Thursday, May 24, 2018
Kalau Betul K'jaan PH Amal Kebebasan Media, Jemput Abd Hadi..
Kerajaan PH dikatakan menjunjung kebebasan media. Jika benar, jemput Presiden PAS berwacana, dialog dan apa-apa sahaja di TV siaran arus Perdana secara 'live'. Beri peluang Presiden PAS menjelaskan tuduhan ke atasnya. Takkan takut kot? Kalau Tun M dan DSAI berani, dia mesti bersetuju dengan cadangan ini.
Kalau dulu Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum “Nothing to Hide 2.0” yang dijadual akan diadakan, takkan mana-mana wakil Mahathir atau Anwar tak berani berhadapan dengan Presiden PAS pada Live TV.
Kalau benar mereka ada bukti atau hujah bawa apa yang dibawa oleh PAS salah dan kurang baik masa ini mereka boleh berhujah dengan Presiden PAS. Takkan itu pun takut. Pakatan Harapan kan golongan profesional dan ramai cerdik pandai.
Kita tunggu apa kata penyokong Pakatan Harapan. (MINDARAKYAT)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Jika dahulu pakatan mendakwa konon tidak wujud kebebasan bersuara dan pemimpin pembangkang pakatan tidak diberi peluang untuk bercakap dalam media massa pro-kerajaan BN dan pakatan mendakwa berjuang untuk kebebasan bersuara, maka sekarang kerajaan pakatan sepatutnya memberikan peluang kebebasan bersuara kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk bercakap atau berdialog atau berbahas dengan pemimpin-pemimpin kerajaan pakatan dalam media massa pro-pakatan dan media massa milik kerajaan pakatan.
ADA BERANI KA?
Wah barua-barua dedak pakatan pun bercakap seperti puak Be End juga seolah-olah pakatan adalah Be End 2.0 maklumlah pemimpin parti mata iluminati dan parti bunga berasal dari parti keris telanjang juga.
Kita tidak membuat dakwaan membabi buta, kita buat dakwaan berdasarkan komen-komen berunsur fitnah bodoh berlapis-lapis di atas yang ditulis oleh barua-barua ternakan pakatan yang buta, pekak dan dungu. Barua-barua inilah yang lebih buruk dari haiwan ternakan kerana mereka menfitnah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
Barua dedak roket 1:08 PM berlagak tukang tilik nasib membuat ramalan syirik yang tidak berasas ! Jika kamu takut pemimpin PAS bercakap mendedahkan kebenaran dalam TV 1 dll, mengaku sajalah kamu takut tak perlu kamu jadi tukang tilik nasib syirik!
BELUM CUBA , BELUM TAHU ! Kalau setakat berbahas dengan puak pakatan, aku pun boleh cuma jangan sabotaj masa aku bercakap dan mc mestilah berkecuali!
Hanya parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik Islam PAS sedangkan semua parti-parti lain menganut ideologi buatan manusia yang sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, nasionalisme dll yang bercanggah dengan Islam di negara ini.
Maka perjuangan Islam PAS menegakkan kebenaran (Islam) dan membela hak umat Islam dan menentang kebatilan adalah jihad dan orang-orang yang menyokong jihad akan mendapat pahala jihad yang besar.
Bahkan Allah telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada orang-orang yang berjihad di jalan Allah:
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
(An-Nisaa' 4:95)
Sebaliknya parti-parti lain menganut ideologi-ideologi buatan manusia sesat yang berdasarkan 'matlamat menghalalkan cara' untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran maka tempat pemimpin, ahli dan penyokong mereka ialah di neraka kecuali mereka bertaubat dan meninggalkan kesesatan dan kembali kepada ajaran Islam.
ALLAH milik semua & semua milik ALLAH
tunggu dapat mimpi dulu baru dijemput nanti.....
Bukan kira berani ke tidak, mintalah lesen stesyen tv sendiri. Kos bulanan minta derma kat ahli tiap-tiap bulan. Hari-hari dan setiap masa boleh siarkan propaganda.Lagi untung penaja banyak masuk.Masa tu ajaklah dia org berdebat, insya allah dia org nak punya.Niat ikhlas insya allah akan dibantu. Dakwah tak boleh cepat bebal, kena banyak bersabar. Mulut banyakkan zikir, kurangkan mencela dan mencaci.
cer guna akal tu sikit.... org tgh sebok pikir cari duit nak bayar hutang negara.... tang ni jgakla korang nak ajak berdebat
akai mana akai
Takuuttt...
Sebok pikir nak byr hutang negara je ke JDesc pakatan? Berakal lah sangattt..
Post a Comment