Sunday, July 13, 2014

Hari Ke 6 Gaza: Kematian Meningkat 135 Orang



GAZA: Serangan berterusan tentera Israel terhadap penempatan awam Palestin sehingga malam tadi telah mengorbankan 135 nyawa yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak. Malam tadi sahaja, enam lagi warga Gaza syahid dibedil peluru berpandu tentera rejim manakala puluhan yang lain cedera.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Ashraf al-Qudra, mangsa yang cedera, telah dikejarkan ke hospital al-Shifa di Gaza.

Orang awam yang dibunuh telah dikenal pasti sebagai Rateb Sobhi Youssef al-Sayfi, 22, Azmi Mahmoud Taha Ubaid, 51, Nidhal Muhammad Ibrahim Abu al-Malash, 22, Suleiman Said Younes Ubaid, 56, Ghassan Ahmad al-Masri, 25, dan Mustafa Muhammad Taha Inaya, 58.

Pasukan perubatan berkata , keadaan mayat yang tiba sangat menyedihkan dengan keadaan sebahagian anggota terpotong dan hancur akibat serangan jet Israel. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh pemberita di Gaza, sekurang-kurangnya 135 orang awam terbunuh setakat ini manakala lebih 948 yang lain mengalami kecederaan yang teruk.

Beratus-ratus rumah orang awam pula 'telah musnah di sepanjang serbuan rawak Israel. Hari ini merupakan hari keenam Israel melancarkan serangan terhadap Gaza. Angka kematian dijangka terus meningkat dengan tentera rejim tiada tanda-tanda mahu memberhentikan tindakan kejam itu.

Malah Israel telah mempersiap 40,000 lagi tentera mereka untuk membuat serangan darat ke atas Gaza. Israel dengan angkuh mendakwa mereka enggan tunduk kepada tekanan antarabangsa agar menamatkan serangan itu.


Sementara itu, perkhidmatan perubatan di bandar Gaza dalam keadaan kritikal ekoran peningkatan jumlah mangsa serangan tentera zionis Israel yang masuk hari keenam hari ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan Palestin dan hospial mungkin tidak mampu lagi menerima pesakit kerana kekurangan bekalan ubat-ubaan pada tahap kritikal. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails