Sunday, July 13, 2014

Kutip Derma Atas Nama Saya, Bohong - Tuan Ibrahim


 



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ingin menegaskan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mengutip derma atas nama beliau adalah pembohongan.

"Saya tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memungut sebarang derma sama ada untuk sekolah, tahfiz atau pondok anak yatim," tulis beliau menerusi facebook.

Beliau yang juga Pesuruhjya PAS Pahang memaklumkan individu itu dikesan di Kuantan pagi ini.
Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika dihubungi memberitahu individu tersebut dikesan mengutip derma di Pasar Tani Kuantan oleh adik beliau pagi ini.
"Banyak juga dia dapat dalam tabung dia," ujarnya.
Sebelum ini, katanya beliau ada mendengar mengenai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu. - HARAKAHDAILY 13/7/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails