Wednesday, July 16, 2014

Isu MB: PAS S'gor Sudah Bertemu PAS Pusat.


 

KUALA LUMPUR: PAS Selangor membidas pihak yang sengaja menggunakan dan mengaitkan nama PAS Selangor dalam kemelut kedudukan menteri besar negeri itu, lapor Selangor Kini.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS Selangor tidak pernah menyatakan pendirian kepada mana-mana pihak kononnya menyokong menteri besar ditukar.

“PAS Selangor mendapati ada pihak yang menggunakan nama PAS Selangor berhubung suatu pendirian yang tidak benar," ujarnya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS Selangor memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengeluarkan kenyataan atas nama PAS Selangor bagi mengaut keuntungan politik.

“Kita memberi peringatan kerana hanya Pesuruhjaya, Ketua Penerangan dan Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja yang berkuasa membuat pendirian rasmi PAS Negeri Selangor,” katanya yang juga Adun Paya Jaras.

Menurutnya, PAS Selangor sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi menyatakan pandangan dan pendirian jelas berhubung isu itu. Kata beliau lagi, polemik menukarkan menteri besar yang baru harus dihentikan kerana tindakan itu tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Buat waktu ini kedudukan negeri sangat jelas iaitu Menteri Besar Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan kita harap dihentikan polemik yang boleh mengganggu pentadbiran kerajaan negeri,” katanya. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails