Sunday, July 13, 2014

Komando Israel, Hamas Bertembung Di Gaza


Komando laut Israel bertembung dengan tentera Hamas semasa serbuan di Semenanjung Gaza pada Ahad, mencetuskan kejadian tembak-menembak pertama seumpamanya. Ia pertama kali berlaku dalam operasi Israel yang masuk hari keenam bagi menghalang pelancaran roket rakyat Palestin.

Kenyataan tentera menyebut, tentera Israel menyerang utara Gaza menggunakan roket jarah jauh selepas ditembak yang menyebabkan empat komando cedera ringan. Menurut Hamas, pejuangnya menyerang pasukan Israel di pesisir pantai bagi mengelakkan mereka mendapat.

Israel mengaku mengerahkan 20,000 pasukan tentera simpanan untuk serangan di Gaza. Bagaimanapun kebanyakan serangan setakat ini dibuat daripada udara, dengan 1,200 sasaran telah dibedil.

Hamas, pejuang Islam yang mendominasi Gaza, melancarkan ratusan roket ke Israel, menyerang jauh lebih dalam ke nagara itu berbanding sebelum ini. Keganasan rentas sempadan menunjukkan tiada tanda-tanda akan berkurangan walaupun tekanan antarabangsa makin memuncak supaya ia dapat dihentikan.

Siren kecemasan berbunyi sepanjang malam di Israel dan penduduk berpusu-pusu memasuki bilik selamat dan pusat perlindungan bom. Israel melancarkan beberapa siri serangan di Gaza, termasuk terhadap ibu pejabat polis, menurut pihak berkuasa Palestin.

Seorang lagi wanita dan anak kecil tiga tahun meninggal dunia akibat serangan udara, menjadikan korban dalam operasi enam hari seramai 149 orang. Kebanyakan daripada mangsa orang awam. Israel menyalahkan Hamas kerana meletakkan nyawa orang awam awam dalam bahaya kerana menempatkan senjata dan penembaknya di kawasan perumahan.

Tiada seorang pun penduduk Israel terkorban selepas kebanyakan tembakan Hamas dalam dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome, yang sebahagiannya ditaja oleh Amerika Syarikat.
- Reauters

1 comment:

maae said...

Apa lagi boleh kita buat selain membantu dengan doa... harap yahudi zionis tersedar kali ini dan semoga ramai rakyat mereka bangkit melawan kekejaman kerajaan mereka terhadap Palestin yang tiada daya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails