Sunday, July 13, 2014

Isu MB: PR Tak Perlu Termakan Perang Saraf Umno BN

 

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingatkan agar tidak termakan dengan sebarang propaganda palsu dicetuskan Umno bagi melaga-lagakan kesatuan PR.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata ini termasuk berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor di laman sosial facebook, whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

“Itu perang saraf daripada Umno-BN untuk memperlihatkan Pakatan seolah-olah dalam keadaan kelam kabut dan tak tentu arah.

“Rakyat perlu disedarkan bukan semua yang disebarkan di media sosial dan media arus perdana boleh dipercayai sepenuhnya,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini baru-baru ini.

Jelas beliau, orang ramai perlu membuat siasatan sebelum mempercayai sesuatu laporan di media sosial dan media perdana.

Menyentuh serangan yang dilakukan segelintir pemimpin PR terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khalid mahu agar pertikaian itu dapat segera diselesaikan dengan baik.

Beliau juga menjelaskan, hubungan antara Menteri Besar, Exco dan parti harus diperkukuhkan di peringkat maksima lagi bagi menghadapi usaha berterusan Umno-Bn merampas Selangor.

“Bagi menghadapi cabaran BN ini hubungan kerajaan dan parti perlu kukuh.

“Sebaik-baiknya untuk mengukuhkan hubungan ini tak perlukan rombakan tetapi kalau perlu juga rombakan sekalipun ia bukanlah keputusan aneh demi perpaduan.

“BN juga lalui banyak rombakan,” katanya lagi.

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails