Friday, July 18, 2014

MAS Guna Laluan Berisiko -Suhaizan Kaiat


Pemuda PAS hari ini mempertikaikan tindakan Malaysia Airlines memasuki ruang udara kawasan konflik bersenjata yang berisiko tinggi.

Ketuanya Suhaizan Kaiat mempersoal tindakan MAS memilih melalui ruang udara Ukraine memandangnya telah berlaku insiden tembakan terhadap pesawat pengangkutan sebelum itu.

“Dengan rekod yang sedemikian bahaya, pesawat MAS tidak sepatutnya menggunakan ruang Ukraine sebagai laluan penerbangannya kerana risikonya terlalu tinggi,” katanya.

“Kejadian ini menjadi iktibar supaya kerajaan bertindak pantas memastikan pesawat milik negara melalui jalan selamat dengan mengelakkan laluan konflik di mana-mana negara bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini."

Menurut Suhaizan, rakyat Malaysia dan penumpang terperangkap di antara konflik antara Russia dan Ukraine.

"Pemisah Ukraine sepatutnya tahu bahawa pesawat MAS adalah pesawat komersial, bukannya pesawat tentera dan tidak memiliki sebarang senjata atau peralatan persenjataan di dalamnya," katanya lagi.

Sehubungan itu, Suhaizan menggesa kerajaan agar bertindak bagi memastikan pesawat MAS menggunakan laluan bebas perang selepas ini.

"Kejadian ini menjadi iktibar supaya kerajaan bertindak pantas memastikan pesawat milik negara melalui jalan selamat dengan mengelakkan laluan konflik di mana-mana negara bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

"PPM menuntut penanggungjawaban pihak terbabit terhadap insiden yang berlaku," katanya lagi.

Seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat MH17 milik MAS terkorban apabila ia terhempas di Ukraine hari ini semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.(MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails