Friday, May 25, 2018

Menteri, Ahli Parlimen PH Akan Isytihar Harta. Termasuk PM Sendirikah?






PUTRAJAYA: Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) akan membuat pengisytiharan harta masing-masing, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia adalah antara perkara yang pernah dinyatakan pemimpin PH sebelum ini dan ia wajar dilakukan.



"Ya...ia adalah sebahagian daripada cara pengurusan kita," katanya.
Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian pada sidang media selepas menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama ada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen PH akan mengisytiharkan harta mereka.
Mac lalu, portal berita melaporkan, seramai 36 ahli politik Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR yang berpotensi menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-14 ketika itu mengisytiharkan harta mereka dalam acara anjuran badan bukan kerajaan, Invoke Malaysia.
Bagaimanapun, ia tidak membabitkan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP.
Seramai 103 pemimpin PH turut dilaporkan sudah mengisytiharkan harta dengan Invoke, termasuk mereka yang berbuat demikian pada November tahun lalu.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sebelum ini pernah dilaporkan sebagai berkata kepimpinan parti itu hanya akan mengisytiharkan harta mereka apabila berjaya menawan Putrajaya.
Sementara itu, ditanya seberapa cepat pengisytiharan harta itu akan dilakukan, Wan Azizah hanya menjawab 'Menteri Kewangan', yang merujuk kepada Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Sudah tentu termasuk PM baru dari PH ke?" komen Weblog Ibnu Hasyim.

Lihat juga..





5 comments:

Anonymous said...


Semasa BN menjadi kerajaan persekutuan, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low di Dewan Rakyat telah berkata daripada 92 pemimpin politik yang disiasat (oleh SPRM) itu, 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Pakatan Harapan.

Menariknya dalam tempoh 2013 - 2017 tak ada seorang pun pemimpin PAS yang disiasat SPRM yang bererti PAS bersih dari rasuah dll.

SPRM telah membuka kertas siasatan ke atas pemimpin-pemimpin BN dan PH sebab wujud prima facie maka sepatutnya siasatan SPRM ke atas pemimpin-pemimpin BN dan PH diteruskan tanpa sebarang gangguan dari kerajaan pakatan yang baru.

Nampaknya kerajaan pakatan seolah-olah sibuk menyiasat pemimpin-pemimpin BN sahaja. Bagaimana pula pemimpin-pemimpin pakatan yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah dll?

Bukankah ini bererti kerajaan pakatan mengamalkan politik dendam? Maka di mana ketelusan dan keadilan kerajaan pakatan?

Cik Minah said...

HAHAHA............tunggu hasil perbicaraan saman Hadi Bawang
pasal duit rasuah kepada pemimpin-pemimpin PAS yang akan
diadakan tahun depan.
Barulah boleh angkat bakul tinggi=tinggi.

Anonymous said...

Minah mabuk todi tulis komen merepek dan merapu.

SR telah kalah dalam 5 pusingan pertama dimana hakim telah menolak kertas pembelaan SR kerana kertas pembelaan SR mengandungi hearsay @ khabar angin sahaja.

Akibatnya telah mengarahkan SR membayar sejumlah wang kepada PAS.

Perbicaraan PAS vs SR dalam 2019 hanyalah untuk menentukan gantirugi yang SR perlu bayar kepada PAS kerana SR tidak mempunyai bukti untuk menyokong fitnah SR terhadap PAS.

Anonymous said...

Tau tak permohonan interlokutori? Blum lg kpd merit kes.paham ke dak?

Anonymous said...

Sabaq no. Siasatan kes SRC dibawah AMLA baru je start. Kita tengok nnti je sape makan duit .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails