Friday, May 25, 2018

PAS Cadang k'jaan Perpaduan Di Kedah, Demi Rakyat. -T/Presiden PAS

Hasil carian imej untuk TUAN IBRAHIM TUAN MAN


RAKYAT telah pun menjalankan tanggungjawab mereka dalam PRU14 lepas dengan memilih pemimpin mereka. Sekarang tiba tanggungjawab pemimpin untuk menjalankan amanah mereka untuk berbakti kepada rakyat.
Demi memastikan amanah rakyat dapat disempurnakan dan kebajikan mereka dijaga, PAS memohon kepada semua parti-parti di Kedah supaya menerima cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan (UnityGovernment).
PAS berpandangan ini bukanlah masa untuk terus mempertahankan kepentingan parti tertentu semata-mata kerana kuasa. Rakyat telah memilih dan mereka berharap pilihan mereka dapat mendahulukan mereka sebelum kepentingan politik.
Konsep UG akan memungkin semua pihak berperanan dalam mentadbir negeri Kedah tanpa ada pembangkang, terutamanya dalam situasi Dun tergantung sekarang.
PAS sedia untuk duduk semeja berbincang dengan PH dan BN demi rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 24/5/2018

5 comments:

Anonymous said...

Pas berpuas hati dgn penjelasan arul kanda- tuan iberahim tuan man.

ted manoff said...

Hadi mahafiraun alaf baru..

Anonymous said...

tard manof adalah rasis bangsat yang suka menfitnah dan menghina ulama Islam dan umat Islam.

Kami umat Islam tidak ganggu agama kamu, maka kamu juga tidak berhak ganggu agama kami.

Anonymous said...

Kita pula merasa hairan bagaimana lge dilantik menjadi menteri kewangan sedangkan lge sedang dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah.

PM berpuas hati dgn penjelasan lge?

Anonymous said...

PAS cadang kerajaan perpaduan untuk kebaikan rakyat tetapi puak pakatan sekular liberal menolaknya kerana puak pakatan gila kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails