Tuesday, July 15, 2014

Israel Guna Senjata Kimia Terlarang Terhadap Rakyat Palestin.


Israel pakai senjata kimia terlarang terhadap rakyat Palestina
Serangan Israel ke Palestin. ©REUTERS

Pada perang 2008 dan 2009 di Gaza, Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mendapati Israel telah menggunakan senjata kimia fosforus putih dalam penyerangan ke sejumlah wilayah awam. Fosforus putih termasuk senjata terlarang digunakan di wilayah awam kerana boleh menyebabkan luka bakar parah.

Doktor asal Norway bekerja di Hospital Shifa di Gaza, Mads Gilbert, yang sudah bekerja di Gaza bertahun-tahun, mencari senjata terlarang digunakan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Wakil Menteri Kesihatan Gaza Youssef Abu al-Resh membenarkan bukti itu dengan mengatakan tentera Israel menggunakan senjata terlarang bahan letupan logam berat (DIME) terhadap orang awam Palestin dalam serangannya beberapa hari belakangan, seperti yang dilaporkan oleh laman imemc.org, Ahad (13/7).

"Pasukan perubatan telah menemui sejumlah mayat dan korban luka akibat senjata terlarang DIME. Rumah sakit Gaza dipenuhi korban tewas dan luka. Sekitar 62 peratus kanak-kanak dan perempuan mengalami luka akibat senjata DIME," kata dia.

Senjata DIME menyebabkan mangsa mengalami panas ekstrem dan luka parah. Beberapa petunjuk boleh dilihat dari korban yang bahagian anggota tubuhnya putus. Di bahagian putusnya organ tubuh itu ada panas melampau dan di lokasi kejadian tidak dijumpai pecahan bekas peluru berpandu.

Senjata itu memakai kepala peledak mikro yang tidak mudah dilihat mata manusia. Senjata DIME mengandungi partikel kecil berbahan kimia. Pelbagai kajian dari kerajaan Amerika Syarikat menyatakan senjata DIME kerap menimbulkan kanser di makmal haiwan. (IH)

1 comment:

Unknown said...

sampaikan walau satu ayat :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails