Wednesday, July 16, 2014

Wanita Dalam 'Video Buli', Mohon Maaf Kesal.




Wanita dalam video yang merakam pertelingkahan antaranya dengan warga emas yang terlanggar keretanya hari ini meminta maaf. – Gambar diambil dari YouTube, 16 Julai, 2014.  

Wanita yang terlibat dalam pertelingkahan dan menghina warga emas, Sim Siak Hong selepas keretanya terlibat dalam satu kemalangan di Pahang hari ini memohon maaf. Dalam siri tulisan akaun laman peminat Facebook Kiki Kerja Kahwin di mana video itu mula tersebar, wanita tersebut merayu agar video tersebut dibuang.

"Tolong sampaikan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya. Itu bukan niat saya, itu adalah kesilapan saya dan kemarahan.
"Saya perlu disalahkan dalam insiden itu," kata wanita tersebut.

Beliau berkata menerima cadangan daripada orang ramai yang menyuruhnya mengeluarkan satu video untuk meminta maaf selepas insiden tersebut.

"Dalam keadaan semasa, saya tidak cukup kuat untuk membuat video. Keluarga saya, jiran dan kawan saya mempersoalkan tindakan tersebut. Pada masa depan saya akan rekod video," kata beliau.

Selain mengeluarkan gambar salinan pesanan ringkas daripada pegawai penyiasat dari Puchong yang mahu mendapatkan kenyataan daripada beliau, wanita tersebut juga berjanji akan bertemu dengan warga emas itu dengan secepat mungkin.

Beliau berkata akan menukar nombor plat kereta CDM25 tersebut selepas mula dikenali susulan insiden malang itu. Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada 14 Julai lalu menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan bersemuka dengan lelaki tersebut. Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial.

Wanita berkenaan juga turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu, cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “You very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut. (TMI)

2 comments:

Unknown said...

duit dah lebih lemak lagi lebih

Anonymous said...

apa minta maaf orang tua tu dah sakit2 badan. apa kata badan sibetina tu jadikan tempat nonya/asso melepaskan geram bole kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails