Sunday, July 13, 2014

Buat Tinjauan Umum Sebelum Lantik MB Baru -Ayah Wan Azizah.



Bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood cadang tinjauan umum sebelum lantik MB Selangor baru . – Gambar The Malaysian Insider, 13 Julai, 2014. 
Bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood cadang tinjauan umum sebelum lantik MB Selangor baru . – Gambar The Malaysian Insider, 13 Julai, 2014. 

Satu tinjauan umum perlu dilakukan bagi mengenal pasti siapakah yang paling layak untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, kata Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood.

Bapa kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berkata pandangan rakyat perlu diambil kira dan hal itu tidak harus berlandaskan kepada emosi kerana ia tidak mampu menyelesaikan masalah.

"Kita boleh buat tinjauan umum. Bergan‎tung pada pendapat rakyat keseluruhannya.
"Bila kita mendapat maklumat kolektif, kita ada panduan. Jika itu perlu kita buat. Itu pada pandangan saya," katanya yang pernah berkhidmat selama 20 tahun dengan Majlis Keselamatan Negara kepada The Malaysian Insider semalam.

Semalam, ‎Anwar berkata perbincangan untuk menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik, terutamanya dalam urus tadbir kewangan negeri.

"Saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa. Ia perbincangan dalaman dan baik bagi kami uruskannya dalam keadaan yang baik.
"Saya selalu berpendapat beliau lakukan tugasnya dengan baik dalam hal kewangan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa semalam.
Wan Ismail ber‎kata tinjauan umum bagi mengetahui aspir‎asi rakyat negeri Selangor itu penting terutamanya dalam menghadapi puak penyokong dan penentang calon menteri besar masing-masing.
‎"Jika ikut emosi, sudah pasti ada yang sokong dan ada yang tentang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Wan Ismail, 89, melihat isu menteri besar Selangor sengaja dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Katanya, tujuan parti pemerintah memainkan sentimen berkenaan hanyalah untuk mengambil kesempatan melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Pada pandangan saya, Umno dan BN mahu laga-lagakan. Besarkan Khalid sedikit, Azizah sedikit. Bagi saya kita cuma perlu berdiam diri.
"Mereka mahu lihat reaksi kita. Salah cakap dia bantai," kata bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu yang kini menetap di Ampang, Selangor.
Khalid dalam satu majlis berbuka puasa pada Selasa berkata tidak gentar dengan rancangan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya dalam kalangan wakil rakyat Pakatan di Selangor.
Katanya, proses itu sememangnya ada dalam peruntukan undang-undang negeri Selangor.
"Tidak apa, itu sudah ada peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.
"Apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Subang Jaya.

Spekulasi timbul apabila Adun Pakatan termasuk Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mengadakan mesyuarat tergempar di Dewan Annexe di Shah Alam pada Selasa untuk membawa cadangan supaya usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibawa kedalam persidangan DUN akan datang.

Namun, Pengerusi BBC Mohamed Azmin Ali dan Adun DAP, Lau Weng San ketika ditanya menafikannya dan menegaskan isu itu tidak dibangkitkan langsung oleh Adun.
Sebaliknya, mesyuarat hanya membincangkan isu semasa yang membabitkan Selangor, antaranya isu rampasan Bible, isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dan isu penstrukturan air.
Kebelakangan ini, wujud tekanan kuat daripada Pakatan termasuk pemimpin PKR sendiri yang menggesa agar Khalid berundur daripada jawatannya kerana gagal mengurus tadbir negeri dan mengendalikan isu kontroversi dengan baik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin pula dilaporkan berkata, kekalahan Khalid mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor di tangan S Manikavasagam memberi petanda bahawa beliau perlu berundur dengan kadar segera.
Khalid setiap kali diajukan pertanyaan sama, menafikan menerima tekanan sedemikian malah menegaskan masih menjalankan tugasnya seperti biasa dengan kerjasama Exco Pakatan. – 13 Julai, 2014.  (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails