Monday, August 27, 2012

Bantah Guna Bahan Kimia Berbahaya Di Raub..



TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh pencinta alam sekitar agar menyertai Himpunan Hijau Raub pada 2 September ini di Taman Tasik, Jalan Bukit Koman bermula jam 2 petang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, perhimpunan tersebut penting bertujuan menuntut dihentikan penggunaan bahan kimia berbahaya sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

“PAS Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Raub kerana memberi kebenaran perhimpunan di samping bersedia mengawal lalu lintas semasa perhimpunan.

“Perhimpunan Hijau yang dianjurkan Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO seluruh negara mensasarkan kehadiran 5,000 orang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam.

Tambahnya, selepas perhimpunan aman itu seramai 8 orang ahli jawatan kuasa bertindak akan bergerak menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan lombong emas Bukit Koman.

“PAS berharap pengurusan syarikat lombong emas dan pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isi tuntutan memorandum tersebut itu nanti,” katanya.

Lombong emas Bukit Koman diusahakan oleh Raub Australian Gold Mine (RAGM) telah menggunakan sianida dalam proses pengekstrakan emas yang membahayakan nyawa.

Sejak mula beroperasi pada Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran jatuh sakit, khususnya Kampung Bukit Koman yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit melampau, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan bahan kia tersebut.

Namun semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya malah kerajaan terus membenarkan kilang tersebut beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Raub Dr Nilam Manaf, meminta orang supaya datang awal kerana PAS Raub akan mengadakan jamuan terbuka Aidilfitri pada sebelah pagi bertempat di Markas Gali Tengah.(Hrkh)

RM15, Boleh Sewa Teman Perempuan Di Situs Ini..


JOM KREATIF

Florida, AS: Banyak lelaki di dunia ini yang mungkin kesepian dan perlukan kehadiran seorang teman perempuan. Peluang ini cuba dimanfaatkan oleh seorang pelajar dengan membuat situs sewa-menyewa teman perempuan.

Situs itu dinamakan 'GirlfriendHire' oleh Cody Krecicki, sebagai pencetusnya. Di situs ini, mereka yang kesulitan cari teman boleh menyewanya dengan harga cukup murah. Hanya berbekal USD 5 atau kira-kira RM15, lelaki boleh dapat seorang wanita yang akan berperanan sebagai teman dalam waktu tertentu.

Namun hubungan hanya dilakukan secara virtual, tidak bertemu di dunia nyata. Teman itu pun boleh disuruh melakukan kemahuan yang diinginkan penyewa. Dari kirim pesan mesra sampai ....., ataupun memberi nasehat soal seluar.

Peminat dapat memilih gadis yang diinginkannya melalui halaman situsnya. Di situ, ditampilkan foto serta layanan yang mereka tawarkan. “Website ini adalah jalan di mana lelaki dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan,” kata Krecicki yang masih berstatus mahasiswa.

Beberapa layanan sewa sejenis muncul. Mereka umumnya masih dalam tahap start-up dan belum mendapat perhatian luas. Krecicki yang bermukim di Florida, AS, yakin situsnya akan berjaya. Sebab gadis yang disewa sebagai teman iru siap sedia memberi layanan yang maksimal. (IH/Pelbagai sumber)


Perhatian: 
Walaupun nama ruangan ini 'Jom Kreatif' tetapi bukan bererti mengajak pembaca berkreatif begitu, cuma mengajak melihat kekreatifan makhluk yang boleh dijadikan panduan tauladan yang baik.

Bunuh Diri, Lagi Hasil Tarbiah Judi UMNO Jahiliah..


Inilah bentuk tarbiah pemikiran UMNO
KL: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).

Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.
Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.

“Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.

“Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak. (myMeto)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah hasil dari produk tarbiah UMNO sejak 55 tahin merdeka. Bermula dari Loteri Kebajikan Masyarakat (sejak zaman PM M'sia pertama yang menipu rakyat mengatakan judi loteri itu sebagai 'kebajikan'), empat nombor ekor, judi bola, TOTO, kasino Genting Higland dan segala macam perangai syaitan termasuk judi internet yang masih tiada kawalan ketat, sekarang.

Pemikiran otak penjajah jahiliah inilah yang disogok ke dalam kepala rakyat.UMNO (Melayu Islam) tidak akan lepas dari tanggungjawabnya di akhirat.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Wanita M'sia Ke 3 Di Dunia Curang..Jalan Selesai?

Seorang lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam. Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan.

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga. (Kosmo)

Mengapa isteri jadi begitu? Ada yang menyebutkan kerana... 

1.Balas dendam: Mungkin sebelum ni suami dia curang jadi dia nak balas dendam supaya lelaki pun akan merasai sakit hati yang dia rasa.. 
2.Menghilangkan stress: Tekanan-tekanan yang dihadapi dirumah/tempat kerja diluahkan dengan cara ini.mendapatkan cinta baru yang lebih sensasi.
 3.Perasaan terhadap suami/kekasih telah berubah: Semakin lama semakin kurang perasaan cinta pada suami.jadi dia mengembalikan rasa cinta yang telah pudar kepada orang lain. 
4.Seks yang membosankan: Bila dah hidup lama bersama rutin seks suami pun dia dah boleh baca..jadi takde kejutan dan semakin hari makin membosankan.. 
5.Berbeza minat dan cara: Wanita suka buat apa-apa aktiviti dengan pasangan.bila pasangan pulak berlainan hobi dan cara, mudah untuk wanita jatuh cinta kepada lelaki lain yang punya minat sama dengan dia.. 
6.Mengembalikan perasaan mudanya: Umpama jatuh cinta untuk kedua kali selepas dikecewakan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melebihi dari semua itu, ialah kerana wanita-wanita Malaysia tidak ditarbiah atau dididik untuk menjadi wanita yang solehah atau berakhlak mulia. Di situ pentingnya peranan pendidikan Islam atau ilmu civik menurut agama masing-masing di sekolah atau pusat pengajian, peranan ibubapa, suami dan media massa di dalam sesebuah kerajaan.

Pemerintah berkewajipan mencari jalan selesai dalam hal tersebut. Pemerintah jangan fikirkan ekonomi segera jangka pendek semata-mata, tetapi hendaklah pentingkan kebajikan rakyat. Rakyat yang baik, membantu perkembangan ekonomi yang baik. (IH)

Sunday, August 26, 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012


 
E-Buku IH-59: Catatan Santai IH Mulai Jun 2012

Bab 1
 Bab 2
 Bab 3 
Bab 4
Bab 5 
Bab 6 
Bab 7
Bab 8 
Bab 9
Bab 10
E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015
E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015

Laksana Hudud Ikut Demokrasi -PresidenPAS

KL: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada. Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.

Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.

"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.

"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.

Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.

"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.

"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.

Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu. Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.

"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.

"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya. (Hrkh)

PAS Mahu Mansuh Faedah Pinjaman Rumah..


KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan sekarang.

Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (PR). Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.

"Kita memutuskan untuk memberi usul ini kepada PR semasa mesyuarat Biro Politik, hari ini.

"Jadi, apabila caj ini dimansuhkan, peminjam (kakitangan awam) tidak akan terbeban dengan caj sebanyak empat peratus yang dikenakan sebelum ini (sekarang)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

PR, yang dianggotai Pas, PKR dan DAP akan menggunakan manifesto tunggal buat kali pertama. Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12. Sebelum PKR berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat. Baru-baru ini ia juga menawarkan untuk menurunkan harga kereta. (SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails