Wednesday, July 16, 2014

Gaza: Himpunan Besar-besaran Jumaat ini. Siap!



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama NGO Islam akan mengadakan himpunan besar-besaran Solidariti Untuk Gaza (S4G) pada hari Jumaat 18 Julai ini.

Menurut Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail, himpunan akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di dua lokasi iaitu di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

"Seterusnya akan bergerak ke kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak.
"Semua parti-parti politik, ngo dan seluruh orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan solidariti terhadap penduduk Ghaza yang diserang Israel," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, orang ramai katanya diseru membawa bersama bendera Malaysia dan Palestin bagi menyatakan kebersamaan Malaysia buat Palestin.

Himpunan dijangka akan dipimpin oleh pimpinan kanan PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden DatukTuan Ibrahim Tuan Man, Dato Haji Husam Musa, Solehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS sendiri Suhaizan Kaiat.

Antara NGO yang akan turut serta dalam himpunan ini pula termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Muslim Care, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan lain-lain. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

1 comment:

Anonymous said...

Saya sarankan selepas demo depan kedutaan US, berdemo pulak secara besar-besaran depan kedutaan Arab Saudi kerana mereka ni tali barut US!!! Ucapan kerajaan Arab Saudi baru2 ni diluluskan oleh US sebelum disiarkan!!,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails