Monday, July 14, 2014

Adam Corrie: Muallaf Ditegur Kerana Solat Oleh Rakan Islam..



HALAMAN HIBURAN

Pelbagai cabaran menanti seorang saudara baru yang memilih Islam sebagai pilihan hidupnya, tidak terkecuali bagi seorang artis terkenal Adam Corrie.

Pelakon dan koreografer tarian itu mendedahkan, beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.

"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.
"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum “Kahwin Campur” anjuran sebuah yayasan di Bayan Baru malam tadi. Akhbar web PAS itu juga melaporkan, kecewa dengan teguran itu, Adam mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru. Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama.(MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails