Monday, July 14, 2014

PAS: Kami Tak Cuba Pikat MB Khalid

 

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali menafikan berusaha mengajak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai PAS dalam pertemuan mereka sebelum ini. Mustafa berkata, kunjungan beliau bersama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kediaman Khalid lewat malam Sabtu itu hanya sebagai ziarah "bulan puasa."

"Saya pergi (rumah Khalid) pasal puasa. Jumpa bulan puasa. Dia (Khalid) dah lama tak jumpa tok guru (Hadi).
"Orang kalau nak bincang (mesti ambil masa) lama, ini tak sempat datang jam 11 malam selepas tarawih semua," jelas beliau ketika ditemui di sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

Sebuah gambar yang menunjukkan Khalid duduk bersama Mustafa dan Hadi disebarkan di media sosial sejak Ahad lepas. Gambar itu menimbulkan spekulasi Khalid akan menyertai PAS kerana parti beliau PKR mahu menggantikannya sebagai menteri besar Selangor. (MK)


Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails