Saturday, July 19, 2014

Laporan Kotak Hitam Telah Dihantar Ke Moscow Belum Sah

 
Datuk Seri Liow Tiong Lai

SEPANG: Laporan bahawa kotak hitam dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas telah ditemui oleh kumpulan pemisah pro-Rusia dan dihantar ke Moscow masih belum disahkan secara rasmi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Saya telah mendengar tentang hal itu, tetapi ia masih belum disahkan. Semua ini akan disahkan, tetapi setakat ini kita tidak menerima apa-apa nota rasmi daripada pihak berkuasa Ukraine," kata Liow.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama Hotel di sini, malam Jumaat. Menurut agensi berita Interfax Rusia, berita penemuan kotak hitam datangnya daripada pegawai-pegawai dari Republik Donestsk.

"Sudah tentu, kita kemungkinan besar akan memberikannya kepada Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC), ke Moscow. Mereka adalah pakar-pakar yang berkelayakan yang dapat menentukan dengan tepat punca bencana itu, walaupun ia begitu jelas," laporan itu memetik Timbalan Perdana Menteri Pertama Republik Donestsk, Andriy Purgin sebagai berkata.

MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT pada Khamis, beberapa jam selepas Boeing 777 berlepas ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam. Ia dipercayai secara tidak sengaja telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia. Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.
 
Sementara menurut Reuters di Grabove Ukraine - Pasukan penyelamat berjaya menemui dua kotak hitam yang mengandungi data penerbangan dan rakaman suara kokpit milik sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia kelmarin.
SEORANG penyelam mencari kotak hitam pesawat MH17 di sebuah tasik dekat bandar Shaktarsk, Ukraine yang dikuasai pemberontak semalam. 
Kotak hitam tersebut dijumpai pasukan penyelamat yang mencari mayat mangsa di kawasan serpihan pesawat MH17 yang bertaburan di satu kawasan seluas empat kilometer.
Sebuah lagi kotak hitam dilapor dijumpai kumpulan pemisah Ukraine kelmarin.
Pejuang pemisah Ukraine yang menguasai wilayah itu telah berjanji untuk memberi laluan kepada pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan berkenaan.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails