Thursday, May 24, 2018

Kelantan: Mesyuarat Exco Pertama..



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengadakan mesyuarat exco pertamanya hari ini selepas berjaya mempertahankan pemerintahan negeri pada PRU14 lalu.
  • Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob itu diadakan di Kompleks Kota Darulnaim (SUK) hari ini.

Kesemua empat orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru dilantik turut menghadiri mesyuarat itu.
Mereka ialah 
  • Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Adun Selising) dipertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.
  • Adun Kadok, Azami Mohd Nor (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti), 
  • Adun Kijang, Dr Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan) dan 
  • Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO).

Turut hadir bermesyuarat 
  • Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan lima Exco yang dilantik semula.

Dr Izani Husin ketika dihubungi memberitahu mesyuarat Exco berkenaan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Katanya, sikap mesra yang diberikan pemimpin tertinggi kerajaan negeri dan Exco-Exco lama, membuatkan beliau tidak berasa kekok untuk menghadiri mesyuarat Exco kali pertama itu.
“Alhamdulillah mesyuarat Exco pertama ini cukup memberi ilmu dan bermanfaat untuk dikongsi bersama rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2018

1 comment:

Anonymous said...


Tahniah dan syabas kepada rakyat Kelantan dan Terengganu kerana memberikan kepercayaan kepada parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu mengikut ajaran Islam.

Tahniah dan syabas kepada PAS negeri Kelantan dan Terengganu kerana berjaya menubuhkan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Terengganu dalam acuan Islam untuk kebaikan rakyat dan negeri.

Semoga Allah memberikan pertolongan, perlindungan, rahmat, rezeki, hidayah, kebaikan, kejayaan dan kesejahteraan kepada rakyat dan ahli dan pemimpin PAS dan pemimpin kerajaan PAS negeri Kelantan dan Terengganu dan rakyat yang menyokong dan mengundi PAS di negeri-negeri lain.Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails