Wednesday, July 16, 2014

PAS Tidak Cadang Lantik Wanita Sebagai MB - Kata Exco S'gor



Langkah PKR untuk menamakan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor terhalang kerana PAS sebagai parti dalam Pakatan Rakyat tidak bercadang pilih wanita sebagai calon. Gambar fail The Malaysian Insider. Langkah PKR untuk menamakan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor terhalang kerana PAS sebagai parti dalam Pakatan Rakyat tidak bercadang pilih wanita sebagai calon. Gambar fail The Malaysian Insider. 
















 
 PAS tidak bercadang memilih wanita sebagai menteri besar memandangkan konsensus setakat ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat, dan keputusan itu dilihat mengekang sebarang langkah PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam Selangor Dr Yunus Khairi daripada PAS bagaimanapun berkata, isu ‘uzur’ wanita tidak boleh menjadi pemimpin utama bukan alasan golongan wanita tidak boleh diberikan tempat dalam pentadbiran negeri.

"Setakat ini, kita (PAS) tidak sampai peringkat mencadangkan wanita sebagai menteri besar dan sebagainya.
"Jika sebagai wakil rakyat memang kita ada konsensus yang kita putuskan wanita juga boleh bertanding (pilihan raya)," katanya, ketika ditemui pemberita selepas program bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Sepang, Selangor malam tadi.

Yunus berkata, soal melantik Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memerlukan pendapat kolektif parti Pakatan Rakyat (PR) yang diangotai PAS.

"Soal beliau (Wan Azizah) layak atau tidak untuk menjadi menjadi menteri besar, itu satu soal kolektif yang lain.
"(Uzur) itu bukan satu alasan yang wanita itu tidak boleh menyertai barisan kepimpinan,” katanya.

Peguam Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun dilaporkan akhbar New Straits Times semalam berkata, melantik menteri besar wanita tidak praktikal kerana golongan itu mempunyai halangan menunaikan tuntutan rasmi agama dengan atau mewakili pemerintah Melayu.

Beliau berkata, disebabkan perkara itu, tiada kerajaan negeri, sama ada sebelum mahupun selepas merdeka melantik wanita sebagai menteri besar.

"Menteri besar wanita perlu menunaikan tanggungjawab agama dengan atau mewakili pemerintah Melayu, dan itu bakal menjadi halangan apabila beliau datang bulan," katanya ketika dihubungi akhbar New Straits Times ketika mengulas mengenai Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar disebabkan sensitiviti agama.

Bagaimanapun, Hafarizam berkata, beliau tidak menyebut Wan Azizah, 61, masih lagi dengan kitaran uzur dan tidak layak dilantik menjawat jawatan itu. Wan Azizah, nenek kepada enam cucu, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang. Beliau menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun dari Barisan Nasional (BN) dengan 5,379 undi majoriti.

Langkah Kajang yang dicetuskan PKR baru-baru ini bertujuan menggantikan Khalid sebagai menteri besar. Khalid turut menerima tekanan daripada pemimpin PKR sendiri apabila ada antara pemimpin mereka secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan. – 16 Julai, 2014. (TMJ)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails