Sunday, May 20, 2018

Ramadhan, Pertolongan Allah Pasti Datang.(Tazkirah 4)

Air Terjun Yang Menarik di Malaysia
Tazkirah 4

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

KETIKA berada dalam kesusahan, kebanyakan manusia hanya boleh mengeluh, kecewa, galau dan tidak sedikit yang menyerah dengan mengakhiri hidupnya. Perbuatan seperti ini sememangnya tidak disukai oleh Allah. Kerana apa

Allah sudah menjanjikan atas kamu bahawa Allah akan menolong hambanya yang berada dalam kesusahan. Apa kamu tidak menyedari hal itu? Ataukah tidak mengetahuinya?

Kini saudara kita yang berada di Palestin sedang menghadapi ujian dari Allah SWT. Mereka  mempertaruhkan harta, jiwa dan raga demi mendapatkan haknya. Mereka saja yang kuat dalam menghadapi hal itu, mengapa kita tidak? Ujian yang cukup besar yang diterima oleh saudara-saudara kita merupakan pelajaran untuk kita.  


Sesungguhnya dengan iman yang yakin adanya Allah, ujian sebesar apapun akan sanggup kita hadapi. Bahkan akan terasa ringan bila dihayati. Bila jiwa kita besar, segala masalah terasa kecil.

Memang masih ada segelintir saudara kita yang berada di Gaza, kini mula kehilangan semangat hidupnya. Untuk itu marilah kita beri semangat kepada saudara-saudara kita agar semangat untuk berjihad di jalan Allah kembali muncul. Yakinilah bahawa Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada setiap hambanya yang beriman.

Banyak contoh-contoh dari kisah para nabi sebelumnya yang menunjukkan pertolongan Allah kepada kita atau mereka. Misalnya, kisah Nabi Musa dan Bani Israil yang sedang dicabar oleh Firaun dan pengikutnya. Ketika pengikut Nabi Musa dan pengikut Firaun bertembung, pengikut Nabi Musa seolah-olah lemah semangat


Mereka kecewa dan tidak tahu berbuat apaTapi, Nabi Musa bersikap tenang. Lalu ia memohon kepada Allah dan meminta perlindungan dari-Nya. Seketika itu pertolongan Allah pun datang. Melalui tongkat Nabi Musa, lautan menjadi terbelah sehingga Bani Israil boleh melewati jalan tersebut. Sedangkan Firaun dan pengikutnya yang berusaha mengejar itu ditenggelamkan oleh Allah SWT

Allah SWT berfirman,

  • "Dan sungguh, telah Kami wahyukan kepada Musa, 'Pergilah bersama hamba-hambaKu (Bani Israil) pada malam hari, dan pukullah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, (engkau) tidak perlu takut akan ditangkap oleh musuh dan tidak perlu bimbang (akan tenggelam). 'Kemudian Fir'aun dengan bala tenteranya mengejar mereka, tetapi mereka digulung ombak laut yang menenggelamkan mereka, "(QS. Thaha: 77-78).

Subhanallah, begitu besarnya rasa cinta Allah kepada hambanya. Sehingga Dia memberikan pertolongan kepada hambanya yang sedang berada dalam kesulitan. Dengan cara yang mungkin tidak masuk akal, tapi itulah Allah. Allah Maha Besar atas segala sesuatu.

Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang kini sedang mengalami kesulitan, janganlah kalian berputus asa. Kerana orang-orang yang berputus asa dan berjiwa kerdil, tidak akan boleh menyelasaikan semua masalahnya. Melainkan menjadikan masalah itu beban dalam hidupnya. Tapi, bersikap tenanglah dalam menjalani kesulitan! Kerana kita perlu yakin bahawa pertolongan Allah itu pasti datang !

Imej yang berkaitan
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 

17Julai 2014
KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails