Wednesday, July 16, 2014

Tidak Mudah Bagi Khalid Samad Menyatakan Kebenaran.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS mengundang murka Sultan Selangor kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS mengundang murka Sultan Selangor kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.


















Melakukan perkara yang betul bukan sesuatu yang mudah malah menyakitkan. Biasanya ia akan mengundang ancaman dan perkara yang tidak masuk akal. Namun melakukan perkara yang betul dan bercakap mewakili rakyat Malaysia itu lebih penting daripada rasa tidak senang hati dan dipersendakan. Oleh kerana itu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS tampil ke depan walaupun dimurkai Sultan Selangor semalam.

Khalid seperti kita menghadap Tuhan yang satu hanya akan menjawab kepada Allah dan mengamalkan apa diajar dalam Islam. Tiada yang lain. Bukan kepada perdana menteri. Bukan kepada presiden parti. Bukan kepada Sultan. Sultan Selangor murka kepada Khalid kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa eksekutifnya dilucutkan.
Sultan bertitah Khalid perlu membaca perlembagaan negeri dan enakmen Pentadbiran Agama Islam.

"Ahli Parlimen Shah Alam tidak wajar mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan meminta kerajaan Pakatan Rakyat memansuhkan kuasa eksekutif.
"Beta kesal dan dukacita dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu.
"Beta menggesa Khalid berhati-hati pada masa depan apabila mengeluarkan kenyataan dan tidak biadap serta sombong apabila membincangkan isu berkaitan kuasa beta dan peranan Mais dalam menasihatkan beta mengenai Islam."

Khalid mengundang kemurkaan Sultan selepas pada 26 Jun lalu meminta dua enakmen iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam dikaji semula.
Khalid berkata, Mais bertindak sewenang-wenangnya dan seolah-olah bertindak seperti kerajaan dalam kerajaan di Selangor.

Sultan Selangor bertitah semalam Khalid biadap kerana mempersoalkan kedudukan baginda sebagai ketua agama Islam negeri. Mungkin Khalid naif dan patut lebih memahami perlembagaan negeri. Mungkin juga beliau harus berhati-hati dalam berkata-kata.

Namun berikan kami wakil rakyat sepertinya nanti - seseorang yang bersedia bercakap mewakili rakyat Malaysia dan meletakkan kedudukannya pada paksi keadilan dan kesamarataan. Bukan berdasarkan kaum dan agama.

Sultan bertitah Mais akan sentiasa memastikan penganut agama lain dibenarkan mengamal kepercayaan mereka dengan bebas sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun di mana janji itu apabila pegawai Jais menggeledah pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Januari dan merampas Bible walaupun mereka tahu penyelesaian 10 perkara membenarkan pengimportan Bible bahasa Melayu.

Bagaimana kerajaan negeri boleh memberi jaminan apabila Mais enggan memerima keputusan peguam negara? Khalid mungkin kecewa hari ini. Beliau juga mungkin akan dikecam oleh kolumnis dalam media kawalan kerajaan dan akan diminta dikenakan tindakan oleh pemimpin Umno.

Namun tidak terkira rakyat Malaysia yang menghargai Khalid kerana berdiri di atas paksi keadilan.
‘Jenayahnya’ tidak sejengkal pun menyamai kerajaan Umno yang memerintah negeri sehingga 2008. Adakah yang masih ingat 'perompak' dan mereka yang mengamalkan rasuah dikecam orang ramai? – 16 Julai, 2014. (TMI)

3 comments:

Anonymous said...

Salam ukhwah selalunya orang yang bercakap benar dan tidak curry favours will be ostracised hanya setakat itu lah yang boleh saya berani katakan...wallahualam.

Anonymous said...

Adakah sultan bersuara apabila mantan MB UMNO yang merampas kharta negeri dan membina istana yang hampir sama besar dengan istana kayangan sultan dan pelbagai kerenah lagi yang ditinggalkan oleh mantan MB- MB negeri selangor itu,sejarah membuktikan jika MB tidak sehaluan dengan sultan atau raja maka tunggu sajalah alasan yang akan keluar dari mulut sultan atau raja bagi mengantikan MB inilah juga akan berku di selangor nanti,ingatlah tiada sultan jika tiada rakyat ,dan sultan juga makan seperti rakyat cumanya makan sultan tidaklah semewah yang rakyat makan.rakyat melantik wakil untuk bercakap bagi pehak mereka ,apakah kesilapan yang berlaku tidak boleh ditegur, adakah murka sultan itu membawa kita keneraka atau takut kan Allah itu akan membawa bahagia kerana masuk kedalam syurga Allah. jawablah sendiri bagi yang boleh berfikir.

Anonymous said...

Siapa ckp khalid menyuarakan pendapat mewakili rakyat selangor?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails