Tuesday, July 15, 2014

M'sia, Hentikan Dagang Dengan Israel


Oleh NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF 

1. Hari ini telah masuk hari ke-8 serangan bersepadu darat, laut dan udara Israel ke atas Gaza. Serangan udara dan tembakan meriam ke atas orang awam Gaza diteruskan sehingga mengakibatkan angka kematian meningkat secara mendadak mencecah 160 orang di samping lebih 1000 pula mengalami kecederaan sehingga semalam. Semalam juga Israel mengumumkan akan memperhebatkan serangan darat dengan “gempuran paling kuat” pada bila-bila masa sahaja.

2. Umat Islam di serata dunia telah menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza. Ribuan berhimpun di United Kingdom, Yaman dan juga di Israel sendiri. Dijangka menjelang hujung minggu ini lebih banyak negara akan mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran. Turki pula, melalui Perdana Menterinya, Erdogan telah mengumumkan bantuan segera kemanusian akan dihantar ke Semenanjung Gaza. Menariknya, misi bantuan kemanusian itu juga akan diiringi oleh beberapa buah kapal perang. Ini merupakan signal jelas kepada Israel bahawa Turki bersungguh besar terhadap isu yang melanda umat Islam Palestin.

3. Malangnya, pemimpin dan negara umat Islam sekitar yang lain masih membisu dalam isu ini dan jika ada pun hanya mengeluarkan kenyataan bantahan dan kecaman yang bersifat umum untuk publisiti media tanpa ada dilakukan suatu tindakan affirmatif untuk sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada Israel. Malah ada antara negara Islam yang mengecam dan mengkritik tindakan Hamas mempertahankan diri dari serangan Israel dan melabel tindakan itu sebagai bersifat keganasan terhadap Israel. Mesir juga menghalang bantuan perubatan dari Eropah yang cuba memasuki Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

4. Sikap tidak bersungguh kebanyakan negara dan pemimpin Islam ini juga turut diikuti oleh Malaysia. Malaysia sehingga setakat ini hanya baru mengeluarkan kenyataan bantahan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, mendesak OIC serta PBB untuk segera menghulurkan bantuan kemanusiaan dan melancarkan tabung kemanusian untuk Gaza di peringkat nasional. Namun sehingga ke hari ini belum ada tindakan agresif dari Malaysia untuk mendesak dunia menyekat kekuatan ekonomi Israel yang sudah tentu akan melumpuhkan operasi ketenteraan Israel. Malah Malaysia sendiri mempunyai hubungan dagang dengan Israel secara langsung.

5. Data yang dikeluarkan oleh Israel’s Central Bureau of Statistics menunjukkan bahawa pada tahun 2008, eksport Israel ke Malaysia mencecah $30.2 juta manakala barang import Israel bernilai $100.6 juta. Pada tahun 2009, Israel mengeksport $116.8 juta nilai barangan ke Malaysia dan mengimport barangan bernilai $68.5 juta. Pada 2010, nilai eksport Israel ke Malaysia meningkat kepada $798 juta dan import pula meningkat ke $85 juta. 2011 menyaksikan barangan eksport Israel ke Malaysia bernilai $716.4 juta dan barangan import bernilai $93.6 juta.

6. Satu laporan yang disusun oleh European Comission menunjukkan bahawa pada tahun 2010 Malaysia menduduki tempat ke-15 sebagai rakan dangan utama Israel dengan menyumbang kepada 0.8 peratus daripada perdagangan Israel pada tahun tersebut.

7. Oleh hal yang demikian saya mendesak Perdana Menteri Malaysia agar dengan segera mendesak agar Israel hentikan sebarang bentuk operasi ketenteraan atau hadapi potensi boikot besar-besaran dari Malaysia. Saya juga mendesak agar Malaysia sebagai anggota OIC mengajak seluruh Negara Islam yang menganggotai OIC agar melaksanakan sekatan ekonomi yang sama.

8. Saya juga ingin mempersoalkan sikap pilih kasih PBB atas sikap memilih konflik untuk bertindak. Sehingga ke hari ini apabila ia melibatkan kepentingan umat Islam, maka PBB akan membisu dan membutakan mata. Malaysia juga sebagai anggota PBB sepatutnya menyelar sikap pilih kasih ini dan mendesak agar tindakan segera oleh PBB. - HARAKAHDAILY 15/7/2014

Nurul Islam Mohamed Yusoff ialah Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Secara faktanya, kita semua sudah dimaklumkan tidak akan ada hubungan Malaysia Israel termasuklah juga hubungan dagang dengan Israel. Tetapi, jangan terkejut hubungan Malaysia Israel cukup istimewa selama ini. Mulut cakap lain, tapi buat benda lain…

Contoh..


Gambar lori di atas adalah dirakam di sekitar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Yang menariknya tentang latarbelakang kelibat lori di atas adalah kerana :
  • Lori kargo ZIM
  • Nama “Zim” ini merupakan cadangan Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez yang merujuk petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew “Zim” merujuk kepada “kapal besar.”
  • Nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat: untuk membina sebuah armada dagang yang besar sehingga boleh sampai ke Malaysia.
  • Nak tahu lebih lajut mengenai syarikat ZIM  [Laman Web syarikat ZIM]

Melihatkan kepada statistik di aats menujukkan bukan calang-calang hubungan Malaysia Israel selama ini. Malaysia berjaya menempatkan diri menjadi rakan dagang utama Israel yang ke 15. Hebat……
Ini pula ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan Malaysia Israel daripada segi hubungan dagang
P/S : Sememangnya Malaysia diketahui tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. jadi kerajaan haruslah memberikan penjelasan mengenai dasar sebenar kerajaan dalam hubungan Malaysia Israel sekarang ini?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails