Wednesday, July 16, 2014

4 Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kematian Model Estonia

 



JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.

Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini, katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak Ahad hingga hari ini, polis telah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.

Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.
 
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails