Monday, July 14, 2014

Pertemuan Mengejut A.Hadi-Khalid Ibrahim?

Pertemuan antara Abdul Hadi Awang (dua dari kiri), Mustafa Ali (kanan) dan Abdul Khalid Ibrahim (dua dari kanan) di kediaman Menteri Besar Selangor itu, baru-baru ini menimbulkan pelbagai spekulasi. ~FB CheguBard 

A. Hadi Temui Khalid Secara Mengejut 
KUALA LUMPUR 13 Julai - Langkah politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini ditekan hebat partinya sendiri semakin menarik apabila beliau dikhabarkan dikunjungi secara 'mengejut' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Pertemuan itu didedahkan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shahrin, menerusi laman Facebooknya dan bagi menguatkan pendedahan tersebut, beliau turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Lebih menarik apabila Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard membangkitkan soal apakah pertemuan yang berlangsung di rumah Abdul Khalid mempunyai kaitan dengan khabar angin kononnya Menteri Besar Selangor itu bercadang mahu menyertai Pas.

"Diberitakan secara tiba-tiba semalam diadakan pertemuan tengah malam antara Tan Sri Abdul Khalid, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di kediaman peribadi Tan Sri Abdul Khalid. Kenapa tiba-tiba dan tengah malam?
"Macam-macam cerita muncul. Adakah ini berkaitan dengan tekanan mutakhir ini dan Tan Sri Abdul Khalid akan masuk Pas? Politik ini seribu kemungkinan," kata Badrul Hisham sebagaimana dipetik dari laman Facebooknya hari ini.

PKR sebelum ini memperkenalkan 'Langkah Kajang' bertujuan untuk menggulingkan Abdul Khalid tetapi seni politik Menteri Besar Selangor itu ternyata sukar diduga kerana beliau masih utuh bertahan walaupun berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut.

Pada Jumaat lalu, tersebar khabar angin kononnya Abdul Khalid mungkin menyertai UMNO berikutan kemesraan yang dipamerkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor sehari sebelum itu. (Diangkat dari Addin)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails