islam merupakan isu rakyat Malaysia tanpa kira agama mereka dan bukan hanya eksklusif membabitkan umat Islam semata-mata.
“Walaupun penjajah British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaya mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks lebih luas.
“Ini termasuk dari segi kontemporari, kebudayaan dan amalan profesional dalam dunia berkembang pesat,” dalih Tajuddin sebagai rasional lantik golongan kafir, pondan dan ajaran sesat itu untuk sertai lembaga pengarah Jakim.
Perasaan kuat beliau menyatakan bahawa konon tiba masa untuk kita semua pertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian daripada mana-mana ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mana-mana institusi Islam tempatan.
Ini juga untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama dalam hasil cara penyelesaian masalah yang lebih baik berbanding sekadar input idea daripada hanya anggota panel beragama Islam semata-mata.
“Lagi pun, mereka ini masih rakyat Malaysia. Ahli jawatankuasa atau lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu beri kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah itu.
“Apa yang saya ingin ketengahkan ialah pandangan minoriti ini mesti diwakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar Islam untuk fahami atau hargai semua bentuk keprihatinan kelompok rakyat Malaysia.”
Hakikatnya, meskipun yang bercakap lontar idea aneh ini ialah orang Melayu dan beragama Islam, tetapi dalang sebenarnya ialah DAP serta diketahui ada agenda tersirat mahu hancur Islam dari dalam. – Agensi/Mynewshub.TV

19 comments:

Anonymous said...

Mulakan hari anda dengan FITNAH. Inilah yang disukai iblis. Adakah fitnah ini amalan PAS?

Anonymous said...

Kat sini PAS tak kata apa2.....blogger "pejuang" Islam ni....kalau mcm ni lah cara "dakwah" blogger ni....hampeh!

Rasanya tak ada sorang pun non muslim tertarik sbbnya yg Islam pun meluat dgn cara blogger ni.....

Agak2nya Islam Pak Hasyim ni Islam dari acuan mana......asyik cari salah, buka aib, papar info berbaur seks....

Anonymous said...

Why not ?

Belum cuba belum tahu..

Slogan "PAS FOR ALL" sangat tepat dengan kaedah baru ini.


Asas yang paling penting ia lah amanah. Apabila ada kalangan pemimpin Islam yang berkuasa dan yang berpengaruh menunjukkan sikap yang tak baik sehingga tidak amanah pada apa yang di cakap nya dan seolah-olah Islam itu kelompok mereka sahaja yang punya.

Oleh itu, kepercayaan dan keyakinan kepada orang Islam dalam JAKIM atau mana-mana perlu di perbetulkan sehingga tidak ada keraguan.

Kalau ada kalangan pemimpin Islam yang hodoh dan buruk laku maka jangan kan bukan Islam, pondan gay ke apa ke, pun tak mahu turut sama dalam urusan Islam.

Wallahualam.

Anonymous said...

Fitnah apa pulak... dah viral dah...

cik siti said...

Itulah 3 komen dari 1 kepala, pagi2 fitnah Islam dan PAS. Merasa dirinya betul, syok sendiri.

cik siti said...

Ini contoh tuduhan mengkafirkan Hj Hadi..


Anonymous said...
Kami ahli pas melantik hadi awang sbg nabi
August 18, 2018 at 2:00 AM

Na auzubillahi minzalik.

Anonymous said...

Kalau macam tu majlis tertinggi kristian, buddha, yahudi, hindu......50% dari ahli jawatankuasa mesti terdiri dari org jakim. 50% sbb islam dan melayu adalah majoriti. Rakyat msia multi racial@majmuk, tentunya apa2 keputusan dlm agama diaorg akan mengakibatkan sedikit sebanyak berlaku crossover@ceroboh kpd agama islam.
Senangnya teori dia. Kalau mcm tu, majlis tertinggi zionis diisrael perlu dianggotai oleh org2 palestine. Sbb berlaku massive crossover@pencerobohan.
Baca dan fahamkan surah AlKafiroon. Pakcik tajudin ni pulak nak buat terbalik daripada yg diarahkan didalam surah AlKafiroon. AlQuran adalah perintah dan panduan hidup. Mesti ditaati sepanjang masa

Anonymous said...

....continued..
PERLU DIINGAT DAN DIBEZAKAN....

KAMI BUKAN MENFITNAH TAPI INI ADALAH HUJAH BALAS TERHADAP SERANGAN2 KEATAS AGAMA ISLAM YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENJADI2

cik siti said...

2 komen di atas..
August 18, 2018 at 8:24 AM
August 18, 2018 at 8:30 AM

Saya setuju.

Anonymous said...

Bila ckp pasal kebejatan puak sana mengutarakan isu bodoh, dikatakan fitnah.padahal puak depa lah yang bergelumang dgn fitnah sejak PAS berpisah dari puak depa sehingga selesai PRU14.

Unknown said...

Eloklah ada KAFIR & PONDAN dalam JAKIM.
Boleh dapat berbagai pandangan, tidaklah asik nak ke hotel mengendap orang berjimak.

Anonymous said...

Dah di viral punya pasal.. bukan fitnah.. ?

Anonymous said...

9.38 pls define fitnah dalam hal ni. Sebab ianya sttmnt yg diberitakan

Anonymous said...

Anon 6:16 bodoh piang ..ini statement Tajudin, ahli seumur hidup dap. Ko x faham baca artikel bahasa Malaysia ker.

Anonymous said...

7.06. Isu ni ni takde kaitan nk tarik non muslim. Klu buka aib tak boleh, then jgn buka aib najib. Kalau cari salah tak boleh, dulu ph masa pembangkang, ph cari kebaikan umno ke? Dedahkan kepincangan nak letak lgbt dalam jakim tu berbaur seks ke? Sila jawab specific

Anonymous said...

Kalau asas yang paling penting ialah amanah, pergilah bawak pelacur dan bapak ayam dalam jakim sekali. Yang penting mereka amanah kan? Dan suara mereka mestilah didengari sebab mereka pun ada hak cari rejeki. Boleh gitu?

Famili kamu tak kena boleh la cakap.. Cuba adik perempuan atau anak perempuan kamu yg terjebak satu hari nnt dalam dunia pelacuran dan songsang selepas puak jahiliah ni bebas buat 'market' dalam pasaran. Takkan masa tu baru nak claim yg benda ni salah? Kebaikan perlu wujud kerana kepentingan masyarakat ke atau peribadi?

Anonymous said...

Kamu ke yg berjimak haram kat hotel tu cik minah? Sampai risau bebenor.

Anonymous said...

klupun ada usaha mnyerang islam melalui dap ia amat bodoh. sbb dap sudah dicop anti islam. sedikit saja kekeliruan sudah dibesarkn kunun mnyerang islam.

dajjal tk suka cara itu. lapuk. cr yg terbaik ialah serang cr halus melalui agama islam itu sendiri dgn mnyusup dlm gerakan2 islam seperti pas.

ia mestilah berimej islam dn bersligan membela islam. dgn mmberi fahaman2 sesat dn tafsiran2 sempit ajaran islam serta tksub kpd pemimpin.. ia senjata dajjal yg sangat ampuh.

kerana itu lahirlah 2 tanduk syaitan khawarij seperti isis dn syiah.

ramai umat mudah mengenal israel sebagai musuh islam tp keliru klu syiah itulah saudara syiah yahudi yg sekongkol dgn israel dn us..kerana lakunan mereka bermuduh sgt berjaya.

ramai jg umat yg sukar memahami bhwa cia itulah yg membentuk khawarij dgn mmpamerkn perjuangan islam yg berani hingga mngkafirkn ulamak2 yg mereka label liberal dn boneka.

illiminati telah dikenali oleh umat islam tetapi ia lbh mnsasar umat kristian di barat utk disesatkn dgn lambang anti christ. bukanksh kristisn sudah sesat.. benar tp ingat fiakhirzamn nabi isa as akn mnyedatkn umat kristian akn kebenaran islam..maka dajjal guna illuminati utk mnyekat perkara ini utk umat kristian.

kerana itu dajjal tkkn dtg dlm bentuk yg menakutkn tetapi dlm bentuk seorg wali besar penuh karamah..yg sebenarnya adalah sihir..utk menipu umat islam.

mngenai dr tajudin.. hamba pernah mengenali beliau dan faham pemikiran beliau. blh lah dikatakn beliau ini umpama siti kasim lelaki. suka kepada kebebasan dlm berfikir dn meminati falsafah2. beliau suka berfikir kunun luar dpd kotak hingga kadangkala kluar dpd garis agama.

kerana itu beliau memilih dap kerana dap tidak mngenal dn menilai pegangan seseorg. fikiran pelik dr tajudin sudah ada dlm dirinya sebelum masuk dap lagi.
bukan dap mngupah beliau utk serang beliau.

cadangan beliau itu adalah bersifat peribadi dn tak mungkin kerajaan akn menerimanya. dap yg trima bahananya.

sebaiknya dr tajudin bertaubat. sehebat mana pun org seni.. islam ada garis sempadannya. bidang senibina telah mmbentuk pemikiran beliau melampau batas yg sepatutnya.

dan bg puak yg jumud dn kaciwa kalah pru pula akn terus mngambil kesempatan diatas cadangan beliau itu utk kepentingan politik agama sempit mereka utk memburukkn kerajaan ph.

Anonymous said...

Dulu PAS For All, skrg PAS for MCA di Balakong . Haaaaaaaaa tepuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails