Saturday, July 19, 2014

Rakaman Video Pesawat Milik Penerbangan Malaysia Terhempas

Powerful: The BUK surface-to-air missile system (like this one) that is believed to have shot down flight MH17 is an old Soviet-built weapon designed to engage light aircraft, cruise missiles and drones
Contoh sistem peluru berpandu darat ke udara yang dipercayai digunakan oleh kumpulan yang menembak jatuh pesawat milik MAS di Ukraine.
PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 
Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan. Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik berhampiran Donetsk.
Sumber MAS berkata, kapal terbang itu tidak memasuki ruang udara Rusia. Tambah sumber, pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik MAS telah terhempas di Ukraine.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails